Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Ogos 2012

Negara rugi RM10 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya


Cetak
BUTTERWORTH: Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerajaan. 

"Purata kematian membabitkan satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital. 

"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya di sini, hari ini. Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. 
Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S Jegan. Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat.
 Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya. "Selain kerugian banyak wang, kerajaan juga tidak mahu keluarga menanti kepulangan kita dengan kematian dan ada yang hilang tempat bergantung serta sumber pendapatan," katanya. Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini. - BERNAMA

Panglima : Kita  sedar kemalangan bukan satu pilihan tetapi ia ketentuan yang mahu dielakkan oleh semua manusia meskipun yang punya ilmu agama.
Dalam hal ini agama juga mengajar kita kaedah untukmengelakkan perkara sedemikian dengan memberitahu doa yang perlu  dibaca apabila menaiki kenderaaan.
Beberapa tips mengelakkan kemalangan boleh dipraktikkan seperti :
1. Membaca doa menaiki kenderaan. Lebih elok jika dibaca al fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah saw memohon perkenan Allah agar perjalanan selamat tanpa sebarang masalah.
2. Memastikan kenderaan sudah diperiksa dengan baik. Termasuk kadar tekanan angin tayar.
3. Mengambil makanan atau minuman yang boleh membantu menguatkan badan agar tidak mengantuk. Kebiasaannya air tongkat ali, red bull selain kacang menglembu, snek ringan, keropok . Elakkan mengambil minuman berais atau makan terlalu kenyang kerana dikhuatiri boleh menjadikan kita mengantuk semasa memandu. Meminum kopi atau mengunyah gula-gula getah juga boleh mengelakkan dari ditimpa mengantuk.

4. Ambillah wuduk sebelum melakukan perjalanan. Kadangkala gangguan makhluk halus juga menjadi putnca kemalangan. Banyakkan berzikir berselawat membaca ayat suci Al Quran semasa memandu.

5. Berhenti apabila dua jam perjalanan agar diri kita dan kenderaan tidak akan rosak atau melebihi kemampuannya selain untuk mengelakkan terlalu penat sehingga menjejaskan pemanduan.
Sekian, moga bermanfaat...


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate