Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Februari 2009

Edisi Petang : Lawak Terbaru Pakatan Rakyat - Adun ditawar RM 20 juta keluar parti - Malaysiakini

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti
Feb 25, 09 3:31pm

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

abdul yunus jamahariMereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).





 

Jika anda tergelak dengan lawak ini sila taipkan LAWAK BODOH dan hantar ke ruang kotak di bawah ini dan berpeluang memenangi hadiah LAWAK TERBAIK 2009 dengan hadiahnya ialah MELENCONG ke sana sini di alam siber.

Anda pasti dibawa melawat BLOG GOBLOG yang dipenuhi dengan fakta fakta ciptaan SPECIAL EDITION Pakatan Rakyat yang lama / kini atau akan dicipta sekejap lagi samada esok lusa atau 16 September 2009 nanti. 

Jika anda merasa teruja anda boleh juga membuat SUMPAH PALSU untuk mencerahkan peluang anda menjadi pelawak terbaik rancangan POLITIK LAWAK tajaan Parti Ubat Batuk Cap Ayah, Ibu dan Anak ( Melayu Cina India )

Disamping anda juga boleh membuat LAPORAN POLIS untuk lebih gimik bagi menarik perhatian khalayak pengundi anda...


20 ulasan:

zali berkata...

lawak bodoh atau apa-apa lawak sekalipun bukan lah persoalannya...

persoalannya...mampukah sprm dan pdrm menjalankan siasatan dengan adil dan telus?

setakat ni dah berapa banyak aduan dan lapuran yang hanya di pejam mata oleh sprm dan pdrm?

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kalau fitnah kena tangkap pula...pakatan kata itu tak adil sebab tangkap mereka yg buat fitnah..

sebenarnya mereka hendak lindung masalah anwar ibrahim di mahkamah...sian anwar, kes liwatnya pun tak selesai

gotahlantun berkata...

APA KE BENDANYA NIH..!!?
BUANG MASA DAN DUIT JER.....

APA KEPENTINGAN ATAU BAGUSNYA ADUN PKR TU ?

DARIPADA BELI DIORANG LEBIH BAIK HULURKAN SUMBANGAN PADA ORANG2 KAMPUNG YANG TENGAH MENDERITA SEKARANG INI.

APA LAH BANGANG PUAK2 PKR NIH..

PUTRAKENCANA berkata...

Melihat akan 2 Adun tersebut dalam TV masa membuat aduan ke SPRM macam budak higusan aje.

Jika mereka membuat laporan palsu,
Tahan aje mereka kerana membuat aduan palsu.

Apache berkata...

Zaman fitnah dah bermula...elok guna ISA jek badut-badut nih

Awanama berkata...

susah2 jek ... Najib pun dah kuar knyataan ..... ni lawak bodoh tahap cipan!

ADI JAGAT PUTRA berkata...

sudah - sudah la ADUN PR Perak ni memfitnah BN.saya rasa mungkin mereka ni takda isu dah.dan dah kekeringan idea unuk menjatuhkan BN sehingga mereka mencipta isu sendiri.sama seperti Bekas Adun Bukit Selambau Dulu

Apa pun terima kasih kepada tuan pang5 kerana megemukakan isu ini

Tai berkata...

Lawak yang tak masuk akai. Daripada bagi kat si haprak ni, baik bagi kat rakyat.

Awanama berkata...

PR punya kelebihan sebab semua penyokongnya butahati.

Apa pun yang ketua mereka buat pasti disokong dan ditakbir..

Buat aduan palsu pada SPRM @ polis
tanpa bukti sahih, kalau tak siasat dikatanya lembap,kalau tutup kes sbb tada bukti, katanya jadi anjing kerajaan, kalau kena tangkap sbb buat laporan palsu, kata kerajaan zalim dan jadilah mereka2 ini hero yang pakai seluar dalam kat kepala, macam hero memperjuangkan penjenayah.


Diaorang cukup senang nak jadi hero, langgar undang2, kena tangkap, jadilah hero. kalau tak kena tangkap pun jadi hero sbb kerajaan takut nak bertindak.

kalau masuk ISA akan jadi hero no1
Kalau masuk penjara jadi hero second class.
Kalau masuk lockup, jadi hero 3rdclass, pun ok.

maka nerlumba-lumbalah mereka nak jadi hero, lembu pun dinobat jadi alhi pati dan dijadikan hero.

Yang pentingnya kita sebagai rakyat harus berfikir secara resional dan menilai. kehidupan bukan sekarang sahaja.

apa guna menang sorak kampong tergadai.

ALLAH maha mengetauhi.
Orang tak berdosa akan sama menerima bala atas kejahatan orang lain.

Fikirkan

Awanama berkata...

Mereka ni memang bodoh betul lah...Tak ada orang nak bagi 20 juta just nak suruh dia keluar parti. Kalau aku, ada orang nak bagi 20 juta, aku akan keluar parti dan ambil duit 20 juta tu. Lepas dah dapat duit , aku akan masuk semula parti tu.
Lepas tu aku akan tunggu tawaran lain pulak. Bodoh betul punya ADUN PKR dan DAP ni. Dahlah tak tahu buat kerja, lepas tu buat tuduhan dan fitnah pulak tu. Macam bagus sangat mereka ni, sampai orang nak senang-senang bagi 20 juta... Budak hingusan...
memang mereka ni lawak tapi lawak bodoh.

pisau berkata...

Panglima,

hal ni mudah jer..

provokasi & fitnah ! siapa pun boleh mengaku jadi ajen atau pelobi..aku pun boleh mengaku jadi agen..telefon mana2 yb dah membuat tawaran yg konon nya datang dari pemimpin tertentu..

perkara ni berulang ulang malah makin kerap,

Taktik CIA & MOSSAD:
siapa tau mungkin yang membuat tawaran tu datang dari AGEN GELAP ANUAR sendiri tanpa pengetahuan wakil2 rakyat PR(tawaran palsu berbentuk provokasi),tujuannya untuk membangkitkan kemarahan rakyat dan membusuk kan nama pemimpin BN ,mudah saja kerja tu tak terpikir ker tawaran sebodoh ni kalau duit tu masuk bank akan di kenakan sekatan di bawah pengubahan wang haram?jumlah melebihi dari sepatutnya akan di soal siasat oleh bank negara.. semua di kawal selia oleh Bank Negara..

jangan la terlalu mudah percaya retorik bodoh & fitnah PR, wang sebegitu banyak untuk di pindahkan kepada akaun individu tak semudah tu di lepaskan oleh bank negara,kita ada akta 1998 pengubahan wang haram,meliputi semua transaksi keluar masuk duit dalam akaun.tambahan dalam jumlah yang banyak..

pengalaman yang aku lalui dalam business melibatkan transaksi yang banyak & besar membuat aku sedar tak semudah tu kita nak keluarkan atau nak pindahkan duit ke mana2 akaun,

kita akan di soal siasat dari mana duit tu datang,untuk apa duit tu di masuk kan,transaksi duit itu melibatkan apa?,bebas dari dadah?rasuah?penjualan senjata?judi haram?atau aktiviti haram pada keseluruhan nya.
kalau tidak di sertakan dengan bukti & dokumen sokongan percaya lah duit akan di sekat dan akan di dakwa di makhamah.dan jika wang itu di dapati bersih dari unsur seperti di atas pemilik akaun akan di beri sijil pengesahan & pelepasan.tak semudah tu bang..

bagi penyokong PR buka la hati untuk terima akan fakta yang menyangah pembohongan pemimpin PR,jangan la mudah tertipu ..

rata2 aku tgk mudah sangat rakyat di tipu & terlalu percaya dengan pelbagai dakwaan & fitnah oleh pemimpin PR,

aku bukan nak suruh sokong BN,cuma fikir cara logik ,dan bukak minda tu jangan terlalu percaya setiap kata2 atau permainan politik.

Kalau semua PR betul yang salah semua BN,there's must be something wrong here.

fikir2 kan lah.



*bro panglima kalau boleh biar semua org baca komen aku ni..

Awanama berkata...

Ingat kan lawak lembu lagi ....tak habis-habis nak buat lawak bodoh.

blogresipi.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blogresipi.com berkata...

Pakatan Rapuh ni selalu membuat cerita rekaan. Pandai pula mencari kesalahan. Lagi pandai menepis kesalahan dan menjadikan dosa mereka sebagai satu rekaan konspirasi oleh orang lain kononnya untuk menganiayai mereka.

Taktik tahun 1998 mereka ulangi kembali. Iaitu dengan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Badan Pencegah Rasuah (SPRM) dan menggambarkan bakal PM(Najib) sebagai orang rendah akhlak. Sama seperti yang mereka buat pada Tun Mahathir satu ketika dahulu.

Kunci kejayaan Barisan Nasional untuk memenangi hati rakyat ialah menguruskan ekonomi dengan baik dan melaksanakan agenda rakyat. Diharapkan kerajaan mengkaji semula beberapa polisi yang merugikan seperti IPP dan menyemak semula konsesi lebuh raya. Kenaikan tol ini akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang dalam PRK yang akan datang tidak lama lagi.

PAPA GOMO berkata...

SALAM PANGLIMA...

TU YANG KOMEN PALING ATAS SEKALI NAMA ZALI TU LAH YANG PALING BODOH SEKALI!!!

BUKAN SAHAJA BODOH MALAH TERLAMPAU BANGANG ORANGNYA!!!

KESIAN....
HARI-HARI DI LIWAT ANWAR AL-JUBURI

JOM PANGLIMA DAN YANG LAIN...
LAYAN...
KARPAL.???? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/karpal-singh-anak-haramjadah.html

najamarine berkata...

lahanat anwar ibrahim ni selalu cakap ade bukti la,ade video la,ade rakam la..bile di minta tunjuk bukti macam2 dalih pulak..
ni manusia munafik yg sedang porak perandakan negara kita..jahanam dajal anwar ibrahim ni trus putar belit kat segala fakta dan tunjukkan kunun2 dia menjadi mangsa.bangsat...

Jeepers Creepers berkata...

lawak sungguh skrip pakatan riot ni..seeloknya perancang politik pakatan riot ni masuk raja lawak..baru boleh bersaing dengan kapal singh king hahaha.

Teruskan mengundi BN. Selamat, Aman, Makmur.

Undi BN Masuk Neraka, Undi PAS pun Masuk Neraka sebab Nik Aziz Bukan Pegang Kunci Pintu Syurga.

blogresipi.com berkata...

Setiap hari saya berfikir macam mana la nak buka hati kawan-kawan di sekeliling saya yang kebanyakannya menyokong PR. Ada yang jadi penyokong tegar, ada yang ikut-ikutan.

Kerap juga berbahas dan lawan menyindir di kedai kopi, di pejabat dan kadang-kala melalui sms. Tapi kebanyakannya macam dah dipukau. Semua BN buat salah dan semua PR buat betul.

Pening kepala dibuatnya.

Saya harap mereka diberi petunjuk dan tidak terikut-ikut dengan retorik pembangkang.

Tahun 1998 saya berumur 17 tahun. Boleh dikatakan kebanyakan kawan-kawan menyokong Anwar kerana merasakan Anwar dianiayai Tun. Saya pun terikut juga. Namun apabila berfikir dengan mendalam, ternampak sifat retorik yang ada pada Anwar. Semakin lama sokongan terhadap UMNO dan BN kembali padu apatah lagi apabila melihat Tun Mahathir begitu ikhlas membangunkan negara, memulihkan ekonomi dan meletakkan Malaysia di mata dunia. Rakyat menjadi bangga dengan kejayaan Tun dan sekaligus retorik Anwar tenggelam di Sungai Buluh.

Tahun 1999, BN tetap menang kerana rakyat Malaysia yakin bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan.

Tahun 2004, BN menang lagi kerana di sudut hati rakyat, mereka terkenang jasa Tun dan mereka yakin terhadap imej Pak Lah yang bersih dan alim. Puisi Damai Abadi tersemat erat di kalangan orang Melayu. Mereka berharap Malaysia akan lebih gagah bersama Pak Lah.

Tahun 2008 BN menang lagi. Tapi majoriti di parlimen banyak berkurangan. Kita tewas kerana kita gagal menguruskan kemenangan dengan baik dan ada diantara YB yang terpilih pada tahun 2004 tidak menjaga kawasan dengan baik. Selain itu, tidak dapat tidak kita kena akui bahawa Pemuda UMNO terputus hubungan dengan orang muda. Kita juga gagal menangkis tohmahan pembangkang kerana kita tidak pernah cuba untuk belajar mengadakan ceramah di kampung-kampung dan mengedarkan akhbar rasmi UMNO bagi membantu menjawab tuduhan pembangkang.

Jadi pada hari ini kita semua tahu DS Najib akan menjadi PM, insya-Allah. Ahli UMNO dan para penyokong BN sangat berharap beliau dapat membawa Malaysia kembali ke tahap membanggakan. Jika ia berhasil, sokongan rakyat akan kembali secara perlahan-lahan kepada BN. Pada masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO yang baru perlulah mengambil sikap yang proaktif dan mengembalikan peranan sebenar Pemuda iaitu menjadi pemantau polisi kerajaan dan membawa suara orang muda untuk didengari oleh kerajaan. Jika ada kepincangan dalam kerajaan atau polisi yang tidak menepati kehendak rakyat, Pemuda yang kena tegur dahulu. Bukannya menunggu pembangkang tegur.

Kepada rakan-rakan BPN, saya sebagai kumpulan penyokong BPN berharap anda semua meneruskan perjuangan suci ini. Di akhir zaman ini, orang lebih percaya kepada kebatilan berbanding menelan pahit kebenaran. Yakinlah kita di pihak yang benar, kerana di sudut hati kita, kita sedar bahawa perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan tanahair.

www.permatangpauh2u.com

Tai berkata...

Ya, sokong penulisan anda. Sokong penuh.

blogresipi.com berkata...

Tuan Panglima,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19272-pas-calls-for-a-unity-government

Nanti berilah komen tentang artikel di atas. Terima kasih.

Cari Blog Ini

Translate