Pertubuhan 3 line atau PEKIDA sudah berkata kata dengan lantang setelah melihat isu Karpal belum reda. Melihatkan Mufti Perak juga turut mencelah, sudah tentu ia menandakan isu ini memang sudah memasuki fasa serius dah akhirnya kita mendengar berita pejabat DAP telah dilontar bom api pagi tadi di Perak.
Kita tidak kisah sesiapa ingin berkata kata tetapi jika sudah melampau dan tetap angkuh seperti Karpal, maka kita tahu dia memang ingin mencari nahas. Menggunakan kepandaian menginterpretasi undang undang hingga berani memberi kenyataan mengkritik Yang dipertuan Agong dan Sultan Perak...
Beliau memang ingin main api dengan isu yang memang tidak disukai disentuh olehnya oleh orang Melayu. Adakah Karpal ingin 13 Mei berulang semula ?
Kelmarin baharu sahaja kita melintasi sambutan 39 tahun detik hitam demokrasi di Malaysia di mana pembunuhan telah berlaku antara suku kaum disebabkan perasaan tidak puas hati. Dan pembangkang sekali lagi cuba main dengan api dengan menimbulkan isu laporan polis meminta agar 13 Mei dibuka kepada umum seperti laporan akhbar hari ini .
Apakah isu Karpal digunakan bagi menutup janji janji manis PR pada PRU 12 yang lepas ?
Nampaknya Pakatan Rakyat sudah cemas. Sudahlah isu Karpal belum reda, hari ini pendedahan berani sudah dimulakan MP BN berhubung kegiatan merasuah mereka bagi memberi sokongan kepada PR atas alasan dianaktiri oleh kerajaan. Laporan muka depan akhbar hari ini memuatkan kenyataan 3 Ahli Parlimen ditawar habuan tinggi cukup 3 generasi jika berpaling tadah, memang mengejutkan kita.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak, Nancy Shukri pada 23 Mac lalu juga turut mengakui dihubungi orang dikenali dari Sabah yang mengajaknya menyertai pakatan pembangkang atas alasan kedua-dua negeri itu tidak diberi tempat sewajarnya dalam Kabinet baru.
Ia mengesahkan politik wang ( baca : rasuah ) agar mengkhianati parti dan rakyat bagi membolehkan in waiting leader Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Pakatan Rakyat, dapat menjadi Perdana Menteri baru Malaysia..Walaupun sebelum ini mengatakan bahawa beliau tidak mahu menawarkan imbuhan wang kepada mana mana MP BN yang sanggup menyeberang ke Pakatan Rakyat.
Semua tahu siapa memulakan politik wang dalam UMNO dan semua tahu siapa yang disingkirkan dari menjadi PM menggantikan Tun Mahathir...
Sepatutnya orang yang 'gila jawatan' perlu ditolak dari pemikiran anda jika anda hayati hadis nabi yang mengatakan jawatan satu amanah yang tidak boleh diminta bahkan perlu diberi dan didesak oleh rakyat jelata.
Semoga sesiapa yang menjadi rakan baik zionis tidak akan lebih dari menjadi 'anjing menyalak bukit' yang hanya layak dipanggil anjing dan dibiarkan menyalak hingga penat.
1 ulasan:
satu tindakan yang bagus untuk menyedarkan orang orang Melayu yang masih leka tentang nasib bangsa.
Catat Ulasan