Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2008

UPDATE : LAPORAN SIDANG 7/2008 BPN PADA 26/11/ 2008






Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan
Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia


Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.



Laporan disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com



Kehadiran : Klik gambar di atas sekali untuk melihat kehadiran ahli...

6 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

SIS adalah nyamuk aje dalam menggigit Islam di Malaysia. Yg menjadi kerbau dalam perlaksanaan Islam ialah PKR sendiri. DAP menjadi anjing melalak. Dan PAS menjadi 'tong sampah' dengan tidak tahu nak buat apa2.

maaf, abe MIE tak dapat habiskan untuk join malam tadi sebab streamyx buat hal....kacau daun teh sungguh.

teruskan....

Panglima Perang Cyber berkata...

Ok kekandaku ! ;)

Ada masa kita bantai lagi dalam sidang..

Bagus geng PAS juga berani datang.

Walaupun mengaku neutral :)

Itu maksud kita, selaraskan pandangan untuk selesaikan masalah antara saudara satu agama ini.

tq

Tai berkata...

Encik-encik semua. Untuk menajamkan lagi senjata kita yang dah sedia tajam ni, saya dengan ini mencadangkan ini macam.

1. Kita hantarkan semua resolusi yang telah kita buat ke laman-laman media seperti NST, Berita Harian dan suratkhabar-suratkhabar perdana dan tak perdana. Utusan jangan lupa.
2. Hantarkan juga kesemua resolusi yang kita buat ni ke media eletronik. Setakat ni yang saya ada ialah seperti berikut.
alamat 1. news@tv3.com.my
alamat 2. news@ntv7.com.my
alamat 3. berita@tv9.com.my
sila cari lagi kalau ada.
3. kesemua resolusi ni kita kena hantar pada semua YB terutamanya pa Lah di http://www.warkahuntukpaklah.com.my dan yang tpm tu tak ingat.

4. Kewujudan BPN harus didedahkan kepada media-media eletronik dan akhbar seperti Utusan Malaysia.

Ok, itulah dia cadangan. harap dipertimbangkan. Orang yang jaga bahagian media, kena rajinlah sikit no?

sumandak bayu berkata...

sALAM pANG5,

Nyata keaktifan bloggers @YB2 BPN dah menyerlah TAHNIAH KAT SEMUA

Panglima Perang Cyber berkata...

Bungaraya : saya terima dan harap abag dapat add list team blogger di blog abang dan juga diharap siar resolusi kita di blog abang..

Saya minta maaf jika sebelum ini abang sudah ada request tetapi saya tercicir nama blog abang..

tq

Tanpa Nama berkata...

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/11/asal-usul-misi-dan-agenda-islam-liberal.html


link tentang islam liberal

Cari Blog Ini

Translate