Keratan akhbar Australia melaporkan mengenai sistem memantau pesakit melalui iPad hasil inovasi Dr Hashrul.Kuala Lumpur: Seorang doktor rakyat Malaysia yang bertugas di Hospital Goulburn Valley, di Melbourne, Australia berjaya mencipta kaedah pemantauan rekod pesakit menggunakan komputer tablet dan iPad atau iPhone.
Dr Hashrul Nizam Zainul Rashid, 27, mengambil masa kira-kira lapan bulan menghasilkan sistem khas yang dinamakan ColdFusion itu. Ia membolehkan doktor memantau dan memberikan penjelasan kepada pesakit perkembangan kesihatan mereka menggunakan gajet berkenaan.
Kurangkan masa analisis
Melalui sistem itu, doktor bertugas tidak perlu menunggu masa lama menganalisis masalah pesakit selepas ujian, sebaliknya memantau keputusan ujian melalui sistem yang dibangunkan secara khusus itu.
“Sebelum ini doktor mengambil masa menunggu keputusan ujian makmal dengan mengambil butiran di pangkalan. Doktor juga perlu menunggu giliran menggunakan komputer kerana ia hanya boleh diakses oleh seorang pengguna saja pada satu-satu masa.
Untuk lebih gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan