Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2018

Umno bidas Dr M anjur rumah terbuka besar-besaran, tak hormat Agong | Free Malaysia Today

Umno bidas Dr M anjur rumah terbuka besar-besaran, tak hormat Agong | Free Malaysia Today

Umno bidas Dr M anjur rumah terbuka besar-besaran, tak hormat Agong



Umno mempersoalkan Dr Mahathir adakah kerajaan tidak memandang berat tradisi rumah terbuka Istana Negara. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Umno hari ini membidas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran, sedangkan Istana Negara membatalkan tradisi itu yang mungkin ialah petanda Yang di-Pertuan Agong "jauh hati" dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Unit Komunikasi Strategik Umno berkata, Agong tidak mengadakan rumah terbuka di Istana Negara mungkin kerana tersinggung dengan tindakan PH membenarkan bekas ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin serta pihak tertentu mempersoalkan perbelanjaan Sultan Muhammad V.

"Tidakkah sudah wujud provokasi terhadap institusi diraja oleh ejen-ejen PH, dan adakah PH mengharapkan orang Melayu akan duduk diam apabila satu-satunya hak mereka yang tinggal ini dipersoalkan?

"Bagaimana pula perasaan Dr Mahathir sendiri yang mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran, sedangkan tradisi rumah terbuka Istana Negara tidak dipandang berat oleh kerajaannya?

"Ini juga seolah-olah mencerminkan kerajaan PH kini mengajak rakyat tidak lagi menghormati, mendaulatkan dan memandang tinggi institusi raja-raja Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times menerusi blognya mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Agong.

Susulan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan Kadir itu dengan berkata, rakyat perlu mempunyai rasa hormat kepada raja Melayu dan menyuarakan pandangan secara tertib.

Kadir kemudiannya meletak jawatan sebagai ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.

Sementara itu, Umno turut kesal dan terkilan dengan perutusan Aidilfitri Dr Mahathir yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, yang disifatkan berbaur politik dan cuba menghasut rakyat membenci Barisan Nasional (BN).

"Berbanding perutusan khas Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu," dakwanya.

"Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah, tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan Umno.

"Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai 'perfect' atau sempurna dan tidak akan membuat kesilapan."

Parti komponen BN itu berkata, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH sepatutnya menggunakan perutusan itu untuk mengeratkan perpaduan nasional dan saling bermaaf-maafan.

Ia memberi contoh pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi langsung tidak menyentuh hal politik dalam perutusan Aidilfitrinya dan hanya berkata Hari Raya perlu digunakan untuk meningkatkan perpaduan ummah.

 

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate