Prof Mahaya Diserang Tentera Siber "Red Bean Army"Pembangkang
Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza,berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramahterkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang daripelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkangyang dikenali sebagai 'Red Bean Army'.
Prof Mahaya sebelum ini ketika diminta mengulasmengenai isu kenaikan harga barang meminta agarmasyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untukmencetus inspirasi. Menurutnya, umum menanggappeningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatifsehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarangperubahan.
Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapatyang diberikan, malah turut melemparkan kata-kata kesat,memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yangtidak baik kepadanya. Berikut adalah antara kata-katakesat yang dilemparkan terhadap beliau:
"Jenis Prof bateri cap ayam", Mohd Haslin.
"Prof ini penting diri sendiri. Mana perasaan ikhwanulMuslimin. (Hanya) pentingkan darjat, duit, mengejarkebendaan sahaja. Tidak fikir perasaan orang miskin,mereka semua tidak minta dimiskinkan. Fikirlah, (sebelum) buat kenyataan, jangan jadi barua", HalimiPuteh.
"Prof kangkung tak boleh, solusi teori nak buat halwatelinga boleh la", Puteri Natasya binti AlBakri.
"Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang,bersyukur, dan think positive", Cahaya Mataku.
"Ini profesor cari makan, alias profesor kangkung. Kalaudah kangkung, hanya pandai berteori sahaja. Gaji ribu-ribu bolehlah cakap. Puiiihhhh!!!", Nazriaziz AlSheikh.
"Ya lah, nama pun profesor, tentulah banyak teorinya.bercakap dari bilik berhawa dingin berbeza dengan terjunke medan. tanyalah rakyat yang berpanas, barulah tahuhakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak",Insan Sepi.
"Kepala hotak dia la", Selamat Mad.
"Bangang!!" Pak Berahim Mizan.
"Jadi prof ini, (cakap) ikut sedap mulut je", RosniariffinChe'Ros.
"Di saat ini, rasa nak sepak-sepak muka prof. Saya yakin,bila prof rela kami sepak muka prof, dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata jadipositif", Inspektor Shahab.
"Gugurkan gelaran prof. Dia ni tiada kemahiranmendengar", Khaoril Amri.
"Doc ini ibarat menjolok sarang tebuan, silap hari bulanMacai", Sheikh Zun Nurain.
"Jangan jadi macam macai la prof, open your mind", Ahmad Hafiz.
"Sampah sahaja (pandangan yang diberikan), tunggu kau(Prof Muhaya) merempat nanti, baru kau tahu ertibersyukur", Pendamping Kehijauan
"Prof paling bongok dalam dunia", Rashid Wahari
Yang menjadi persoalannya ialah, apabila diteliti semulakebanyakan komentar yang diberikan datangnya dariakaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalambahasa mudah, akaun palsu yang direka secara khususuntuk menyerang personaliti yang cenderung menyokongkerajaan.
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata dikalangan mereka hanyalah tentera upahan @ macai yangdiberi habuan tertentu untuk menyerang mana-manatokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbezadengan pakatan pembangkang.
Dengan cara itu, mana-mana tokoh atau selebriti akanmenjadi takut untuk memberikan sebarang cadangan ataupandangan yang berbeza. Malah modus operandi yangdigunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukansebelum pilihan raya umum yang lalu.
Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritikpembangkang dan dilihat cenderung menyokong kerajaanakan diserang dengan pelbagai kata-kata kesat. Malahada beberapa kes, mereka tidak akan teragak-agak untukmengugut dan memberikan ancaman bunuh.
Ekoran serangan yang dilakukan itu, Prof Mahaya tampilsekali lagi bagi menjelaskan maksud sebenar yang inginbeliau sampaikan kepada masyarakat. Di dalam rakamanvideo yang dikeluarkan semalam, beliau mengatakan iabertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasabersikap positif.
"Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahliekonomi. Saya hanya pencetus inspirasi yang semuaorang tahu, gaya saya bercakap adalah untuk kita lakukanpada perubahan.
"Kita kena faham, ada benda yang boleh dikawal, adabenda yang tidak boleh dikawal, sebab itu ada doa "YaAllah, ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubahapa perkara yang aku boleh ubah, atau kekuatan untukmenerima apa-apa perkara yang tidak boleh diubah dankebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antarakeduanya.
"Memang banyak pihak, mahu saya buat kenyataanmemarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya.Pada saya ia sudah banyak diperkatakan, peranan saya(agar masyarakat berfikiran positif) dalam mencari jalanpenyelesaian" katanya
Paling menarik, beliau turut mengatakan telah memaafkanmereka yang menghina beliau.
"Saya bukan ahli politik, memang prinsip saya untuk tidakmembuat kenyataan yang berbaur politik… Tujuan sayabuat (rakaman) video ini, bukan untuk memberikanjustifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya.Kerana sebenarnya saya telah maafkan semua orang yang mengata saya.
"Saya Cuma bercakap dari perspektif saya, cara untuk kitamelihat sesuatu (masalah) dan mencari solusi danbukannya membesar-besarkan masalah" jelas beliau lagi.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan