Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Januari 2019

Larangan merokok: Peniaga di Johor akui sedikit terjejas

Larangan merokok: Peniaga di Johor akui sedikit terjejas

PPC : Rakan sudah beritahu melalui status FB bahawa ramai sudah tidak lagi lepak di kedai makan.  Biasanya anak muda akan main game bertemu kawan dan bisnes di kedai makan. Namun kini semakin kurang mencecah 30% kemerosotan jualan harian.

Akhirnya rakyat akan untung kerana tidak lagi minum dan makan di luar rumah.

Dan kedai makan terutama mamak akan gulung tikar sekaligus dapat menambah lagi jumlah rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan.

Langkah bijak Kerajaan ini patut diperkuatkan penguatkuasaannya agar lebih banyak kutipan saman akan diterima.

RM10,000 bukan sikit dan bayang jika 1 juta disaman ?

Sekaligus jumlah cukai rokok akan berkurangan kerana rakyat berjimat dan berhati-hati membeli rokok dan Malaysia akan sekali lagi buat pinjaman Bon Samurai Jepun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah Malaysia.

Malaysia Baru memang terbaik setakat ini di dalam memerintah Malaysia.

Terbaik sangat ! 



Larangan merokok: Peniaga di Johor akui sedikit terjejas

Rabu | 9 Januari 2019

Kelihatan ruang legar sebuah restoran lengang.

JOHOR BAHRU - Peraturan larangan merokok di premis makanan sejak 1 Januari lalu, disambut baik semua pihak termasuk golongan peniaga.

Bagaimanapun, rata-rata daripada mereka mendakwa purata pendapatan merudum sejak peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Bagi peniaga nasi campur dan masakan panas, Johanizam Seran, 45, mengakui pelanggannya semakin berkurang.

"Kalau dahulu, kebanyakan pelanggan datang menjamu selera sambil menghisap rokok.

"Kini, ada pula yang datang bertanya sama ada boleh merokok atau sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian.

Johanizam berkata, peraturan yang dikuat kuasa kerajaan ini amat baik, namun lebih baik disediakan ruang untuk perokok di premis makanan.

"Langkah ini amat baik untuk menggalakkan golongan perokok menjaga kesihatan mereka.

"Namun, perlu ada inisiatif yang disediakan pihak kerajaan. Jika tidak, kami khuatir pendapatan kami akan terjejas," katanya.

Sementara itu, peniaga kacang pool, Mohd Sirma Omar, 34, turut mendakwa perniagaannya turut terjejas.

"Premis perniagaan saya ini berdekatan dengan bangunan kerajaan dan selalunya orang ramai akan singgah ke sini untuk menjamu selera.

"Bagaimanapun, saya perasan, sekarang pelanggan semakin berkurang. Pendapatan juga merosot sekitar 30 peratus setiap hari," katanya.

Berikutan itu, Mohd Sirma kini terpaksa mengambil tempahan luar untuk menampung hasil pendapatan perniagaannya.

"Bermula minggu ini, saya turut berniaga di pasar malam pada hujung minggu.

Tujuannya untuk menampung hasil perniagaan di kedai yang terjejas selain menambah pendapatan yang diperoleh.

"Oleh itu, saya juga berharap agar ruang untuk merokok turut disediakan di premis-premis makanan dalam masa terdekat," katanya.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate