Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2010

Edisi Pagi : Wajarkah BPN dibubarkan ?

Logo Team Blogger Pembela Negara


Saya ingin melontarkan beberapa persoalan dan harap anda dapat menjawabnya di bawah :


A. Adakah BPN berjuang untuk individu tertentu ?

B. Adakah BPN satu team syok sendiri ?

C. Adalah BPN tidak berguna dan tidak berjaya melawan propaganda musuh negara ?

D. Adakah BPN sangat berjaya kerana dapat mengumpulkan blogger pembela negara dalam mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara Malaysia ?

E. Adakah kemerosotan sokongan kepada pembangkang hasil usaha blogger BPN ?

F. Adakah fitnah berterusan terhadap BPN sebagai bukti hasad dengki golongan tertentu yang gagal mendapat apa yang mereka hajatkan ?

G. Adakah blogger-blogger yang suka memecahbelahkan blogger pro negara boleh dianggap pengkhianat agama bangsa dan negara kita ?


Harap dapat komen dan persepsi anda semua yang setia di sini....


Demi untuk agama, bangsa dan negara kita.



Kenapa saya soal perkara macam ni ?


Ya, untuk muhasabah diri di awal tahun untuk lebih mempertingkatkan lagi team BPN kita....

Jika tidak baik kita bubarkan sahaja BPN ini jika ia tidak berguna sepanjang kewujudannya sejak Nov 2008 hingga hari ini..


atau ia sudah tidak disokong lagi oleh sahabat yang bersama dalam BPN....


atau ia menjadi perosak keamanan dalam negara Malaysia...


Sokongan anda sangat penting dalam memastikan adakah relevan atau tidak BPN kita di alam siber ini...


Jawapan anda penentu hidup mati BPN dalam misi siber ini....





49 ulasan:

pejuang/// berkata...

Pejuang/// MEMBANTAH. BPN bukan pro kepada sesiapa, tapi perjuang BPN telah di salah ertikan sesetengah bloggers hingga mengangap BPN pro kepada seseorg pemimpin. Apa yang ingin pejuang/// minta agar BPN di strukturkan semula jawatankuasanya, dan menyingkir ahli yang melanggar etika BPN. Tolong jangan di bubarkan BPN.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bubar BPN

Unknown berkata...

salam,

Teruskan perjuangan. usah peduli dengan apa org kata. Kita buat apa yang benar untuk agama, bangsa dan negara. Allah SWT bersama org-org yang benar. Berani kerana benar. Keberanian harus terus diorganisasikan dengan baik untuk melawan kejahatan yang disusun rapi untuk menjahanamkan negara ini. Musuh tidak pernah jemu. Lawanlah mereka dengan penuh berani.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan... BPN perlukan lebih tenaga .... Perkuatkan dengan membentuk group blogger di Facebook...

Detguaq berkata...

Ada tak menambah
Tiada tak mengurang
Tepuk dada
Tanya selera...

Londehan kisah RPK dengan pembabitan Kalimullah tidak dapat tidak telah dikaitkan dengan kj yang telahpun diketahui betapa intimnya hubungan mereka sehingga ketahap untuk dianugerahkan Tan Sri....

Bagi aku yang dari dulu lagi tak berminat dengan keujudan BPN seolah-olah blogger yang tidak bernaung dibawahnya, yang pro kerajaan bukanlah Pembela Negara. Beberapa nama dibelakang BPN membuat aku benar-benar tidak berminat....

Tetapi kalau hendak diteruskan, anda berhak, tiada siapa yang boleh menghalang, tetapi kena harus ingat persepsi yang telah berakar dikepala freelance blogger yang pro kerajaan mengenai BPN sekitar masa ini....

Namun sebagai sesama bloggers aku ucapkan Selamat berjuang dan berblog.

AbgTuah berkata...

A. Adakah BPN berjuang untuk individu tertentu ?SESEKALI TIDAK

B. Adakah BPN satu team syok sendiri ? TIDAK:DIKENALI RAMAI CUMA TAK ADA PENAJA

C. Adalah BPN tidak berguna dan tidak berjaya melawan propaganda musuh negara ? TIDAK: AMAT BERKESAN

D. Adakah BPN sangat berjaya kerana dapat mengumpulkan blogger pembela negara dalam mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara Malaysia ?
YA

E. Adakah kemerosotan sokongan kepada pembangkang hasil usaha blogger BPN ?
SALAH SATU DARI FAKTOR

F. Adakah fitnah berterusan terhadap BPN sebagai bukti hasad dengki golongan tertentu yang gagal mendapat apa yang mereka hajatkan ?
TAK PASTI

G. Adakah blogger-blogger yang suka memecahbelahkan blogger pro negara boleh dianggap pengkhianat agama bangsa dan negara kita ? YA

TAK PERLU BUBAR..PELAHAN BUKAN BERERTI BERHENTI.

STRUKTOR DAN SUSUN SEMULA AGAR MENJADI LEBIH BERKESAN.

lagenda berkata...

Salam Ziarah......

Setuju dengan semua komen-komen sahabat-sahabat sekelian.BPN tidak harus dibubarkan hanya kerana dituduh bermacam-macam.Mengalah bererti kita sudah tewas dan hanya akan menguntungkan musuh-musuh BPN sahaja.Oleh itu diharap BPN teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara.Salam Perjuangan Dialam Cyber.......

antianwaribrahimdotcom berkata...

BPN mesti diteruskan!!! cuma BPN perlu lakukan penstrukturan semula dan lakukan sesuatu supaya BPN lebih uptodate dan segar!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Amat setuju dengan lagendabaling..Semua itu hanya untuk menjatuhkan BPN kerana banyak kebenaran tersingkap sejak penubuhan BPN..pembangkang mula goyang kerana mereka pon tidak lari dari kesilapan..

HIDUP BPN!!!!!
HIDUP UMNO!!!!
ALLAHUAKBAR!!!3X

http://suarabaling.blogspot.com/

Mr Joker berkata...

Salam PPC...

Ini pertama kali (kalau x silap) aku komen dalam posting kau.

Aku nak jawab beberapa soalan PPC.

A. Adakah BPN berjuang untuk individu tertentu ?

TPU - x pasti, yang jelas BPN menyokong KERAjaan. apa pun yang KERAjaan buat akan disokong BPN, itu amat baik untuk jangka hayat (short term) KERAjaan tapi amat tidak baik (long term) untuk KERAjaan. apa yang berlaku dlaam politik Malaysia ialah, mana-mana parti politik tidak akan mendengar teguran dari pihak yang berlawanan (ia dianggap fitnah) sebaliknya akan mengambil berat teguran dari pihak sendiri (ianya dianggap membuka pekung sendiri).

jadi siapa di pihak anda yang mengambil posisi penting tersebut..?

Ingat, membuka pekung sendiri lebih berkesan untuk penambah baikan. selagi perkara tersebut tidak diambil berat, lebih banyak akan terdedah & ini amat-amat tidak baik untuk parti, jadi... parti kena ambil berat perkara ni, perbetul & seterusnya parti akan jadi lebih kukuh.

B. Adakah BPN satu team syok sendiri ?

TPU - boleh kata macam tu jugak lah... syok sendiri, terkenal tapi dengan artikel2 yg penuh maki hamun dan carut marut malah kebanyakannya tidak menjawab isu sebaliknya hanya menafikan tanpa hujah.

C. Adalah BPN tidak berguna dan tidak berjaya melawan propaganda musuh negara ?

TPU - seperti jawapan diatas... sama sekali gagal menjawab. sebarang isu yang ditimbulkan gagal dijawab dengan hujah, sekadar menafikan sahaja dan diakhirnya dikisahkan pula polemik "kununnya" bla bla bla... itu bukan hujah yang menyokong jawapan sebaliknya itu adalah "spinners".

Pesongkan isu dengan cerita lain.

D. Adakah BPN sangat berjaya kerana dapat mengumpulkan blogger pembela negara dalam mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara Malaysia ?

TPU - BPN gagal... hanya berjaya mengumpulkan blogger2 yang 'mempertahankan pimpinan" dan bukannya mempertahankan parti.

mempertahankan pimpinan ialah "backup"/"sokong" apa yang pimpinan buat walaupun bercangggah dengan resolusi parti.

E. Adakah kemerosotan sokongan kepada pembangkang hasil usaha blogger BPN ?

TPU - "kemerosotan sokongan kepada pembangkang"... erm... yang ni belum dapat dibuktikan lagi selagi belum berlaku PRU-13... apa yang terbukti setakat ini ialah PR masih jadi pilihan dikawasan yang dimenangi dalam PRU-12 setelah beberapa PRK diadakan ditempat yang sama.

F. Adakah fitnah berterusan terhadap BPN sebagai bukti hasad dengki golongan tertentu yang gagal mendapat apa yang mereka hajatkan ?

TPU - fakta - 2-2 pihak difitnah... pro BN tuduh pro PR dibayar, pro PR tuduh pro BN dibayar.

fakta lagi - 2-2 pihak saling hidup segan mati x mahu (mungkin ada yang dibayar tapi, tak payah pikir la masalah ni... buang masa... sape nak mengaku..?).

G. Adakah blogger-blogger yang suka memecahbelahkan blogger pro negara boleh dianggap pengkhianat agama bangsa dan negara kita ?

TPU - jauh sangat... setakat pemecah belah 'jemaah" je bagi aku. tapi bagi aku, bukan pemecah belah, mungkin sekadar berlainan pendapat je.

Jangan label rakan-rakan anda dengan nama-nama yang "jauh panggang dari api" sebab kita tak tau niat sebenar dia, mungkin baik tapi kita tak sedar.

kadang2 kita ego.

fikir2kan.

hilbert berkata...

Salam perjuangan Panglima,

Saya berpendapat begini, dalam mana-mana perjuangan sekalipun adalah tidak harus ada sifat mudah mengalah dan cepat putus asa dalam jiwa kita. Kita harus punya jiwa yang besar untuk memperkukuhkan lagi perjuangan agar ianya tidak diperlekehkan dikemudian hari.

Nama sudah kita berjuang maka biarlah sampai sehingga ke matlamatnya dan jika kita berhenti setakat separuh jalan hanya disebabkan sesuatu perkara yang remeh-temeh sudah pasti kita sendiri akan merasa rugi kerana kita sendiri juga yang tidak sempat melihat hasil usaha yang kita sendiri mulakan dulu samada ianya merupakan sebahagian daripada sumbangan kita kepada negara ataupun kita hanya berjuang setakat mana yang kita mampu.

Dalam perjuangan untuk membantu pihak yang kita sokong bagi menegakkan keadilan dan kebenaran adalah sangat perlu dikikis sikap cepat merajuk, cepat tersinggung atau mudah terguris apabila berdepan dengan sebarang dugaan yang mendatang atau yang tiba-tiba muncul dihadapan kita dan oleh itu maka adalah sebaik-baiknya ditanam dan disemai dalam jiwa kita ini akan keteguhan serta ketabahan apabila menghadapi segala aral yang yang melintang di depan mata kita. Semua itu adalah asam garam dalam perjuangan.

Apa lagi setelah saya dapat tahu bahawa pergeseran hanyalah masalah antara sesama pejuang bangsa, agama serta negara dalam aliran yang hampir sama walaupun mungkin dasarnya saja yang agak berbeza tetapi bagi saya itu semua hanyalah masalah yang boleh diatasi apabila dibawa dalam perbincangan yang harmoni dan tiada satu masalahpun yang tidak boleh diselesaikan jika semangat bertolak-ansur menjadi amalan dalam perjuangan sesama kita.

Mengenai hasrat Panglima atau yang lainnya untuk membubarkan BPN saya rasa tidak perlu dilakukan kerana ianya hanya disebabkan masalah anggapan dan tuduhan sesetangah pihak ataupun rakan sendiri yang tidak berasas dan bukannya disebabkan perjuangan BPN bertentangan dengan peruntukkan undang-undang negara ini. Jadi saya harap teruskan saja BPN dan jika perlu buat penambahbaikkan pada mana-mana yang dilihat perlu diperbaiki supaya BPN terus mantap dan terus digeruni oleh blogger-blogger pro-pembangkang.

Terima Kasih.

zambri berkata...

saya bukan blogger tapi saya membaca blog blogger hari2.Kenapa harus dibubarkan adakah anda sudah berputus asa atau kecewa.Kalau kecewa dan merajuk anda bukan sikap seorg pemimpin..Jatika Diri anda.Jgn mengalah dan teruskan perjuangan bakrkan semanagt agama bangsa negara saya doakan bpn bertambah baik dari pembangkang

USD berkata...

Salam,

Pdgn aku, jika kita bjuang kerana manusia, kita akan mudah bputus asa, kecewa dan merajuk. Apalagi kerja bjuang ini memang sulit.

Tp jika kita bjuang kerana Allah, tanpa mharap pujian apalagi ganjtan dr manusia, Insya Allah kita akan tenang dan puas dgn apa yg kita pjuangkan. Soal sama ada ia bjaya @ gagal, hanya masa akan yg mbuktikannya....

Pejuang sejati ialah pjuang yg tidak mudah putus asa atau kecewa apalagi mharap! Tk

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas komen sahabat sahabat semua..

termasuk Topeng Perak yang sudi beri komen di sini.

saya bukan minta pujian tetapi minta pandangan.

saya bukan sudah putus asa, tetapi saya cuma ingin tahu apakah persepsi anda kepada team BPN kita ini.

saya tidak akan putus asa Insya Allah kerana perjuangan ini tidak kerana sesiapa.

kecuali demi agama bangsa dan tanah air kita yang tercinta.


salam perjuangan...

Thinkdifferent berkata...

teruskan perjuangan,saya berharap agar BPN dapat menerbitkan majalah sendiri dari artikel di blog2 BPN..tentu kesan lebih dalam..

Jumayatara berkata...

Salam Panglima

Topeng Perak...hang jangan nak menyibuk , respond hang memang bias punya, respon yang adil diperlukan.

BPN perlu adakan EGM, menyingkir Panglima sebagai Presiden...usul aku aje.

Tanpa Nama berkata...

Allah parpu, klu nak komen pun gunalah nickname sebenar jgn guna TopengPerak. Macam ler bloggers perak tak kenal mike. Pelaga bloggers di Perak, dan buat duit dlm blog. Mike ler yang memecah belahkan BPN, tau x? Skg Tapipingmali mike racun. Dasar mamak haperak..

Ahmed Fauzan berkata...

Salam...

Jawapan saya:-

a. Tidak
b. Tidak
c. BPN adalah gabungan kuat
d. Ya
e. Ya
f. Ya
g. Ya

Disini ingin saya cadangkan agar Panglima sendiri meminta sesiapa yang menggunakan logo BPN secara tidak sah menggugurkan logo itu segera...Kerana mereka mungkin mengakibatkan kekeliruan kepada BPN dan penyokong BPN sendiri...

Wassalam...

ADI JAGAT PUTRA berkata...

PERJUANGAN BPN HARUSLAH DITERUSKAN DAN TIDAK PERLU DIBUBARKAN,INI KERANA BPN TELAH MENJADI MEDIUM DAN ORGANISASI UNTUK MENYATUKAN SEMUA BLOGGERS YANG MEMPUNYAI PERJUANGAN YANG SAMA IAITU PERJUANGAN UTK AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR.

BPN JUGA TELAH MENJADI MEDIUM UTK RAKYAT ME NDAPATKAN BERITA YANG BENAR DAN SAHIH.

CUMA APA YANG PERLU DISELESAIKAN HARI INI IALAH PERTELINGKAHAN SESAMA BLOGGER DLM BPN TAK KIRA ATAS APA SEBAB PUN INI KERANA KITA SEMUA PERLU BERSATU,KALAU ADA YANG BERTELAGAH INI AKAN MENJADIKAN PERJUANGAN KITA PINCANG DAN TAKKUAT KERANA PERNYATUAN KITA SEMUA ITU YANG MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA PERJUAGAN BPN SELAMA INI.

DAN SATU LAGI CADANGAN SAYA SUPAYA BPN MENSTRUKTUR ORGANISASI BPN,DENGAN MELANTIK BLOGGER2 YANG AKTIF DALAM ORGANISASI BPN,

SEKIAN,ADIJAGATPUTRA AKAN SENTIASA MENYOKONG PERJUANGAN BPN

" SATU SUARA , SATU ARAH , SATU AQIDAH "

BLOGGER ADI JAGAT PUTRA
http://adijagatputra.blogspot.com/
http://adijagatputra2.blogspot.com/

Aspirasi berkata...

Salam perjuangan Panglima..

bagi saya BPN ialah suara blogger yang bersatu.. jika selama ini tiada siapa pun yang menghiraukan suara pro Melayu dan Islam.

Tapi kini dengan ada suara lantang BPN barulah mata sesetangah pihak terbuka.

bagi saya BPN adalah liberal tidak tertakluk kepada mana-mana pemimpin dan kita bebas mengkritik pemimpin kita.

Tapi fokus kita adalah menyerang kembali kepalsuan dan pembohongan yang dilemparkan oelh pembangkang durjana.

Namun usaha berdepan dengan pembangkang ni bukan lah bermakna BPN semata-mata. ada juga pihak lain samada individu atau kumpulan lain.

Apa pun, kepada panglima syabas dan tahniah dan teruskan perjuangan///

kami semua bersamamu... di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung..

HousePK berkata...

Lantik parpukari jadi presiden. Baru ngam.

Madie berkata...

Salam pang5.. Sedih saya bila terbaca ayat "patutkah BPN dibubarkan?" Mungkin saudara panglima dan rakan-rakan lain dalam BPN telah lupa akan saya. tetapi percayalah sesungguhnya, perjuangan kita bermula November 2008, berusaha untuk berhubung melalui pelbagai cara, bermula dari penggunaan e-mel, ym...
Harapan saya jangan lah BPN dikuburkan begitu sahaja..
Terus berjuang..
Salam 1Malaysia!!

Arif Omar berkata...

teruskan perjuangan BPN. jangan kecewa. biasalah. ada cabaran dan kesulitan. kita pertahan negara, bangsa dan agama kita. jangan mengalah.

YANG GAMBI berkata...

Salam Pang5, teruskan perjuangan BPN.... teruskan perjuangan dengan satu matlamat, memerangi dakyah-dakyah songsang dari pembangkang..... bukan untuk sesiapa.....

Unknown berkata...

Salam...

Teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara!!! Kalau nak menang kita buat cara nak menang! Perjuangan membela agama bangsa dan negara harus diteruskan!!!

Kita sudah tidak ada masa untuk melayan provokasi yang boleh membawa perpecahan dikalangan blogger BPN.

Salam Perjuangan 1Malaysia

BJ

pejuang/// berkata...

Nah sekarang jelas bahawa BPN masih relevan penubuhannya. Jangan kita trmakan hasutan mereka yang ingin melagakan sesama kita. Berpeganglah kepada prinsip perjuang ALIF, BA DAN TA.

Salam perjuangan/// buat semua.

sekupangdua berkata...

Salam Perjuangan!

Sebenarnya saya tidak sama sekali setuju BPN di bubarkan, sekupangdua mendapat banyak ilmu dan sahabat seperjuangan di tapak ini. sebenarnya jatuh bangun saya dipangku bagun semula BPN. lebih mengejutkan saya bila saya bertemu dengan semua para bloggers pejuang tiada siapa menduga menerima dengan terbuka, lebih-lebih lagi perjuangan mereka sebagai pejuang saf hadapan membariskan panglima-paglima dari pelbagai daerah bagun menentang.

BPN jangan sekali dikaitkan berhasad dan berhasut kepada rakyat dialamaya, jauh sekali perkataan atau ideologi untuk menghuru harakan pemikiran rakyat seperti pembangkang pakatan rakyat yang sememangnya menjadikan ini sebagai senjata merosakan keamanan dan marauh bangsa melayu itu sendiri, sebagai contohnya lihat saja bagaimana bila mulut sekutu kafir bercakap Topeng perak, terima kasih topeng perak senang sikit nak jadikan contoh.

Saya rasa dengan izin allah semua nya kehendaknya, yang peru rasanya dilakukan ialah pembersihan dalam BPN sendiri, maksud saya rasanya sudah ada blogger Anti kerajaan dan manusia yang tak bersyukur yang menyelusup masuk bermuka-muka dan kemudian memburukan BPN sendiri. Blogger juga digabungkan supaya jangan ada sifat Kroni dan memecah belahkan sesama sendiri, jangan ada yang mencarut demi bossnya, jangan ada agenda lain untuk temboloknya tanpa peduli bangsa berpecah, adakanlah unit panel disiplin yang sentiasa memantau dan akan memberi amaran sehingga 3 kali maka tindakan diambil samaada gugurkan atau paparkan di paparan disiplin BPN (wujudkan)

apapun saya sama sekali tidak setuju dbubarkan atau dimansuhkan, pengalaman saya sebelum ini begitu memeritkan sebenarnya, bayangkan rasa bersalah yang amat sangat bagai kita membubarkan saf panglima perang sedangkan perang baru bermula. setiap saat rasa bersalah hinggap dihati seolah-olah kita yang meruntuhkan pejuang blogger yang lain. itu yang terjadi kepada saya bila blogger perak yang menganggap saya sebagai yang tua bila mengundurkan diri adik-adik hilang haluan malah kekuatan sekeluarga sudah tiada.

Percayalah saya akan jadi orang pertama yang akan membangkitkan semua blogger jika BPN mahu di bubar, Demi Allah saya berjanji jika itu lah perancangannya sayalah orang pertama menentang dan menyatakan tidak sama sekali mahu BPN dibubarkan!

KITA RAPATKAN SAF PERANG KITA, KITA SERANG NEGERI DEMI NEGERI YANG SEDANG MEREKA HANCURKAN. ITA TURUN MEMBANTU DARI SATU KE SATU NEGERI YANG DITANGAN RAKUS MENJAHANAMKAN, KITA PERTAHAN ISLAM. KITA DAULATKAN TANAH MELAYU, KITA PERKASAKAN BANGSA.

PUTERI berkata...

Salam semua,

Saya tidak nampak mengapa BPN perlu dibubarkan. Saya selesa dengan blog BPN sebab tidak ada syarat untuk memihak kepada sesiapa, kerana saya seorang yang tidak berpihak di mana-mana namun ingin menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

Saya harap blogger-blogger BPN berblog atas kapasiti tidak berpihak kepada mana-mana individu supaya kita berlaku ADIL di dalam memberi ulasan terhadap isu-isu yang dikemukakan.

Sebenarnya, blogger BPN tidak perlu ambil kisah dengan tuduhan atau hinaan sesiapapun selagi kita IKHLAS di dalam perjuangan ini. Adat perjuangan, mesti ada halangan dan ujian. Kita sudah memilih untuk berumah di tepi pantai, jadi mengapa takut dilambung ombak?

Biarlah Allah menilai apa yang kita lakukan jangan dikisah pandangan manusia, dan kitapun harus sentiasa memberi peringatan pada diri, bahawa raqib dan atid sentiasa berada di samping kita, menilai dan mengawasi dan mencatat dosa dan pahala setiap ayat yang kita tulis di dalam blog.

Sekian wallahualam.

gotahlantun berkata...

Teruskan perjuangan.
Tegakan kebenaran.
Yang benar mesti dipertahankan dan yang salah mesti menerima hukuman.

Jeepers Creepers berkata...

jangan bubar BPN.

sebelum pru 12 dahulu, blog pro kerajaan tidak bersatu dan berpecah belah. maka sebab itulah pakatan menang. jentera perang cyber mereka tiada siapa yang lawan.

dengan adanya BPN, blogger pro kerajaan telah bersatu, barisan perang dah dirapatkan.

kitalah jentera perang cyber kerajaan sekarang. tanpa BPN, segala fitnah pakatan akan terus berleluasa.

Kalau ada orang dengkikan BPN, itulah orang pakatan. sebab itulah mereka mahukan BPN berpecah belah.

Kalau dibubarkan,sia sialah usaha kita selama ini.

Teruskan perjuangan ini!!

If You Read This Message, You Are The Resistance

Abdul Qaiyum Borhan berkata...

Teruskan Perjuangan BPN !!

Yakinlah Dengan Perjuangan Kita. Medium Blog Masih Lagi Relevan Itu Kita Melaksanakan Tugas Yang Mana Media Arus Perdana Tidak Lakukan. Kebobrokan Pembangkang Hendaklah Sentiasa Dicungkil Dan Dihidangkan Kepada Pembaca Supaya Blog² Pihak Anti-Kerajaan Tidak Sewenang²nya Memfitnah Dan Mengada²kan Cerita Tanpa Fakta Dan Bukti Sahih.

Kitalah Penyeimbangnya..

Ayuh Gagalkan Hasrat Pakatan Rakyat Untuk Merampas Majoriti 2/3 Parlimen Pada PRU-13 Nanti..

Masih Belum Terlambat Lagi Bagi Saya Mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada Seluruh Warga BTN...

Teruskanlah Perjuangan~

Abdul Qaiyum Borhan berkata...

Maaf. Bukan Warga BTN. Tapi BPN. BTN Kang Lain Pulak Jadinye.. :D~

AbgTuah berkata...

SALAM..

SEKARANG JELAS BAHAWA 30 DARI 30 MENYOKONG BPN MASIH RELEVAN ATAU YANG BERPENDAPAT BPN PERLU DI TERUSKAN.

TOPENG PERAK(TAK SURE ORI ATAU TIDAK) DAN JAMAYATARA WALAU PUN MEREKA BUKAN BERDIRI DIATAS LANDASAN SEIRING DENGAN KITA NAMUN MEREKA PUN TIDAK MENCADABGKAN UNTUK BPN DIBUBARKAN. SEBENARNYA MEREKA PUN TUMPANG SERONOK MEMBACA ARTIKEL KITA YANG BERNAS DISULAMI DENGAN HUMOR DAN KERIKATOR-KARIKATOR SELOKA SINDIRAN DAN AKHIRNYA HENDAK TAK HENDAK MEREKA PUN TERPAKSA TERGELAK SAMA.

INGAT TAK SETELAH KEUJUDAN BPN MAKA BARISAN BLOGGER PUAK JUAK PEMBANGKANG TERUS PANIK.

MEREKA DENGAN SEGERA BERUSAHA MENGUJUDKAN PULA BEBERAPA TEAM BAGI MENYANGI BPN. SEBAGAI CONTOH BLOGGER NETWORK...

PUAS JUGA KITA BERJUANG UNTUK MEJAWAB SEGALA TUDUHAN DARI MEREKA. MALAH MEREKA MENYERANG KITA SEMULA DAN PUAS JUGA KITA MEMPERTAHANKAN DARI SEGALA TAKTIK DAN SUSUSUNAN STRATEGI MEREKA..

NAH..ITU LAH BUKTI BAHAWA KEUJUDAN KITA AMAT MEMBERI KESAN..AMAT MEMBERI IMPAK..KEPADA BLOGGER PEMBANGKANG DAN PAMBANGKANG SENDIRI.

TAK MUSTAHIL BPN SENDIRI TELAH DIKENALI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR PEMBANGKANG DAN BN.

INGIN SAYA MENCADANGKAN AGAR BEBERAPA NAMA DARI KUMPULAN BPN ATAU PENYOKONG BPN YANG AMAT AKTIF BERBLOGGING ATAU YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG HEBAT DIBERIKAN MEMEGANG JAWATAN ATAU DIBERIKAN PERANAN YANG LEBIH BESAR. DENGAN KEAKTIFAN, KOMITMEN DAN GERAK KERJA MEREKA KELAK PASTINYA AKAN MENAMBAHMATAPKAN LAGI PERGERAKAN AN OPERASI BPN DAN SETERUSNYA AKAN MENJADI KUMPULAN BLOGGER NETWOK YANG HEBAT DAN TERUS DIGERUNI LAWAN.

SAYA JUGA CADANGKAN AGAR DI UJUDKAN DIVISION GSS (GERAK SERANGAN SIBER) BPN DAN DI PILIH SEKUPANGDUA UNTUK MENJADI KETUANYA.

BEGITU JUGA DIUJUDKAN BEBERAPA LAGI DIVISION YANG DIRASAKAN RELEVAN DAN DIPILIH DARI MEREKA YANG PALING AKTIF UNTUK MENJADI KETUANYA.

TENTANG SINDIRAN, CEMUHAN DAN TANGGAPAN MASYARAKAT..WELL ITU LUMRAH DUNIA..SEGALANYA SESUATU PERJUANGAN PASTI ADA CABARAN SEBELUM AKHIRNYA MENEMUI KEJAYAAN.

BANGGA DENGAN KATA SEMANGAT ANAK MUDA KS30069 DAN ADI JAGAT PUTRA

" SATU SUARA , SATU ARAH , SATU AQIDAH "

Mohd Afdzal Mokhtar berkata...

salam bro,BPN tidak perlu dibubarkan kan...BPN memang memberi kesan kepada pihak pembangkang....saye cume cadangkan BPN dapt di daftarkan secara sah supaya mudah mahu mengerakan BPN ini dan ini sekaligus menjadikan BPN sebagai persatuan NGO...kalau boleh minta diadakan mesyuarat dengan semua ahli dan juga penyokong BPN supaya kita blh kenal diantara satu sama lain,kebanyakkan dari kita adalah ahli BPN termasuk saya sendiri,tetapi tidak ada bukti yang sahih mengatakan yang kami adalah ahli2 BPN kerana tiada hitam dan putih....penaja itu soal lain,yang penting keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan membela agama negara dan bangsa....diharap panglima perang cyber dapat mempertimbangkan cadangan saya ini...salam...-Afdzal Mokhtar-

AbgTuah berkata...

SATU CADANGAN YANG BAIK DARI SAUDARA AFDZAL MOKHTAR..

DAN SATU LAGI CADANGAN TAMBAHAN..BPN PERLUKAN PENASIHAT PERUNDANGAN AGAR KITA TIDAK TERSASAR SEHINGGA MELANGGAR UNDANG-UNDANG MEDIA DAN PENYIARAN..
DAN BERDASARKAN PROFESSION, KRITERIA, KEBOLEHAN DAN ETIKA YANG DITUNJUKAN SAYA RASA TUAN ARIF OMAR AMAT SESUAI DENGAN JAWATAN TERSEBUT.

AbgTuah berkata...

BERITA HANGAT

TERATAI JANICE LEE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO MENGENAI ARTIKEL DADAH DI PANDAN INDAH. PAPER MALAY MAIL TODAY MUKA SURAT 3.

ARTIKEL PAPAGOMO TERSEBUT

http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-pembabitan-2-orang-pembantu-khas.html


http://www.papagomo.com/2009/07/terkini-rampasan-dadah-rm10-juta-di.html

pejuang/// berkata...

Salam perjuangan///.
Pertama : Papagomo jangan gentar, baru laporan polis belum tentu mereka juara. Bro bukan keseorangan, pejuang/// dan rakan-rakan yang sealiran dari perak akan bersama papa. Andai merah, maka merah jualah pejuang/// demi alif, ba dan ta.

Kedua : Pejuang/// menyokong agar sekupangdua diberi peranan sebagai mengetuai division GSS.
Kerana bagi pejuang///, sekupangdua tidak berpihak kepaa mana-mana individu atau pemimpin kecuali UBN.

Ali Abdullah berkata...

Salam Panglima,

Maaf terlambat saya untuk memberikan jawapan...

Ini adalah jawapan saya..

A. Adakah BPN berjuang untuk individu tertentu ?
SECARA JUJUR, SAYA TIDAK NAMPAK BPN DIGUNAKAN SEBAGAI SATU MEDIUM UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU.. IA LEBIH TERARAH KEPADA PERSAINGAN KUMPULAN2 YANG TIDAK SEALIRAN DALAM UMNO.


B. Adakah BPN satu team syok sendiri ?
APAKAH MAKSUDNYA SYOK SENDIRI? JIKA KITA KUAT DAN KUKUH, TIDAK SEPATUTNYA KITA LEMAH KEPADA PERSENDAAN PUAK PAKATAN RAKYAT. MUNGKIN KITA TIDAK NAMPAK HAKIKATNYA BERAPA RAMAI KUMPULAN PRO-BN/PRO-PR LAIN YANG TERTUBUH HASIL IDEA KEWUJUDAN BPN?

C. Adalah BPN tidak berguna dan tidak berjaya melawan propaganda musuh negara ?
INI ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI. KETIKA KEMPEN PRK YANG TERAKHIR, SALAH SATU SENJATA UTAMA UMNO YANG PALING UTUH DITERAJUI UIT MEDIA BARU UNTUK MENANGKIS SERANGAN PR MELALUI INTERNET TELAH DITUNJANGI OLEH BLOGGER BPN.

D. Adakah BPN sangat berjaya kerana dapat mengumpulkan blogger pembela negara dalam mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara Malaysia ?
YA.

E. Adakah kemerosotan sokongan kepada pembangkang hasil usaha blogger BPN ?
BENAR. SEBELUM INI KITA TIDAK ADA PENYATUAN DAN BLOGGER YANG PRO-BN AKTIF SECARA INDIVIDU. INI SANGAT KURANG BERKESAN KERANA TIADANYA LINK DAN SOKONGAN DARIPADA RAKAN SEALIRAN YANG LAIN. DARIPADA BPN, KITA JUGA TELAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN STRATEGI KETIKA BERKEMPEN.

F. Adakah fitnah berterusan terhadap BPN sebagai bukti hasad dengki golongan tertentu yang gagal mendapat apa yang mereka hajatkan ?
SAYA TIADA KOMEN TERHADAP KOMEN YANG DILONTARKAN. ORANG YANG BERBUAT SEDEMIKIAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG DITULISNYA. TETAPI DALAM DUNIA SIBER, SESIAPA SAHAJA BOLEH MEMBUAT APA2 KOMEN DAN JUGA APA SAHAJA YANG MEREKA MAHU. SEMEMANGNYA BPN DICEMBURUI OLEH RAMAI PIHAK SEHINGGA RAMAI ANTARA BLOGGER YANG PRO-PR SANGGUP MENJUAL MARUAH DIRI DENGAN MENYAMAR SEBAGAI BLOGGER PRO-BN UNTUK MENDAPAT PERHATIAN DAN KEAHLIAN BPN.

