'Asal tolak Islam tidak dapat pahala'
7 April 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.
"Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan," katanya disambut sorakan penyokong Pas.
Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
"Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar," katanya.
Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.
Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.
Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.
"Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.
"Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah," katanya.
Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.
"Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna," katanya.
Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara ydasar Umno menolak Islam.
Panglima :
1. Hanya PAS sahaja Islam. Selain PAS dikira bukan Islam walau menurut Al Quran dan Hadis Junjungan.
2. Islam PAS jenis tolak maulid Nabi, hina Nabi, Allah dikata mencarut, Allah duduk. Wahabi subur bawah rejim PAS selain Syiah.
3. Islam PAS juga yang bina hanya 1 masjid selama 22 tahun perintah Kelantan. Bila UMNO lakukan mereka kata itu tidak ikhlas.
4. Islam PAS juga benar kerana itu doa dan wirid mereka untuk menghancurkan UMNO bukan hancurkan musuh agama. Pelik kerana Islam Nabi Muhammad saw ajar doa hidayah kepada musuh agama.
5. Islam PAS juga mengajar meminta-minta dengan pengikutnya bukan memberi kepada mereka.
6. Islam PAS juga menyokong parti yang perjuang kalimah Allah diguna Kristian.
7. Islam PAS juga menganggap hanya Islam PAS yang diisi borang sahaja yang boleh bawa ke syurga.
Adakah ini pandangan terakhir Nik Aziz sebelum PRU 13 atau sebelum beliau dicabut nyawa oleh Allah?
Kadangkala mereka yang buang tabiat melatah ini petanda usianya sudah tidak lama.
Semoga Allah beri taufik hidayah kepada kita semua.
Berhati-hati berkata atau menulis sesuatu perkara...
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan