Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mac 2021

IMBAS KEMBALI : Setiausaha Zahid Akui Silap Bayar Cek di Mahkamah !!!


1. Bila tengok balik kes mahkamah Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi aku macam rasa sesuatu tidak kena. Tengok balik kecuaian setiausaha beliau melunaskan bayaran kad kredit DSZH yang diakuinya semasa kes mahkamah berjalan tahun lepas.




Baca laporannya di sini :

Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/540458

Pemeriksaan balas dengan peguam Ahmad Zaidi Zainal berkisar tentang kecuaian Mazlina, yang merupakan saksi pendakwaan ke-90, dalam menggunakan cek yayasan bagi membayar hutang kad kredit Zahid.

Ketika disoal balas, Mazlina mengaku dia tidak memiliki kad kredit sendiri tetapi tahu perbezaan antara pemegang kad prinsipal dan pemegang kad suplementari.

Zaidi: Tahu tak, kalau ikut prosedur membayar kad kredit, cuma perlu satu cek untuk satu penyata. Tahu tak? Tak perlu keluarkan dua atau tiga cek untuk satu penyata (yang mengandungi beberapa kad di dalam penyata yang sama)?

Mazlina: Tahu.

Zaidi kemudian membangkitkan mengenai apa yang menurutnya kesilapan Mazlina, antaranya berhubung jumlah yang sepatutnya dibayar pada penyata kad kredit serta kesilapan tarikh pada cek.

Dia merujuk satu penyata kad kredit bertarikh 28 Disember 2013 yang mempunyai jumlah baki semasa (jumlah perlu dibayar) sebanyak RM65,153.32, namun Mazlina membuat bayaran sebanyak RM 71,283.17 menerusi dua cek berasingan, yang merupakan jumlah baki semasa bagi dua kad kredit - RM63,701.52 dan RM7,581.65.

Zaidi: Ini satu kesilapan yang Puan Mazlina telah buat. Betul?

Mazlina: Ya.

Mazlina juga mengaku dia tidak pernah menunjukkan cek-cek berkenaan kepada Zahid dan menggunakan cap tandatangan walaupun pembayaran cek dibuat awal daripada tarikh akhir pembayaran.

Dia membuat pembayaran menggunakan cek pada 9 Januari 2014, iaitu lapan hari lebih awal daripada tarikh akhir 17 Januari 2014.

Dalam pernyataan sebelum ini, dia berkata menggunakan cap tandatangan Zahid untuk cek Yayasan Akalbudi untuk mempercepat proses pengeluaran cek memandangkan Zahid sibuk, dan kad kredit akan disekat jika lewat membuat bayaran.

Merujuk penyata kad kredit bertarikh 28 Januari 2014, Mazlina turut melangsaikan bayaran itu menerusi dua cek berasingan untuk dua kad kredit, meskipun dua hutang kad kredit itu dalam penyata sama.

Berkenaan penyata itu, Zaidi mempersoalkan tarikh dua keping cek iaitu 7 Januari 2014, lebih awal daripada tarikh penyata dan tarikh bayar dalam penyata tersebut.

Zaidi: Ini juga menunjukkan kecuaian Puan Mazlina. Betul?

Mazlina: Ya.

Merujuk penyata bertarikh 28 Februari 2014, dengan jumlah baki semasa RM 8001.54, Mazlina mengaku merujuk bahagian baki terdahulu (previous balance) dan membuat bayaran RM20,858.36, dan mengaku itu satu lagi kesilapannya.

Merujuk penyata bertarikh 28 Mac 2014 pula, dengan jumlah baki semasa RM 64668.24, dia berkata membuat bayaran RM2,600 menerusi dua keping cek, setelah menghubungi pihak bank untuk mengetahui jumlah minimum bayaran bagi mengelak kad disekat.

Dalam berita lain disebutkan DSZH sudah membayar kembali duit yang digunakan untuk tujuan peribadinya 

Saya sudah bayar balik... - Ahmad Zahid | Harian Metro (hmetro.com.my)

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada sebarang penyelewengan dana dikesan membabitkan Yayasan Akalbudi yang diterajuinya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apa yang berlaku sebenarnya adalah kesilapan dilakukan pegawainya yang membuat pembayaran kad kredit menggunakan dana yayasan itu.

Menurutnya, sepatutnya pembayaran kad kredit itu menggunakan cek daripada akaun peribadinya, bukan menggunakan duit yayasan itu.

“Saya sudah menjelaskan perkara itu kepada pasukan penyiasat SPRM hari ini, malah, saya sudah membayar balik sepenuhnya kepada akaun yayasan itu pada 2016.

2. DSZH bukan miskin untuk menyalah guna duit yayasan sumbangan awam dan beliau lebih dari mampu untuk membiayai keperluan hidupnya hasil bisnes yang dimiliki beliau.

Beliau pernah terlibat dunia korporat dan bekas bankers. 

3. Jika DSZH mahu menggunakan duit tersebut untuk dirinya sudah tentu ia tidak perlu dimasukkan ke dalam Yayasan miliknya.... Namun jelas ia dimasukkan atas nama sumbangan. Baca keterangan saksi di mahkamah di sini :

KUALA LUMPUR: Seorang pemegang saham sebuah penyedia perkhidmatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menyumbang RM9 juta kepada yayasan milik Ahmad Zahid Hamidi untuk membina 2 masjid.

Mohd Jimmy Wong Abdullah yang juga pengarah bukan eksekutif MyEG Services Sdn Bhd, berkata beliau menyumbang RM600,000 sebanyak 15 kali menerusi cek dari Mei 2016 hingga Mac 2018.

“Zahid minta saya memasukkan wang ke dalam akaun Firma Guaman Lewis & Co yang mengendalikan yayasan itu,” kata saksi pendakwaan ke -78 dalam pernyataan saksinya.

Wong berkata, Zahid mempelawa beliau ke kediaman peribadinya pada akhir 2015 untuk majlis kesyukuran dan kemudian bertanya jika beliau mahu mendapatkan pahala daripada Allah kerana melakukan kebaikan.

Saya derma RM9 juta kepada yayasan Zahid bina masjid, kata pemegang saham MyEG | Free Malaysia Today (FMT)

4. Rasanya tidak ada keperluan untuk meneruskan perbicaraan kerana saksi pendakwaan jelas telah mengakui kesilapan membuat bayaran dan juga DSZH sendiri telah membayar kembali wang tersebut tahun 2016 lalu.

Hanya mahkamah yang akan menentukan dan kita berdoa tiada sebarang sabitan dikenakan dan DSZH akan dilepaskan tanpa dipanggil untuk membela diri selepas perbicaraan yang berlangsung sejak 2018 ini berakhir.


sebelum pergi elok dengar kembali penjelasan peguam bela DSZH berkenaan sumbangan yang diterima 








2 ulasan:

DS567 berkata...

https://greenmanramblings.blogspot.com/2015/12/what-is-work-of-this-god-reclaiming.html

DS567 berkata...

http://thevirtuosi.blogspot.com/2013/01/re-evaluating-values-of-tiles-in.html

Cari Blog Ini

Translate