Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Januari 2019

Bahaya Trend Baru ‘#10YearsChallenge’ | AJAR

Berhati – hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge' | AJAR

Berhati – hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Baru – baru ini timbul trend baru di media sosial bernama #10yearschallenge, di mana pengguna – pengguna Twitter, Instagram dan Facebook memuatnaik dua gambar bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lepas dengan sekarang.

Trend ini turut tular apabila disambut oleh golongan selebriti.

Image result for 10 years challenge
The Rock, antara selebriti antarabangsa yang menyahut #10yearschallenge

Dari segi luaran, nampaknya trend ini tidak berbahaya dan tidak mendatangkan apa – apa risiko. Namun sesetengah pihak membongkarkan beberapa maklumat yang agak menggerunkan berkenaan cabaran media sosial ini.

"Ini Satu Percubaan Melombong Data Algoritma Pengecaman Muka"

Menurut Kate O'Neill yang menulis untuk wired.com, tidak mustahil trend ini merupakan satu percubaan syarikat – syarikat media sosial gergasi melombong data.

Bayangkan anda ingin melatih algoritma pengecaman muka berkaitan ciri – ciri penuaan (iaitu bagaimana orang kelihatan setelah mereka tua). Secara idealnya, anda mahukan set data yang luas dan banyak merangkumi gambar – gambar jutaan orang. Ia juga akan sangat membantu jika anda tahu selang umur yang tepat untuk dua gambar tersebut, seperti selang 10 tahun.

Menurut beliau, trend ini boleh jadi merupakan satu percubaan besar – besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia.

Sudah pasti, pandangan skeptikal beliau dipertikai orang dengan mengatakan bahawa boleh saja Facebook mencari gambar – gambar lama pada profail Facebook kita sendiri tanpa perlu membuat challenge ini.

Tapi jawab beliau, gambar – gambar lama yang dimuatnaik oleh ramai orang 10 tahun lepas tidak begitu boleh dipercayai. Orang tidak memuat naik gambar dalam turutan waktu kronologi, dan ramai orang yang menggunakan gambar bukan manusia sebagai gambar profail mereka.

Dengan meme Facebook terbaru ini, mereka dapat membuat orang memuatnaik sendiri gambar mereka 10 tahun lepas, serta meletakkan konteks yang sangat membantu A.I mereka (contoh – 'saya pada 2008, saya pada 2018')

Dengan kata lain, berkemungkinan trend terbaru ini adalah suatu kejuruteraan sosial pada skala besar – besaran. Kita sebagai pengguna media sosial yang berikan data percuma untuk dieksploitasi syarikat media sosial.

Suatu Ancaman Siber

Menurut portal My Two Cents pula, #10YearsChallenge boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk melakukan salah laku alam maya.

Untuk penjenayah, ianya sangat mudah. Jika dahulu anda single dan sekarang berkeluarga dan semakin kaya, penjenayah akan mula memikirkan tentang segala kemungkinan kejahatan yg boleh dilakukan, terhadap anda sendiri ataupun keluarga anda.

Menurut penulis, data berharga yang diperoleh membolehkan pihak lain untuk mengambil kesempatan, seperti mengiklankan produk dan servis yang mereka rasakan sesuai dengan situasi anda sepanjang 10 tahun lepas.

Sejarah Menggerunkan Manipulasi Data Media Sosial

Dalam satu analisa yang cukup elaboratif, Asyraf Farique, pengkaji di IRIS Institute membentangkan perkembangan bagaimana media sosial dijuruterakan untuk memanipulasi pengguna – penggunanya.

Antara lain, beliau mendedahkan bagaimana 'feature' emosi di Facebook dieksploitasi untuk menjual data.

Dalam satu laporan yang telah dibocorkan oleh media mendapati Facebook mengakui mereka boleh mengesan dan mengenal pasti tahap emosi jiwa pengguna. Adakah mereka sedang marah, sedih, kecewa, rasa bodoh, takut, atau sedang gagal. Maka kerapuhan ini akan digunakan dengan menjual data pelanggan kepada pengiklan, supaya iklan yang sesuai akan dipaparkan mengikut situasi emosi pengguna.

Beliau juga mengajak kita berfikir sama ada kita betul – betul merdeka daripada diperhambakan media sosial.

Di mana kemerdekaan diri kita dalam membuat keputusan dan mengatur pilihan diri? Adakah media sosial ini menjadi alat kepada kita untuk memudahkan perhubungan atau tanpa kita sedari, diri kita sendiri sudah dieksploitasi dan kita menjadi mangsa kepada mereka!



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate