Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label isu nama Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu nama Allah. Papar semua catatan

12 Januari 2010

Edisi Khas : Daulat Tuanku Sultan Selangor Atas Titah - Allah Hanya Untuk Islam Sahaja !!!


Allah untuk Islam – Sultan


SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.



Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.



Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.



Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.



“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.



“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.



Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.



Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.



Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.



Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.



Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).



“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.



Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.



Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.



Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.



Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.



“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.



Sumber : Utusan Malaysia




Komen Panglima : Alhamdulillah kerana titah Raja kita telah disebarkan untuk perhatian semua pihak yang asyik mencari keuntungan politik dari isu agama ini.




Kita perlu menerima titah Sultan dan bersedia mentaati Raja kita tanpa berbelah bagi. Raja perlu ditaati oleh semua bangsa dan agama di Malaysia.




Daulat Tuanku !!!!






06 Januari 2010

Edisi PKR : PKR dan PAS Yang Sudah Hilang Telur dan Syahwatnya Isu Nama Allah kepada Lain Agama !

Salam.

Saya hanya mahu menulis ringkas sahaja. Pertama tentang Dr Nur Manuty yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu nama Allah. Kenyataan dibuat selepas ramai pihak sudah marah dengan tindakan Gereja Katolik yang beria-ia mendapatkan kebenaran Mahkamah walaupun sudah dilarang penggunaannya oleh Kementerian Dalam Negeri. Artikel itu turut disiar oleh Blog Anwar Ibrahim di sini http://anwaribrahimblog.com

DrManutySK
sumber : AIDC

Dalam kenyataannya :

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini. ( rujuk blog beliau di sini )

Nampak gelaran Dr Manuty ini sangat hebat, tetapi seperti saya katakan sebelum ini, ada juga orang yang mendapat ijazah PHD yang melayakkan digelar Dr, yang tidak betul fikirannya.

Contoh seperti Dr Amina Wadud yang telah mengimami solat Jumaat kerana 'keintelektualannya' yang tinggi melebihi ulama lain di dunia. Bukan hendak meremahkan tetapi mengingatkan agar jangan ada yang mudah terpedaya dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Barat kepada umat Islam yang sanggup belajar dan mengajar pemahaman Islam Liberal ciptaan mereka.

Makna kata : Gelaran Dr tak bermakna menjadi lesen untuk komen apa sahaja ikut sesedap rasa. Lihat sahaja contoh Dr Asri yang turut menjadi pencetus kepada teori teori baru yang begitu songsang dengan falsafah dan intelektual Islam yang diamalkan di Malaysia selama ini...

Kenyataan Dr Nur Manuty sangat keliru dan boleh memesongkan umat Islam Bayangkan jika beliau mengiktiraf agama lain semata-mata ingin menonjolkan diri sebagai pengamal Islam Liberal yang baik ? Kenapa dikatakan ia langkah positif dan perlu diterima oleh kita ? Pasti ia Tidak mungkin diterima kerana yang memulakan isu ini ialah pihak Gereja Katolik yang menfailkan notis membantah keputusan Kementerian Dalam Negeri !!! Bukan umat Islam atau umat Buddha...

sebelum kita pergi jauh kenapa dalam isu ini PAS dan PKR mengambil jalan serupa ? iaitu tidak mengeluarkan kenyataan sendiri tetapi menggunakan 'third party' dalam istilah bahasa orang kampung saya. Di mana Penasihat PKR Datuk Seri Anwar guna Dr Nur Manuty, Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi guna Dr Idris sebagai pembaca berita... adakah isu ini begitu bahaya untuk diberikan komen lebih awal dan secara 'gentlement' lantaran takut pengundi Cina dan India akan lari dari parti Pakatan mereka ? Sehingga terpaksa menjawab menggunakan orang ketiga ????

Saya baru mengetahui bahawa Anwar pernah menyanjung tinggi Nabi Isa melebihi Nabi Muhammad s.a.w apabila terbaca tulisan di sini http://www.anwaraidc.com/2010/01/kalimah-allah-apabila-anwar-berselindung-di-belakang-dr-mohd-nur-manuty.html Semakin hari semakin teruk pendedahan yang telah berjaya dibongkar oleh sahabat kita di alam siber ini. Jelas menampakkan rupa dan belang sebenar Anwar yang jarang diketahui rakyat jelata.

Nampaknya permainan politik ala sesumpah semakin menjadi 'ketagihan' baru Anwar di dalam mengejar sokongan penganut Geraja Katolik apatah lagi Sabah dan Sarawak dijangka akan bermula tahun ini. Sudah tentu jika pembangkang membantah nama Allah diberikan kepada Kristian tentu ia akan menjejaskan persiapan PKR dan Pakatan Rosak untuk memerintah negeri di sana... Dan itulah 'trauma' yang cuba dielakkan oleh Anwar Ibrahim dan Hadi Awang.

Saya tidak pelik membaca laporan Suara Keadilan di atas kerana mengikut biodata yang saya jumpa ( dengan bantuan sahabat saya Kumbang ) Dr Nur Manuty adalah bekas penuntut di Universiti of Temple. Sebuah Universiti yang bukan patut dijadikan tempat belajar agama. Apatah lagi belajar dengan sarjana Barat yang mengkaji tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menjadi penyeleweng utama fakta agama menggunakan sumber-sumber agama kita juga....

Nak tahu biodata lengkap boleh lihat di bawah :

B.A (Hon) Usuludin dan Falsafah, UKM,

M.A & Ph.d, Universiti Temple, Permikiran Islam dan Perbandingan Agama, Philadelphia, USA

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat,

Timbalan Pres. WADAH

Bekas Pres. ABIM dan Pengarah CESMACS.


Kesimpulannya : Anwar dan Hj Hadi sudah terlalu banyak melakukan kerosakan. Lebih baik jika mereka berdua disuruh berundur dari membiarkan maruah Islam dipersendakan oleh bukan Islam sesuaka hati. Sudah jelas 'syahwat' mereka terhadap isu agama sudah sangat berkurangan dan mungkin boleh jadi sudah 'mati' ?????? NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Nampak gayanya mata saya sudah pedih, harap dapat sambung lagi esok hari.. Saya mohon maaf dan minta anda tambah lagi isu di sini dengan pandangan dan kritikan yang mungkin besar manfaatnya kepada rakan-rakan kita yang lain....

semoga esok datang lebih baik dari hari semalam...!!!


Opppssss ada surat Gereja Sabah sokong Anwar di bawah, harap edarkan :



Cari Blog Ini

Translate