Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Disember 2018

Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha - PM | Astro Awani

Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha - PM | Astro Awani

'Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha' - PM

'Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha' - PM
DR MAHATHIR: Orang ramai boleh melontarkan pendapat mereka tetapi itu sesuatu yang terpulang kepada saya untuk putuskan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketika sedang rancak desakan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy melepaskan jawatannya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun masih belum memutuskan nasib menteri kabinet tersebut.

"Orang ramai boleh melontarkan pendapat mereka tetapi itu sesuatu yang terpulang kepada saya untuk putuskan. Saya tidak putuskan apa-apa lagi," katanya ketika ditanya media mengenai desakan tersebut ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada Rabu. Dr Mahathir masih lagi menganggap bahawa Waytha Moorthy layak memegang jawatan yang disandang.

Bila ditanya apakah prestasinya ketika ini selepas dia menerima desakan pelbagai pihak Perdana Menteri secara ringkas menjawab, "Dia okey."

Desakan perletakkan jawatan terhadap Waytha itu semakin hangat selepas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas dipukul dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Malah, desakan itu turut disuarakan pemimpin kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri, iaitu Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate