Berikut touch point belanjawan yang baru dibentang Jumaat lalu untuk bajet tahun hadapan. Ramai menyifatkan belanjawan ini adalah yang terbaik dan paling seimbang.
Walaupun pembangkang tetap memperlekehkan bajet hasil cetusan idea rakyat kepada YAB Perdana Menteri ini.
Semua tahu pelbagai pihak menumpahkan idea dan tenaga mencari resepi paling istimewa untuk ramuan mencapai kejayaan status negara Maju pada tahun 2020 akan datang.
Bajet ini bukan idea Perdana Menteri seorang diri tetapi juga dijayakan hasil sumbangan idea dari pelbagai pihak yang dikira sebagai rakyat.
Maka tidak salah bajet ini dianggap bajet rakyat yang perlu diterima oleh sekelian rakyat. Berikut point utama bajet yang dibentangkan untuk tatapan kita semua. Terkini, penuntut IPT berusia 21 tahun ke atas tidak termasuk golongan penerima BR1M 2.0 menurut pejabat Kementerian Kewangan. Memandangkan mereka sudah menerima pinjaman PTPTN yang juga dari wang Kerajaan.
Kesimpulan bajet kita nampak satu perkara paling besar ialah : duit rakyat hasil cukai dan duit hasil bumi Malaysia dikembalikan semula kepada rakyat dengan kadar yang bersesuaian demi menjana kemakmuran negara.
Lihat pula janji yang dipasang sana sini untuk menipu rakyat 1Malaysia. Adakah ada jaminan janji ini akan dipenuhi?
Kecuali jika rakyat sudah puas hidup senang maka dipersilakan untuk mencuba mengundi Pakatan.
Mungkin kesusahan yang dialami penduduk di beberapa buah negeri diperintah Pakatan belum cukup memberi pengajaran kepada anda yang saban hari hidup atas kebijaksanaan Kerajaan BN mentadbir negeri.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua tentang bahaya Pakatan yang mesti dijauhi dari menjadi pilihan pengundi dalam PRU akan datang.
Satu soalan belum ditemui jawapan pada bajet Pakatan yang terpampang di atas iaitu dari manakah sumber wang akan diperolehi apabila kerajaan mereka memerintah Malaysia ?
Jika dihapuskan berbagai perkara dan diberi banyak benda disubsidi dengan melampau adakah ada jaminan negara tidak akan bangkrap simpanannya? Sekarang ini negara kita mempunyai ratus billion simpanannya namun adakah wajar ia dihabiskan tanpa mengira masa depan?
Moga Allah akan jauhkan pengkhianat menerajui negara kita.
Memberi segala perkara percuma akan menjadikan duit simpanan tidak akan ada untuk diguna oleh Kerajaan selain menambahkan lagi beban hutang yang sedia ada.
Pemborosan seperti inilah yang disukai oleh syaitan dan jangan kita mengikuti jejak langkah syaitan yang mahukan manusia mengikut apa yang disukainya.
Sederhana itu yang dipanggil wasatiyyah tidak terlalu kikir atau kedekut dan tidak juga terlalu boros sehingga menghabiskan apa yang ada. Kecuali kita jenis manusia berhati syaitan yang suka mencari ruang mencipta masalah untuk rosakkan ummah.
Rujuklah firman Allah surah Al Isra di bawah ini anda akan temui maksud ayat di atas.
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
(Al-Israa' 17:29)
Sekian, wallahu A'lam.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan