Saya tidak bercadang menyentuh lagi isu polis ini. Kerana saya tidak mahu ia menampakkan saya beria ia membela polis.
Saya juga tidak mahu mengkritik lagi sesiapa sahaja tetapi apakan daya saya kena membela yang benar dan melawan yang salah.
Pertama lihat gambar ini :
Anda dapat lihat berita untuk burukkan nama polis termasuk Ketua Polis Negara kerana melanggar anak saudara Presiden PAS di Yahoo Groups Perisik Rakyat... Medium yang disalah guna bukan menyedarkan umat nasib mereka di bumi Malaysia yang semakin terhakis tetapi disalah guna untuk memburukkan penguatkuasa undang undang di negara kita.
Seterusnya lihat gambar kedua ini dari HarakahDaily :
Memang dasar pembangkang sama sahaja samada PAS atau Hindraf atau PKR atau DAP....Mereka semacam fobia dengan polis walhal polis tidak pernah menjadikan mana mana individu yang patuh undang undang sebagai sasaran atau tahanan mereka.
Kepentingan negara melebihi dari kepentingan peribadi mereka.
Polis tetap tidak akan berkompromi dan semestinya Polis akan terus membela kedaulatan undang undang dan menangkap pengkhianat negara yang cuba melanggar undang undang atau menghasut rakyat ke arah yang sama dengannya.
Cuma satu saja yang saya boleh puji mereka, iaitu TranungKite yang telah memberi sedikit promosi percuma untuk blogger pembela negara.
Bab baik ni saya kena puji juga. Sebab kita jadi terkenal dengan sokongan dari depa juga.
Siapa mahu tengok boleh klik di sini !!!!