Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2012

Selepas @NikAbdulAziz, Anaknya Pula Solat Atas Rumput Bukti Sifat Munafiq Seperti Firman Allah Ini ? ???


Pandangan penulis : Jika sudah tidak ada tempat seperti surau atau masjid barulah kita boleh solat di tempat seperti rumput. Jangan sesekali solat di tempat yang tidak tentu kebersihannya.

Teringat firman Allah bahawa orang munafiq suka menunjuk adakah ini juga perbuatan menunjuk-nunjuk atau tawaduk ?

Di kala YAB Perdana Menteri mengajak rakyat mengamalkan budaya tawaduk atau rendah hati di kala itu juga pemimpin anak beranak dalam PAS ini menunjuk solat mereka !!!



Ketika PRU yang lalu gambar Nik Aziz menangis ditunjukkan di billboard. Adakah perbuatan ini selaras ajaran agama Islam ? 

Kenapa perlu jurugambar merakam perbuatan solat beliau jika tidak mahu menunjuk-nunjuk ?

Baca ayat di bawah dan muhasabahlah...

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
(  سورة التوبة  , At-Taubah, Chapter #9, Verse #61)


Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). 
(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #142)

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). 
(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #139)


 Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. 
(  سورة التوبة  , At-Taubah, Chapter #9, Verse #67)


Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; 
(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #138)


Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 
(  سورة التوبة  , At-Taubah, Chapter #9, Verse #73)

10 ulasan:

Sir berkata...

Maaf bukan apa laa... Cuma dalam Islam kita kena ada perasaan bersangka baik terhadap saudara seIslam kitaa... Harap perkara diatas itu bukan bertujuan utk menunjuk2 ttp kerana ingin menunaikan ibadah yg dituntut

Tanpa Nama berkata...

kne tang die bersangka baikk.. tp klu die tu.. org wt baik pun kate buruk.. xnmpk plakk..huhuhuhu..

Tanpa Nama berkata...

kne tang die kne bersangka baik.. org lain yg mmg wt baik.. die kate buruk sokmooo.. pirahhh.. hipokrittt..

Tanpa Nama berkata...

X guna berbalah dengan org yg x ada ilmu...paham2 sendiri la...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Sebelum saudara menjatuhkan hukuman munafik berdasarkan 'sisipan' ayat-ayat Al-Quran yang di 'copy & paste',diharapkan saudara dapatlah menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu terlebih dahulu untuk mendalami ilmu agama.Janganlah malu untuk bertanya kepada alim ulamak sekiranya ada kemusykilan tentang perkara-perkara agama kerana dibimbangi 'kedangkalan' ilmu saudara bisa menjurus saudara ke dalam ruang kebinasaan.

fajaralam berkata...

semua patut bersabar,untuk berbaik sangka

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macamana, masjid yag ada semua UMNO yang bina. Tak boleh sembahyang dalam masjid orang kafir bina. Nak buat masjid sendiri tak mampu walau dah 20 tahun perintah. Terpaksalah sembahyang kat tanah lapang. Yang lain tak ikut sam kenapa ye? Rugi tak dapat barokah tok guru tu

Tanpa Nama berkata...

kenapa gmbar nik aziz sorang jer solat..mana jemaah lainnye..kan sembahyang berjemaah tu besar pahalanya...

Tanpa Nama berkata...

Nmpk sgt penulis berniat jahat.. Sepatutnya ulasan tentang gambar ini mudah je " Islam itu mudah.. Nk Solat kt mana2 pun boleh.. Jadi tak de alasan lah nk kata saya tak Solat tadi sebab x jumpa masjid atau Surau.. Bila jumpa masjid waktu dah luput..." semoga semua pengulas2 di atas di beri hidayah dan keampunan oleh Allah.

zull berkata...

3. Hakikatnya seluruh bumi milik Allah ini adalah masjid (tempat solat), kecuali tempat-tempat tertentu spt kuburan dan tempat yang jelas najisnya. Banyak nasnya. Memadai saya bawa satu saja dulu.

Dari Abu Sa’id Al-Khudry, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Seluruh bagian bumi adalah masjid, kecuali kuburan dan kamar mandi’.” (Hadits shahih, riwayat Ibnu Majah, Abu Daud, dan Tirmidzi).

Maka itu, harus solat di mana jua, meski atas rumput. Nampak lahirnya yakin bersih, haruslah solat di atasnya. Adapun mungkin ada najis, itu hanya sangkaan. Sangkaan tidak boleh membatal yang yakin.

4. Solat terbuka ini juga merupakan satu dakwah. Menjadi motivasi kpd orang lain untuk suka bersolat. Ramai orang buat maksiat, juga cara terbuka (spt pesta k-pop di putrajaya dulu). Apa tujuannya? Agar budaya itu dinikmati dan disebarkan. Mungkin kita tak sedar. Perancang dibelakang tabir - freemason, gerakan kristianisasi dll itu - yang tahu tujuannya.

5. Jika semua solat mesti sembunyi, tak perlulah kita bina mesjid di tengah bandaraya dan ditempat tinggi. Bukankah orang lain nampak dan tonton?. Apa pula kata orang bukan Islam dan dunia seluruhnya?

Cari Blog Ini

Translate