Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Februari 2015

Individu terbabit kumpulan IS dipantau - @Zahid_Hamidi | Harian Metro


Individu terbabit kumpulan IS dipantau

Port Dickson: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) dengan cuba merekrut dan mendapatkan pembiayaan melalui media sosial.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM sudah memperoleh senarai syak dan pihak terbabit memantau serta mengekori pergerakan mereka.

"Kita memantau mereka bukan saja dalam soal merekrut tetapi juga soal pembiayaan dan pengumpulan dana bagi menghantar bakal pengganas ke Iraq dan Syria.

"Berikutan itu, kita melaksanakan kerjasama dengan negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Myanmar untuk memastikan rantau Asia selamat dan juga tidak menghantar bakal pengganas ke negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Meja Bulat Dasar Keselamatan Dalam Negeri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zahid berkata, kerajaan turut mengutuk tindakan kejam kumpulan militan IS membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordan yang ditawan apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.

Katanya, tindakan kejam itu bukan cara Islam dan ia sungguh memalukan, malah negara juga tidak merelakan mana-mana agamab dan keturunan menjadi mangsa pengganas.

Ditanya mengenai tindakan negara yang berusaha keras menghalang kewujudan individu menyertai kumpulan IS, beliau berkata, langkah itu diambil demi keselamatan negara.

Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:29 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29461?m=1#sthash.xDkzFmAk.dpuf



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate