Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2008

Anwar : Sumpah Saiful gimik politik

'Sumpah Saiful gimik politik'


BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan melakukan sumpah laknat sebagai gimik politik.

Anwar berkata, ia juga tindakan politik kotor dan terdesak Umno untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 ogos ini.

Beliau mendakwa tuduhan itu sudah dibawa ke Mahkamah Syariah dan kini terpulang kepada mahkamah itu untuk membuat keputusan.

"Perkara ini dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan saya sudah membawa perkara ini sebulan lalu. Pegawai Mahkamah Syariah cuba berjumpa dengannya (Mohd Saiful) tetapi polis tidak membenarkannya. Permainan apakah ini?" dakwanya ketika ditemui selepas melawat pasar malam Taman Arowana di sini, malam tadi.

Mohd Saiful muncul bersumpah di dewan solat Masjid Wilayah di Kuala Lumpur, jam 6.15 petang semalam sebagai memenuhi janjinya sebelum ini untuk bersumpah mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dia diliwat oleh Anwar.

Anwar turut mendakwa polis mengawal Mohd Saiful dan menentukan apa yang perlu dia lakukan.

"Saya sudah pergi ke Mahkamah Syariah. Jika 'kamu' hendak ikut cara Islam, 'kamu' pergi ke Mahkamah Syariah. Ini jelas sekali gimik politik kotor Umno.

"Malam sebelum pengumuman tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), dakwa. Sebelum penamaan calon, angkat sumpah pulak. Ini tindakan terdesak," katanya sambil memasuki kereta.



- Anwar kata ini gimik politik ... Apakah Sumpah dengan nama Allah juga gimik ? Adakah Saiful bersumpah kerana dia nak keuntungan politik ?

- Anwar kata politik kotor UMNO isu sumpah ini. Nampaknya jika macam tu pendapat Anwar setiap orang bersumpah dikira salah UMNO sahajalah jika yang melakukannya musuh UMNO ? sudah tidak waras lagi Anwar nampaknya kerana menjadikan 'UMNO' sebagai kambing hitam menutup kesalahannya.

-Soal waktu malam pencalonan tidak wajar diambil kira kerana Saiful memang akan menghalang Anwar dari menjadi PM disebabkan salah laku moral yang tidak layak bagi seorang pemimpin..Adakah penyokong PKR sedar ?

Pastikan Anwar akan kalah Permatang Pauh nanti !!!!

Say No To Anwar = Sayonara

4 ulasan:

Cheguman berkata...

Aku dah tak heran Nuar akan kata cam tu. Dia akan kata apa saja, buat apa saja, dan beri alasan apa sahaja.... penyokong2nya tetap akan setuju dan terus menyokongnya.

Semalam aku dpt sms drpd seorang rakan:

Bngsa melayu perlu refmsi..x boleh tkut byg2..dok takut bgsa asg ambk ini dn itu,kita kena b'saing..ubh sedikit atau ubh terus..jgn dok takut ini dan itu t'hapus..byk sdh yg t'hapus..strategi umno dah x boleh pakai..aku dah tegskn dulu..kita diajar jd penakut..itulah mentaliti yg dijajah oleh bgsa sendiri ..jgn byk tgk salh bgsa lain,jelas umno x releven lg..dah nak umpan pas pulak..

lu pk la sendiri...

Unfiltered-Madness berkata...

Betul... rata2 rakan sekerja aku semua masih mempercayai anwar..

allahualam

Panglima Perang Cyber berkata...

Melayu sudah 'taksub' dengan Anwar. Liwat seratus kali pun, mereka akan kata ; itu konspirasi kerajaan.

Jika Mufti seluruh Malaysia salahkan Anwar mereka akan kata ; itu tekanan kerajaan.

Jika semua rakyat tolak Anwar; mereka akan kata : ini kerja kerajaan hasut rakyat tolak Anwar.

Tapi jika Amerika sokong Anwar apa mereka kata ?

Anwar pemimpin hebat hingga disokong Amerika.

Jadi, apa nak dikato ? - petik lirik ito lara

Tanpa Nama berkata...

ORANG YANG MASIH MEMPERCAYAI ANUAR NIE ADALAH MEREKA-MEREKA YANG GAGAL MENGGUNAKAN OTAK MEREKA DENGAN SEWAJAR DAN SEWARASNYA.....

Cari Blog Ini

Translate