Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 September 2012

DBKL roboh 418 bilik kecil sarang maksiat -Harian Metro



E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 premis dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran sekitar bandar raya ini dirobohkan dalam Tindakan Operasi Bersepadu diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, pihaknya menyerbu 11 premis di Jalan Petaling, Jalan Thamby Pillai (7) dan Jalan Tun Tan Siew Sin (1) dan merobohkan 418 bilik kecil yang digunakan sebagai tempat pelacur melayan pelanggannya.

“Sebelum ini, premis terbabit diserbu lebih 10 kali sejak 2010, tetapi mereka masih menjalankan kegiatan itu dengan membina bilik-bilik kecil.

“Berdasarkan siasatan beberapa bulan sebelum ini, terdapat aktiviti pelacuran dijalankan di premis terbabit.

“Sehubungan itu, DBKL merobohkan semua bahagian dalam premis terbabit mengikut Seksyen 79, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133),” katanya.

Membabitkan 140 anggota, operasi kali ini disertai polis, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).




Bagaimanapun, operasi terbabit seolah-olah dapat dihidu pemilik premis apabila semua katil diterbalikkan, tiada tilam serta kegiatan pelacuran tidak dijalankan dipercayai untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.

Malah, beberapa penemuan seperti kondom belum digunakan di atas lantai premis serta mentol lampu yang masih dalam keadaan baru menunjukkan berlakunya aktiviti pelacuran di tempat itu.

Menurut Muhamad Irwan, pihaknya akan mengusulkan kepada Jabatan Pelesenan bagi mengenal pasti pemilik premis sebenar sebelum tindakan diambil termasuk pembatalan lesen atau menerusi mahkamah.

“Biasanya kegiatan pelacuran ini beroperasi semula selepas premis mereka dirobohkan. Oleh itu, DBKL akan lebih kerap mengadakan operasi termasuk tindakan merobohkan setiap dua minggu sekali bagi memastikannya tidak beroperasi lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24
Panglima : 

Usaha ini menjadi bukti bahawa Kerajaan tidak akan membenarkan gejala maksiat berlaku. Meskipun mengambil masa membuat risikan dan ada juga yang makan suap barangkali, namun pandangan jelas kita nampak dalam hal ini ialah penguatkuasaan tetap diadakan. 

Dalam hal ini kedegilan pengusaha membina kembali dengan cepat tempat maksiat ini tidak mustahil mendapat dana tertentu dari pihak tertentu samada luar atau dalam negara, yang bertujuan untuk merosakkan umat Islam bukan sekadar menjana keuntungan.

Maka jangan dikata bahawa kerajaan kita mengambil ringan perkara zina ini kerana ia juga boleh menjadi punca penyakit sosial jika dibiarkan. Orang awam juga perlu menyalurkan maklumat agar mudah pihak berkuasa menanganinya. 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate