Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Ogos 2008

Forum Tranung Kite Online ditutup - hasil serangan hebat jentera siber pro umno / kerajaan ?



atau bagi mengelakkan perpecahan dalaman PAS semakin teruk ?

atau bagi menyekat penerangan hasil serangan hebat jentera siber pro UMNO / Kerajaan agar
pengundi dan penyokong PAS tidak akan murtad iman keluar dari PAS ?

atau ?

Moralnya Tranung Kite Online wajar ditutup kerana ia forum tidak memberi faedah kepada agama bangsa dan agama.

kecuali tempat sesama melayu islam bergaduh kerana perbezaan politik.

Beberapa posting terakhir ada memberi amaran kepada kepada zemi / melayunet dan pengacau dari UMNO yang menjadi kepala kepada serangan bertalu talu di situ.

Begitu juga sokongan mantap dari bahagian serangan yang memberi komen bernas dan berjaya menimbulkan keraguan kepada fanatik PAS; mungkin antara sebab forum tersebut ditutup.

Sayangnya jika ia dapat digunakan bagi menyatukan Melayu dan kembali mengenepikan fahaman politik untuk agama bangsa dan negara kita.

Mari kita mulakan kempen untuk : Say no to Pakatan Rakyat !!!!

Atau katakan tak nak kepada Pakatan Rakyat : yang menjadikan harga diri Islam semakin hari semakin jatuh merudum di bawah pentadbiran mereka.

Terbaru, kuota UiTM mahu diberikan kepada bukan bumiputera oleh MB Selangor juga dari PKR !

adakah ini makna pakatan rakyat yang berkata untuk semua rakyat dan sekaligus mengenepikan hak rakyat Melayu Islam di Malaysia yang termaktub di dalam undang2 negara ?

Harap semua akan sedar sebelum terlambat.

Sekali lagi SAYONARA : say no TO PR


21 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS tidak layak dengan perjuangannya. Dia memecah belahkan Melayu macam Hadhi lakukan di terengganu ketika dahulu sehiingga dia gagal ambil alih terengganu daripada BN ketika BN karam hampir seluruh Malaya???

PAS kena kaji sistemnya yang tak betul. tidak ada peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan islam macam di Kelantan, sistem ketinggalan zaman dan meletakkan agama Allah setaraf politik manusia.

Tanpa Nama berkata...

PAS kena keluar Pakatan Rakyat.

Jangan merasa selesa dan tidak sedar bahawa PAS akan diingati kerana mencemarkan Islam dengan bersekongkol dengan parti kafir harbi lagi anti islam.

fikir sebelum parah..

Unfiltered-Madness berkata...

PAS sememangnya tidak sesuai dalam pakatan rakyat kerana hanya dipergunakan oleh DAP dan PKR.

rem58 berkata...

kalo ditutup smua kerana UMNO.sama macam bantahan majlis peguam,katanya propaganda UMNO.tapi bila PKR-PAS turun,senyap truss..macam PAS perintah Terengganu kejap aritu..next election,terbalik-tukar majoriti BN perintah dan tak menang sampai harini.tembelang PAS pecah! satu je,sesapa penah diperintah PAS atau PAS yg jadi boneka,pasti tahu tembelang sebenar apabila buka mata (cthnya melalui internet)!!mari kita lihat ke depan demi Islam tercinta..

Perawi berkata...

Masih ada, yg ditutup adalah ajaran sesat HADHARI:-

http://www.tranungkite.net/v7/index.php

Perawi berkata...

Dgn UMNO lagi tak layak utk dijoint oleh PAS, sebab menghalalkan zina oleh Dr Masitah (anak muridnya Sofiah Yusoef, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dll) Tolak Islam ambil Hadhari memang ajaran sesat lagi menyesatkan lebih dari Yahudi. Rasuah dll ....banyak kalau aku nak bilang

Perawi berkata...

suruh je pak lah tu turun..hampeh!nak tunggu 2010? nak bagi siap semua projek2 yang dibuat oleh menantunya tu siap? banyak projek2 duit dari kdn yang diambil oleh khairycibai belum siap.tengoklah balai2 dan pondok2 polis.azeez putra umno juga menjadi penyebab besar umno hancur.tengoklah sama2 dalam kempen pilihanraya PP nanti.mana ada anak melayu yang hingin ikit azeez tu.yang ikut dia semua india tukang tarik kereta.
pak lah tak rasa bersalah langsung pada sultan johor dan pada rakyat malaysia bila pulau batu putih terlepas kepada singapore. Terkenang tangisan sultan Johor dihari pembukaan sidang dewan "Beta masih ingat Batu Putih hak Johor, kepimpinan UMNO kembalikan hak Beta". MB Johor bilang cicak dibungbung atap koknya ada # Jangan dok asik sibuk mempertahankan lubang jubo sepol, sampai maruah negara tergadai.dolah cibai buat muka selamba je..macam tak bersalah langsung! BN - jaga Kepentingan melayu, batu putih tergadai, lepas tu pulau pisang, lepas utara kudat pulau layang - layang. Walau pun melayu mudah lupa tapi aku takkan lupa. Hishamuddin hunus kris mu, kembalikan Pulau Batu Putih, takkan nak biar putih mata Sultan Johor. Pemuda tak ada BATU, anak jantan apa, buat malu diseluruh rayak Singapura. Singapura tak dilanggar ikan todak lagi. Hanya Kris Hishamddin tinggal hulunya saja. Kesimpulan bagi UMNO, jubur saifol lagi penting dari pulau batu putih. Undilah PKR untuk keadilan antara bangsa.

Perawi berkata...

Seluruh Rakyat Malaysia hendahlah berdoa Semoga Allah SWT tunjukkan sebagaimana terjadi pada Rahim Noor, tangan penuboknya kena parkinson terketar - ketar dan hakim Augtine paul turut kena musibah dan khalid jefry trauma kena belah otak, sekarang berehat dalam kubur disoal oleh malaikat. Ya..Allah tunjukkan segera balasan kpd saiful ini,spt dipanah petir sekiranya berbohong atau lebih daripada yang diatas. Amiin

Perawi berkata...

BN taruh calon patung kepala Samy Vellu pun boleh memang, hantu dalam SPR ramai. Dikampung

aku, election PRU12 - kawan aku 4 kali mengundi dia seorang, melibatkan dua buah sekolah -

sebab itu SPR (kuda tunggangan UMNO) tak mahu pakai dakwat. UMNO tak payah gempur pun boleh

memang. Relexlah janji duit masuk poket banyak dapat cukuplah

Perawi berkata...

BN taruh calon patung kepala Samy Vellu pun boleh memang, hantu dalam SPR ramai. Dikampung

aku, election PRU12 - kawan aku 4 kali mengundi dia seorang, melibatkan dua buah sekolah -

sebab itu SPR (kuda tunggangan UMNO) tak mahu pakai dakwat. UMNO tak payah gempur pun boleh

memang. Relexlah janji duit masuk poket sebanyak mungkin....cukuplah

Perawi berkata...

51 tahun Msia Merdeka dibawah UMNO. BN masih tidak jalankan hukum Allah SWT yg wajib spt

hudud & Qisas dan lain - lain. Oleh sebab pemimpinnya tamak dgn kekayaan dunia, rasuah,

riba,judi, pengzina & menghalal berzina oleh Dr Masitah dibawah/pembawa ajaran sesat

HADHARI, semacam Ayah Pin juga. Pengikut setianya Sufiah Yusuef & Tan Sri Tamby Chik. Oleh

itu buat lah pilehan yg bijak. Doakan kami Pakatan Rakyat semoga berjaya membina Islam

berdaulat DiMalaysia,disamping menegakkan undang - undang Allah - Islam. Yang mana setelah

sekian lama dijajah Balanda, Portugis, Jepun, Komunis, Perancis & Ajaran sesat UMNO Hadhari

yg. tolak hukum Allah, penceramah pakai kopiah dilarang mengajar disurau & Masjid, songkok

tak apa dll. Undilah PKR (Pakatan Rakyat).

Perawi berkata...

Penjajahan cara baru oleh USA kepada Msia/Sabah
Setiap inchi tanah hutan diSabah, telah dijual kepada Bank Amerika - MB Sabah - Perjanjian

dibuat Datuk Musa Aman, refer to berita TV3 pada: 14/08/2008 tepat jam: 0830 malam tadi.

Itulah kata keAnuar terlibat dengan USA, Musa Aman apa kurangnya. Undilah PKR

Perawi berkata...

siapa yang penipu pengkuan mahathir, tengok sampai habis baru tahu
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

Perawi berkata...

Pakatan ambil alih negara, tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu

lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya

yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum.

Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu

tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa

polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan

demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah

digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh

kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan

Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang

terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang

pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman

yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang

masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan

apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan

bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun

1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap

wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil

tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji

individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan

dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan

keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata

mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari

aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta

pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru

dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya

gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia

yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk

menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer

politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam

pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan

perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan

penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik

wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri

Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan

besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal

Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang

bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia

sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen

Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari

kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan

sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com

Perawi berkata...

Ramai dikalangan ahli & pembesar MCA, MIC, UMNO & lain-lain parti BN sudah sedar dan telah

menyertai Pakatan Rakyat

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://wtv8.tv/v3/
http://www.anwaribrahim.com
http://wanita.keadilanrakyat.org
http://anwaribrahimblog.com
http://presiden.pas.org.my
http://www.husammusa.com
http://www.parti-pas.org
http://webtv.pas.org.my
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.mppas.blogspot.com
http://ms.wordpress.com/tag/murtad
http://idrisahmad.wordpress.com
http://peguampas.blogspot.com
http://docpearl.blogspot.com
http://pemuda.pas.org.my
http://www.damaitv.com
http://takiyuddinhassan.blogspot.com

Perawi berkata...

PM - angan - angan Najib Altantuya saja, tetapi hakikatnya tak jadi. Selepas kemenagan Anuar diP/Pauh. UMNO terus bergolak. Ramai Ahli Parlimen dibawah BN, bertukar ke Pakatan Rakyat. Sehingga Mahyuddin Yassin @ Tg Ghazali membuat 2 kumpulan A & B. Ahli Parlimen BN seorg demi seorg melompat parti utk terus kejar habuan Menteri dan Timb. Menteri. Najib terus kecundang, lihat blog Khir Toyo. Anuar menjadi Penasihat PM dan Haji Hadi memegang teraju PM. Sejarah diIran berulang diMalaysia. Takbir matikan ajaran Hadhari dan hidupkan Islam Sunnah Waljamaah

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada Agas ( agas agas adik ke? ) dengan komen berjela jela, dan harapnya dapat melihat lagi komen agas lebih panjang di sini.

Sesungguhnya orang beriman bersaudara...damaikanlah saudaramu.

salam ukhwah

cubitsikit berkata...

Agas punya comment panjang sangat, orang malas nak baca. Banyak blog yang bernas lagi.
Kalau la Pas ada 'idea' sendiri dan ikut hanya Islam, sudah lama aku sendiri join Pas. Tapi nampak sangat buat 'fatwa' sendiri, dari mula sampai lah la ni. Salah satu nya, tak join pas, masok neraka. Apa ke benda lah NZ cakap lagu tu. Macam tak ada idea lain.

masterseed berkata...

sape2 yg ckp pas mcm 2 die org bodoh coz dacing dh melekat kt perut n anjing umno seomor idup

masterseed berkata...

hoi...sape yg sokong umno 2 cume nk
dpt projek je buat keje pn tk btl nk kt kat org cubit sikit br tau

cubitsikit berkata...

Tak pa cubitsikit, sikit aje sakit, cubitbanyak nanti banyak lak sakit. Awww....hehehehe, gurau ye jgn marah...menang ke kalah, banyak2 solat syukur sebab Allah masih bagi udara percuma. Alhamdulillah, amin.

Cari Blog Ini

Translate