YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
23 Oktober 2010
Video Kenangan Anwar di Persidangan Agung Umno 1998 - Adakah Kata Taat Setianya Dikotakan ?
Pak Habib Al Attas @ Persamaan Wajah Salman Rushdie Dan Anwar !!!
Oleh SH Alattas
12 Oktober 2010
Seluruh Penipu dalam Pakatan Rosak Gementar Termasuk Anwar Malam Saiful Sumpah Liwat - Lihat Gambar !!!
Di dalamnya ada dinyatakan Anwar pucat lesi dan menggeletar kerana takut kepada tindakan Saiful Bukhari yang melaporkan kepada pihak polis bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Ia boleh dibaca melalui Utusan Online di sini.
SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:
1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.
2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.
3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.
4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?
5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.
6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.
7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.
8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.
Penulis cuba untuk memastikan kebenaran adakah Anwar yang dilihat hebat oleh penyokong Pakatan Haram itu betul-betul pucat lesi dan gementar pada malam 28 Jun 2008 di Hotel Quality sebagaimana yang didakwa Rahimi.
Hasilnya, penulis menemui gambar-gambar berikut di sini. Cuba amati wajah-wajah Anwar pada malam berkenaan. Sah! Sama sebagaimana yang di dakwa Rahimi!
Berkerut muka Anwar gelisah kerana berada dalam ketakutan! Amati bebetul-betul wajahnya, bukankan sama seperti yang dikatakan Rahimi?
Sibuk mengarahkan strategi untuk mencipta alasan. Pusing sana pusing sini!
Semakan dan sentuhan terakhir dari Anwar agar tidak terkantoi terlalu awal. Malangnya, taik yang busuk di lubang bontot, tercalit juga di batang ****!Adakah anda masih mahu mengatakan yang Rahimi berbohong?
10 Oktober 2010
4 KEPING SALINAN TULEN AKUAN SUMPAH RAHIMI BUKTIKAN ANWAR PUCAT SAIFUL BONGKAR KEJADIAN LIWAT !!!
MAKA SEBAB ITU MAKA KITA DAPAT LIHAT ANWAR TERDESAK SEHINGGA TERPAKSA HANTAR SAMSENG UNTUK MENGHALANG SIDANG MEDIA RAHIMI SEPERTI VIDEO MINAQ JINGGO DI BAWAH...
09 Oktober 2010
Gempar : Akuan Bersumpah Rahimi Osman Sahkan Anwar Liwat Saiful (18SX) - Kanak Kanak Bawah Umur Dilarang Baca !!!
Kisah sumpah sila ke blog ini http://pemudaenggang.wordpress.com/
Sila sebarkan bagi memudahkan rakyat mengetahui kisah sebenar yang berlaku.
Tetapi Panglima merasa sangat kasihan kepada memanda Perdana Menteri dan isteri yang telah difitnah dalam kes ini dan Saiful Bukhari juga turut dilabel negatif oleh juak juak Pakatan Rakyat.
Tetapi kebenaran tetap muncul juga akhirnya dengan izin Allah Taala. Maka sebarkan kebenaran ini seluas luasnya demi Agama Bangsa dan Tanah Air kita.
tambahan :
lihat Malaysian Insider telah menyiarkan gambar Azmin dan Izzah yang berpakaian sedondon.
Apa makna tu ?
Maknanya krisis Azmin dan Izzah makin kritikal sehingga Malaysian Insider terpaksa bantu dengan menyiar gambar Azmin berpakaian sedondon dengan Izzah dalam situasi gembira semalam.
Tapi kenapa Izzah berpaling macam mengejek Azmin ?
Oh yeee we and she still remember what Azmin did last dot dot !!!
07 Oktober 2010
Gambar Mesra Anwar & Rahimi @ Blogger MIM Bongkar Anwar Padam Bukti Kait Dengan Rahimi - Sebarkannn
Sama seperti Saiful Bukhari, Rahimi Osman berdepan dengan ramai pihak yang didakwa terlibat di dalam isu beliau itu. Dan bukti-bukti beliau mesti sangat kukuh dan dapat mempertahankan dakwaan beliau itu. Sekurang-kurangnya Saiful Bukhari mempunyai DNA dan sains forensik untuk mengukuhkan kes beliau.
Gambar 'pengganas' yang mengacau Sidang Media semalam sila lihat di bawah
Dalam artikel yang sama Suresh adalah wakil Anwar yang terlibat dengan Hindraf dan mendapat kepercayaan bosnya untuk membawanya ke Kedutaan Turki jam 3 pagi semasa Anwar mendakwa diancam bunuh..
Kandungan Laporan Polis Rahimi Osman dan Video Gangster India 'Kacau' Sidang Media - sebarkannnnn
sumber: Forum kelabchedet.com
sumber bahan : http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/
untuk lebih terperinci pembabitan PKR Klang dalam kegiatan 'keganasan' di atas sila rujuk link ini http://www.anwaraidc.com/2010/10/anwar-arahkan-amk-kacau-sidang-media-rahimi.html
apa komen anda ? PKR masih lagi relevan ? tentu pilihan kita BN dari dulu kini dan selamanya....
30 September 2010
Panasss : Anwar pernah pergi ke kelab Gay 'Heaven' milik Richard Branson di London ?
gambar dari laman Gay Spy
tajuk asal : Kenapa Branson, pemilik kelab malam GAY, 'Heaven' sokong Anwar ?
Desmond Tutu, paderi kontroversi dari Afrika Selatan yang memfatwakan 'GAY adalah Halal dalam agama' telah dipilih menjadi Pengerusi The Elders. Selain Tutu, Marry Robinson yang memperjuangkan hak gay dan lesbian sejak dari zaman universiti hingga dilantik menjadi Pesuruhjaya hak asasi manusia di PBB juga turut dipilih mengangotai kumpulan tersebut. The Elders juga dianggotai oleh Jimmy Carter, Mandela, Kofi Annan dan beberapa tokoh lain. Klik di sini
Bermakna, tangan-tangan hitam di sebalik The Elders, selain Branson adalah George Soros. Soros dikenali sebagai dalang kepada kumpulan homoseksual dunia. Klik di sini.
Apakah semua ini mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim ?
Sekarang mari kita susun semua episod Anwar dari dalam penjara Sungai Buloh hingga pergerakannya selepas dibebaskan pada tahun 2004.
Semasa Anwar di penjara, tokoh utama membantu kempen pembebasan Anwar adalah Marry Robinson, ketika itu menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi di PBB. Selain Robinson, organisasi tajaan Soros seperti Human Right Watch dan Amnesty Internation juga giat membantu kempen pembebasan Anwar. Klik di sini
Menariknya Mary Robinson adalah juga anak buah Branson dalam The Elders, anak buah Al Gore dalam GIM dan anak buah Soros dalam The European Council.
Penutup
22 September 2010
Anwar suruh Husam kelentong Tok Guru RM4 bilion tutup cerita Azmin ditolak Azizah dan Izzah ?
Bolehkah kita kata begitu seperti tajuk di atas dalam isu RM4 bilion ini ?

Panglima tak nampak orang lain yang sabotaj benda ni kecuali orang PAS sendiri. Masakan adik Tok Guru boleh hadir kalau bukan dijemput. Siapa yang terlibat bab ekonomi di Kelantan kalau bukan Husam Musa ?
Jika tajaan haji pun jelas diakui oleh Nik Aziz dan dikira sebagai hadiah bukan rasuah dan perlantikan menantu Ir Ariffahmi tidak dianggap kronis, maka apakah tidak terjadi lagi perkara seumpamanya berlaku lagi sekarang ini ?
Bukankah kita sudah digemparkan dengan isu serupa ini dalam kes bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI yang mana disyaratkan kepada penerima tender agar menderma kepada PASTI seperti pendedahan oleh Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/
Kerana gerak hati Panglima merasakan orang yang buat 'kerja' ni orang dalam PAS dan dia itu sangat dipercayai Tok Guru PAS tersebut.
Kawan kawan komen apa ?
Baca ulasan menarik oleh Hambali bertajuk : RM4 bilion untuk PAS, Husam tidur nyenyak di sini http://hambali1.blogspot.com/
tambahan : apa hal Asri mantan Mufti Perlis beria ia mengkritik isu agama dipolitikkan lalu menulis sama pendapat dengan puak peralat agama untuk politik seperti PAS dalam isu bukan Muslim masuk masjid di sini http://drmaza.com/home/?p=1219

Nota : Lihat gambar baik baik. Ratu Elizabeth dan suami nampaknya lebih tahu adab masuk masjid berbanding YB DAP di atas.
20 September 2010
Video Pendedahan Hubungan Anwar, Azmin dan Shamsidar dan Gambar Wan Azizah sebak dan sedih - Mari Tengok !!!
06 Januari 2010
Edisi PKR : PKR dan PAS Yang Sudah Hilang Telur dan Syahwatnya Isu Nama Allah kepada Lain Agama !
04 Januari 2010
Edisi Isnin : Pendapat Terbaru Nik Aziz Isu Nama Allah ( YB Khalid Samad : Sila Baca ! )
25 November 2009
Edisi Pagi : Kenapa Baru Sekarang Husam Musa Letih Berpolitik ?
![[8725_1066713527557_1817631331_130271_7997163_n.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHbavmGFnHD52A4dAnA_FnTXDQI69_PRuJ3I8UTSYCOu_v5WeGcU6RcWuM3JbQOUPKumlkOWirjMeevIM1alKc8AqaGLMBi9wyIYr0q60xdhZ8RHpe7r06gSQjiaNhEI3-SHV17EXKDJ4/s1600/8725_1066713527557_1817631331_130271_7997163_n.jpg)
21 Februari 2009
Update : Edisi Pagi : Husam bakal Presiden PAS Jun depan ? - Malaysiakini
Saya memilih tajuk berlainan dengan tajuk tajuk yang dipilih oleh sahabat sahabat blogger samada dari BPN atau bukan. Pemilihan tajuk: Husam bakal Presiden PAS JUN depan bertujuan memberi pandangan peribadi saya memandangkan isu muktamar PAS kali ini saya sangat pasti akan disorot oleh ramai pihak samada dari dalam atau luar PAS sendiri. Apatah lagi ura ura akan berlaku 'rampasan kuasa' oleh team Erdogan dari Hj Hadi pasti akan menarik minat kita.
Saya juga meminta maaf kerana semalam line internet saya ada masalah dan kebetulannya selepas itu saya ada hal ke ibukota dan tidak pulang ke rumah sejak semalam sehinggalah mengemaskini kembali blog saya pagi ini walhal ia sudah siap ditaip pada pagi semalam. Saya juga akan cuba memastikan edisi pagi dan petang saya akan berjalan biasa pada hari ini walaupun saya masih lagi berada di luar kawasan ' kediaman' saya.
Jika anda bertanya : kenapa saya sibuk sibuk dengan PAS sedangkan saya selalu mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat ? saya kata mudah bahawa PAS membawa imej dan berpengaruh di kalangan orang Islam termasuk di kalangan sanak saudara dan kawan kawan saya..Apatah lagi latar belakang saya juga dari Kelantan. Maka kritikan ini bertujuan membaiki kesilapan pada pandangan saya yang diharapkan dapat dijadikan satu usaha membaiki kepincangan yang berlaku dalam sebuah parti yang dulu pernah bersama dan bersatu padu membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional...
Tentang topik di atas, saya berkeyakinan Husam Musa seorang yang disenangi ramai kerana pendekatan beliau yang perihatin kepada orang bawahan. Beliau juga berjaya menjadi orang kepercayaan Nik Aziz yang sekarang tidak ubah macam 'boneka' sahaja dalam Kerajaan Kelantan. Kepimpinan Negeri Kelantan banyak dibayangi oleh Husam Musa samada suka atau tidak..
Meskipun begitu beliau juga tetap menjadi sasaran kecaman termasuk orang PAS sendiri... Antara lainnya orang kuat Nik Aziz sendiri iaitu saudara M.Sayuti Omar ( http://msomelayu.blogspot.com/) seorang penulis veteran dari Kelantan yang kerap menggelarkannya orang baju merah petak petak.
Banyak juga artikel mengkritik ( lebih tepat mengutuk ) Husam oleh MSO sebelum ini yang disiarkan dalam blognya yang dikunjungi ribuan pembaca setiap hari. Termasuk sebuah blog bernama anti-husam seperti mana yang didedahkan oleh portal berita online pro pembangkang Malaysiakini ( klik sini ). Meskipun dalam masa yang sama MSO nampaknya antara yang turut 'silau' dengan karisma Anwar yang pandai 'bertukar wajah' mengikut tempat dan suasana dan kerap memuji dan memuja beliau...

Saya tidak berniat ingin menaikkan kemarahan fanatik kepada Datuk Nik Aziz dengan menganggapnya sebagai boneka walau dia sendiri telah diangkat ke maqam 'tok guru' oleh orang PAS seMalaysia. Bagi saya gelaran tersebut terlalu tinggi untuk diletak kepada seorang manusia berpendidikan agama dari India dan Mesir yang menjadi ahli politik demi memperjuangkan 'Islam' yang diberi wajah mengikut selera politiknya dan politik partinya.
Banyak fatwa karutnya berjaya memporak perandakan pemikiran dan akidah ummah dan tidak perlulah saya ulas lagi di sini..
Saya juga tidak ingin menghina beliau tetapi hakikatnya gelaran tok guru HANYA layak diberi kepada orang yang benar benar warak dan tidak mengeluarkan 'fatwa' yang bersimpang siur hala dan arahnya. Sekejap halal dan sekejap haram. Sekejap boleh dan tiga empat kali tidak boleh. Tengok sini ( klik ) fatwa lompat tak salah dan di sini (klik) pula dianggap salah dan digelar pengkhianat.
Semua sudah tahu tentang keuzuran Nik Aziz yang pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Dengan umur yang mencecah lebih 70 tahun tenaga beliau sebenarnya sudah tidak kuat lagi menerajui negeri namun kerana ketandusan pemimpinan sehebatnya dalam berfatwa maka PAS tidak ada lagi pilihan untuk meneruskan kepimpinan Kelantan di bawah 'ketiak'nya.
Sebab itu tidak mustahil dalam senario sekarang Husam dilihat sebagai calon paling berpotensi di Kelantan. Bahkan menurut orang kuat dan arif tentang politik Kelantan yang saya temui dan sempat mendengar pandangannya baru baru ini turut mengiyakan persepsi tersebut. Kerana menurutnya Husam seorang yang pandai menjaga kebajikan dan 'kaya' untuk menghulurkan bantuan tanpa sebarang karenah birokrasi atau sebagainya.
Saya tidaklah dapat meneliti dari mana kekayaan Husam Musa dan tidak ingin mencuba cuba meneka dan membuat fitnah di blog ini tetapi sebagai orang politik beliau tentu sahaja tidak arif bab politik bahkan besar kemungkinan beliau juga pandai berniaga. Walaupun pernah dikaitkan dengan kes Loji Air di Pulai Chondong, Machang Kelantan namun saya tidak pasti status terkini kes tersebut yang dibawa oleh BN Kelantan.. Jadi saya boleh cakap : Wallahu A'lam.
Saya cuba mengulas isu Husam ini kerana saya ingin mengajak saudara saudari mengambil masa sejenak memikirkan apakah rupa PAS jika jawatan Presiden PAS akan bertukar di bawah Husam. Apakah kesannya kepada suasana politik negara kita dan juga bagaimana pula keadaan Islam di bawah beliau yang sudah dikatakan agak liberal dan terbuka sehingga PAS sudah makin pudar dan kelabu jati diri 'ISLAM' yang ingin dibawanya.
Semua sudah mengetahui Amerika akan cuba menghantar 'agennya' ke dalam mana mana organisasi yang berpotensi demi menjalankan agenda mereka. Mereka tidak akan membuat perubahan radikal tetapi sedikit sebanyak agenda memusnahkan Islam akan berjalan melalui agen mereka. Dan adakah agenda penyusupan masuk ini berlaku juga dalam PAS tanpa disedari ramai?
Sebagaimana Malaysia juga pernah dikatakan cuba dikuasai oleh agen mereka yang semua sudah tahu siapa dia. Agen yang diberi sambutan melebihi pangkat dan jawatannya. Hinggakan selepas dibuang pun Amerika juga masih lagi memberikan ruang dan peluang kepada si anu tersebut untuk bersama sama mereka demi proses Islam yang LIBERAL atau Islam yang terbuka dan tidak sama dengan asas jati diri Islam yang sebenar.
Setakat ini antara orang paling rapat dengan 'si anu' tersebut ialah HUSAM MUSA dan anda dapat lihat bagaimana Husam bersama Anwar dan MB Selangor di DUBAI seperti gambar di bawah. Adakah ia satu cara Anwar menjalin hubungan lebih rapat dengan bakal Presiden PAS tersebut dan mempengaruhinya ? Lihat gambar mereka yang dipetik dari blog Anwar di bawah:
Sehingga hari ini Husam dilihat calon paling berpotensi dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden PAS yang hanya menunggu peluang keemasan untuk 'merembat' ke gawang untuk menjaringkan gol kemenangan sebagai Presiden PAS seterusnya selepas Hadi Awang. Meskipun Husam pernah didedahkan oleh Ezam sebagai seorang yang tidak memegang prinsip perjuangan Islam yang sebenar.
Kata Ezam semasa berceramah di Kuala Terenggau tahun 2008 ( sumber klik sini ) :
“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.
“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.
“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata : " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.
Rupa rupanya calon Presiden PAS ini tidak dapat dijamin 'kesucian' perjuangannya. Matlamat menghalalkan cara nampaknya sudah menjadi 'menu' politik Husam Musa barangkali...Sanggup apa saja walau membuat pakatan politik bersama seorang tokoh yang jelas tidak 'suci' lagi idealismenya dan sukar diterima bagaimana akhlaknya.
Jika beliau sendiri secara terang terangan jelas berhasrat ingin menipu rakyat dan terus bersama dengan Anwar sebagai de facto Pakatan Rakyat walhal sudah diberitahu siapakah Anwar yang sebenar oleh saudara Ezam maka apakah dapat rakyat khasnya penyokong PAS untuk mengharapkan beliau sebagai Presiden PAS pada pemilihan JUN depan ?
Apakah penyokong PAS masih dapat menerima beliau lagi dan ingin membiarkannya mengetuai team Erdogan dalam PAS yang jelas pro Anwar semata mata demi pangkat dan kuasa tanpa mengira halal haram dan juga maruah Islam ? Apakah akan semakin jauh dari 'persaudaraan' sesama Islam seperti mana ketika kita gempar dengan muqabalah @ muzakarah satu ketika dulu yang ditentang keras oleh golongan Husam dan kawan kawannya yang digelar team Erdogan? Hinggakan Nik Aziz juga 'bernada dan berlagu' yang sama dengan suara mereka sehingga menggamit kedatangan Ahli Dewan Syura PAS datang 'mengadap' Nik Aziz di Kelantan !
Jelas di situ kita dapat melihat bagaimana suara Nik Aziz sudah berjaya mengalahkan suara Hj Hadi, Haron Din, Nasarudin Mat Isa dan lain lain. Padahal kedudukan Nik Aziz di bawah kedudukan Hj Hadi sebagai Presiden Parti Islam seMalaysia !!! Husam ketika itu telah sangat berjaya menjadikan Nik Aziz sebagai penghalang perpaduan Islam berlaku di Malaysia dan tidak mustahil perpecahan akan semakin meruncing di bawah kepresidenan Husam Jun depan ?
Rasanya kita perlu fikirkan kembali dan anda jika berpeluang memilih pemimpin PAS dalam muktamar akan datang, anda perlu membuat undian yang betul sebelum PAS akan jadi kuda yang ditunggang Anwar, bukan penunggang seperti mana yang dimaksudkan oleh Husam berdasarkan kata katanya di atas.
Jika anda tidak memberi peluang minda anda membaca dan memahami suara hati saya ini, anda mungkin akan membuat keputusan yang akan memudaratkan Islam walaupun anda mungkin berfikir analisa saya ini tidak akan memberi manfaat sedikitpun kepada parti anda.
Walau apa pun jua alasan untuk membenarkan Husam dan menyokongnya, namun bagi saya HUSAM perlu dihalang dari mengganti Hj Hadi demi menjamin PAS tidak akan tunduk dan dikudakan oleh Anwar , Lim Kit Siang atau Karpal .......
Jika tidak tidak akan ada perpaduan antara UMNO dan PAS dan itulah yang diharapkan oleh Musuh Islam samada bernama Amerika atau nama seperti orang sebangsa dengan kita juga...
Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapakah akan tunggang siapa selepas pemilihan PAS Jun akan datang !!!













