Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 September 2014

@KDNPutrajaya nafi wujud unit risikan khas, kad kuasa perisik | Berita Harian @Zahid_Hamidi



PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud 'unit risikan khas bahagian keselamatan negara' di kementerian itu yang memberi kuasa kepada anggotanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau mengutip wang.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim, berkata pegawai dan kakitangan KDN juga tidak dibekalkan 'kad kuasa perisik' sebaliknya mereka hanya menggunakan kad rasmi sebagai tanda pengenalan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia.

"Terdapat kes seorang lelaki telah menunjukkan kad kuasa perisik kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan awal pagi Sabtu lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan telah menunjukkan kad yang tertera jawatan 'Perisik KDN' dan mendakwa memperoleh kad itu daripada KDN pada April lepas.

Susulan itu, katanya, seorang kakitangan sebuah hotel di Melaka telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung pemilikan kad itu.

Alwi berkata, kes yang serupa pernah dilaporkan berlaku pada 2011 dan justeru itu KDN menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang memperkenalkan diri mereka dengan menggunakan kad seperti itu.

"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta agar membuat laporan polis," katanya.

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/4674?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate