Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Januari 2019

Akhirnya Lelaki Yang Menyepak Motor Motor Di Institut Latihan Perindustrian Tampil Buat Kenyataan – KL Viral

Akhirnya Lelaki Yang Menyepak Motor Motor Di Institut Latihan Perindustrian Tampil Buat Kenyataan – KL Viral

Akhirnya Lelaki Yang Menyepak Motor Motor Di Institut Latihan Perindustrian Tampil Buat Kenyataan

KOTA BHARU: "Saya mohon maaf atas apa yang terjadi dan kejadian itu berlaku di luar kawalan.

Itu luahan Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohamad Hazmi Noordin yang menendang motosikal pelajar sehingga tular di media sosial, semalam.

Mohamad Hazmi turut mengakui lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya dan dia sendiri turut tampil membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Bukan niat saya merosakkan harta benda pelajar, semuanya berlaku di luar kawalan. Saya memohon maaf kepada semua termasuk ibu bapa pelajar yang melapor diri semalam.

"Saya menganggap ini sebagai ujian dan peluang untuk muhasabah diri. Besar harapan saya usaha menabur bakti dalam bidang kemahiran dapat diteruskan.

"Pada masa sama, saya akur dengan arahan supaya bercuti selama seminggu serta dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rakaman berdurasi seminit 28 saat yang menunjukkan pegawai institut kemahiran itu menendang tiga motosikal yang diletakkan di kawasan itu sehingga jatuh, tular di media sosial sejak petang semalam.

Lelaki terbabit dikatakan berbuat demikian ketika sesi pendaftaran pelajar lama selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu. Perbuatan itu dirakam oleh seorang pelajar yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Mohamad Hazmi berkata, dia tidak terbabit secara langsung dengan jawatankuasa minggu suai kenal sesi Januari 2019 yang berlangsung semalam.

"Namun saya pegawai yang bertanggungjawab dengan urusan keselamatan ILP dan saya hanya mahu program berjalan lancar," katanya.

Sumber Artikel: Bharian Online



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate