Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Ogos 2012

Khabar Dari Dan Di Kelantan




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Buat masa ini penulis sedang menunggu penerbangan ke KLIA selepas dua hari berada di negeri asal penulis.

Meskipun dapat tahu dalam tempoh yang singkat untuk ke Kelantan bagi urusan tertentu pada Jumaat yang lalu namun penulis mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala yang memberi peluang untuk pulang di hari - hari terakhir Ramadhan bagi bersama ibu bapa tercinta dan keluarga bersahur dan berbuka bersama-sama.

Memandangkan talian internet yang teruk maka urusan mengemaskini blog fb twitter tidak dapat dilakukn seperti biasa ekoran masalah U Mobile yang tidak begitu baik di kawasan rumah ibubapa penulis di Wakaf Bharu. YES 4G masih tertunggak dan sedang menunggu sedikit masa dan wang untuk melunaskannya.

Kecuali semasa singgah di rumah ibu saudara yang mempunyai talian wifi maka dapatlah digunakan sebentar bagi mengemaskini walaupun tidak lama diguna kerana sedang berborak bertanya khabar dengannya.

Tidak patut asyik melayari internet ketika kita sedang berkunjung ke rumah saudara kerana ia boleh membantutkan perbualan dan menimbulkan perasaan kurang senang.

Suasana di lapangan terbang juga agak sibuk dan ramai nampaknya sedang beratur menunggu penerbangan selepas menghabiskan hujung minggu bersama keluarga menghabiskan sisa yang ada dalam bulan yang mulia.

Kepada kawan-kawan mohon maaf kerana tidak dapat berjumpa dan tidak memberitahu berada di sini. Tunggulah raya nanti Insya Allah kita boleh lama bersembang berbincang mengenai masa depan agama, bangsa dan negara kita.

Kepada semua ayuh kita berjuang bantu jemaah alif ba ts kits. Jangan biarkan golongan veteran sahaja mencurah bakti kerana tugas kita orang mudalah yang sepatutnya perlu dicurahkan demi memastikan perjuangan akan berjaya di masa kini dan seterusnya.

Dengan tenaga yang banyak dan idea yang segar sepatutnya orang muds perlu bersama golongsn veteran menjayakan program yang dirancang agr manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat yang sedang memerlukan bantuan ilmu, maklumat, dana untuk kehidupan mereka.

Beberapa keping gambar yang sempat dirakam untuk tatapan anda.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate