Sekalung tahniah kepada PDRM yang gigih mencegah jenayah termasuk perkara melanggar syariat di Malaysia.
Ustaz pro PAS yang asyik politik siang malam perlu sedar masalah hari ini dan mula menumpukan tenaga mereka menyedarkan umat yang dilanda krisis sosial akibat ledakan internet yang memungkinkan segala yang tidak bermoral untuk dilakukan jika disalahguna.
Jangan disalahkan kepada Kerajaan semata-mata kerana tugas berdakwah terletak di atas bahu ahli agama yang kini gigih mengejar kuasa sehingga menjadikan umat Islam berpecah dan punah ranah.
2 ulasan:
Kerajaan sebenarnya telah banyak berbuat perkara yang boleh menjaga kepentingan agama Islam. Contohnya video klip di atas menunjukkan usaha pihak PDRM membanteras masalah sosial yang dibawa oleh warga Afrika di negara kita. Tidak habis dengan masalah ini. Kita digugat pula oleh masalah Syiah yang semakin membimbangkan kita semua.
Tahniah kepada PDRM dan agensi-agensi kerajaan seperti JAKIM yang giat menjalankan usaha memerangi masalah sosial dan aqidah di dalam negara kita.
Catat Ulasan