PM tolak Kor Ming jadi menteri?
KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilaporkan tidak tersenarai sebagai anggota Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan kerana nama beliau dikatakan mungkin ditolak oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran pelbagai kenyataannya sebelum ini yang disifatkan berunsur perkauman.
Menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber, perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada Kor Ming sebelum mempengerusikan mesyuarat mengejut Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu semalam.
"Guan Eng hampir menitiskan air mata apabila gagal meyakinkan orang tua (Dr. Mahathir) untuk melantik Kor Ming sebagai menteri," menurut kata-kata sumber yang tidak dinamakan itu.
Dalam satu klip video kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Kor Ming merujuk Dr. Mahathir yang berusia 92 tahun akan digunakan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum beliau mati untuk bersama-sama bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia tiga tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan