Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label utusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utusan. Papar semua catatan

25 Februari 2009

Edisi Pagi : Majlis Perundingan Agama di Pulau Pinang, usaha menghina Islam ? - Malaysiakini


gambar : Blog Angin Perubahan

Semalam kecoh kisah Majlis Perundingan Agama di Pulau Pinang yang menyamakan Islam dengan lain lain agama. Ia didedahkan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya 

Selepas itu hari ini dikhabarkan Lim Guan Eng akan menyaman beliau termasuk akhbar Utusan kerana sangat marah dengan pendedahan tersebut. Lim menyifatkan ia satu penipuan. Berita ada di sini




Hari ini juga ada laporan menyebut bahawa Shahabudin mengatakan dia ada bukti berkenaan kenyataannya yang dipaparkan di muka hadapan Utusan semalam. 

Ini adalah satu lagi pendedahan 'berani' Shahabudin selepas sebelum ini berani mendedahkan tentang penjualan secara terbuka arak di Karnival Beliau peringkat negeri Pulau Pinang seperti mana dilaporkan oleh Utusan pada 25/6/2008 ( klik sini )
 
Soalannya : apakah tidak mendidih darah orang islam membaca laporan yang didedahkan orang besar MAIPP tersebut tentang usaha menyamakan Islam dengan agama lain di negara kita?


Lihat komen lagi panas dari Azli Shukri - Inilah Syaitan 



28 Januari 2009

MB Nizar : Lompat parti tindakan CERDIK!!!

``Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,'' katanya. - Utusan

Itu antara komen seorang ahli Parti Islam SeMalaysia bernama Nizar MB Boneka Dap Perak berkenaan isu lompat parti oleh Adun Bota Kanan yang semua sudah kenal namanya sehari dua ini.

Jika artis menjadi popular dengan cepat dan pantas sekarang ini dengan mengirim gambar bogel atau video seksnya ke internet, atau membiarkan diri ditangkap khalwat atau biarkan bergaduh antara suami isteri hingga naik mahkamah syariah maka orang yang ingin popular dan cepat naik ke atas di dalam politik perlu lompat parti macam YB Bota Kanan tersebut buat.

Siapa yang ingin popular macam mee segera perlu lompat parti dan khianati undi walau maruahnya akan hilang asal dapat wang atau ganjaran berupa jawatan..Ura ura menjadi MB Perak juga sudah heboh diperkatakan.

Jangan risau jika takut dikutuk atau dihina kerana mereka akan dipuji dipuja seperti contoh kenyataan di atas. Apatah lagi ahli Parti Islam yang puji pasti laku untuk bekalan dan jaminan alam akhirat anda nanti.

Cuma walau nampak cerdik komen diatas,saya keliru juga adakah agama kita Islam ada benarkan khianat?

Adakah Islam benarkan perbuatan tikam belakang jemaah @ parti selepas diberi amanah sebagai pemimpin hingga dilantik menjadi calon parti ? hingga dilabel sebagai tindakan CERDIK! oleh beliau yakni Nizar ?

Lupa pula tanya anda, cerdik ke tidak orang puji manusia yang tidak ada moral dan intergriti macam Yb Bota yang dah buta hati itu ?

jika benar benar cerdik memang patutlah Nizar jadi MB dan juga sanggup bagi tanah pajak seribu tahun kurang satu, kepada bangsa Cina di Perak.

Kerana cerdik membuat keputusan dan cerdik memuji pengkhianat yang mementingkan diri dari Perjuangan membela nasib golongan Muslim Melayu di Malaysia.

tak cerdik takkan jadi MB!

Salam Perjuangan !!!


kenyataan cerdik di atas sila rujuk link asalnya di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Cari Blog Ini

Translate