G. Adakah blogger-blogger yang suka memecahbelahkan blogger pro negara boleh dianggap pengkhianat agama bangsa dan negara kita ?
NEGARA KITA MENGAMALKAN DASAR DEMOKRASI. SESIAPA SAHAJA BOLEH MENYUARAKAN PENDAPAT MEREKA MASING2 DALAM LAMAN BLOG ATAUPUN RUANG KOMEN KERANA ITULAH BLOG KITA SERING DIKUNJUNGI. MEMFITNAH BLOGGER TIDAKLAH SEKERAS MEMFITNAH PEMIMPIN YANG KITA TAHU SIAPA MEREKA. ORANG YANG MENDAKWA TAHU PERBUATAN JAHAT PEMIMPIN KITA TETAPI TIADA BUKTI SEMATA-MATA UNTUK MENJATUHKAN MARUAH DAN KREDIBILTITI MEREKA ITULAH PENGKHIANAT YANG SEBENARNYA.

PEJUANG CYBER berkata...

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN!!!

SAYAN MENYOKONG USUL YANG DIBAWA OLEH ABG TUAH, KALAU BOLEH KITA BERGERAK LEBIH AKTIF LG DIDALAM RUANG FACEBOOK. HARAP ADA RAKAN2 YANG LAIN BOLEH BUAT PAGE ATAU GROUP BPN DI FACEBOOK!

PANAZ MEMANG PANAZ!!!

KAMI BERSAMA GOMO!!! TOLAK PAKATAN REPUT!! TOLAK KOMUNIS!! ANTI DADAH!!

TERUSKAN MEMBONGKAR LAGI GOMO!JANGAN GENTAR BERDIRI KERANA BENAR

SEDIA GEMPUR!!!!

Unknown berkata...

Perjuangan BPN mesti diteruskan, Jangan sesekali dibubarkan.

Hamba Allah berkata...

Apa dah jadi dengan PARPUKARI, kritikannya tidak berasas! kenapa perlu diperlekehkan UMNO JUARA RAKYAT? satu persoalan!

http://parpukari.blogspot.com/2010/01/umno-juara-rakyat-buktikanlah-wahai.html

ADI JAGAT PUTRA berkata...

SAYA MENYOKONG PENUH CADANGAN DR ABG TUAH,UTK BPN ADA PENASIHAT UNDANG2.INI MEMBOLEHKAN KAN KITA MENDAPAT GUIDE DLM PENULISAN..

DAN LAGI SATU KITA PERLU ADA TEAM YANG PAKAR KOMPUTER DAN IT.INI KERANA APA YANG SAYA LIHAT BLOG SAUDARA -SAUDARA KIRA KERAP DI HACK OLEH PIHAK YANG TAK BERTANGGUNG JWP..

DAN KITA BOLE MENGADAKAN SATU PERJUMPAAN DAN PERTEMUAN UNTUK MENGENALI SEMUA BLOGGER DI BWH BPN.DGN CARA INI KITA BOLE KENAL PASTI AHLI BPN DGN MUSUH DLM SELIMUT...

Tanpa Nama berkata...

banyak makan kari Kepala Ikan lah tu...

dah biol dah senget dah tak betul..

Tanpa Nama berkata...

di tuju pada parpukari..

Apache berkata...

teruskan perjuangan...

sekupangdua berkata...

Assalamualaikum Semua Sahabat!

Sebagai melahirkan tanda sokongan supaya BPN dan para Majlisnya untuk terus berjuang sebagai pemimpin SAf PERANG. Sekupang Meletakan ICON (poster) SOKONG BPN Wajib di teruskan demi Agama Bangsa dan negara. sekupang juga berharap semua SAHABAT SEMUA dapat meletakkan icon ini diblog tuan-tuan sekalian sebagai tanda kita akan terus menyokong dan memperkasakan dan bersatu BPN selamanya sebagai Warisan Bangsa

Terima Kasih Abang Tuah dengan cadangan, rasanya terlalu awal kerana saya perlu di casting dahulu dan rasanya banyak blogger yang jauh lebih baik berbanding saya didalam BPN sendiri. bagi saya di terima pun sudah cukup baik dan bersyukur.

Sekupang juga mencadangkan supaya diadakan pengundian jika mahu melantik perjawatan baru di blog BPN sendiri(vote) agar semua boleh mencadangkan dan mengundi di kolum VOTE tersebut. begitu juga jika yang engkar di senaraikan dan ahli BPN sendiri boleh mengundi samaada mengekal maupun menggeluarkan mereka yang melanggar adab dan peraturan disamping pihak tertinggi BPN juga boleh menentukan sendiri

HIDUP PERJUANGAN DAN SAF PANGLIMA PERANG BPN!!! ALLAHUAKBAR...!!!

ROSHATIKA berkata...

Salam,

BPN tidak perlu dibubarkan tetapi perlu diperkemaskan untuk menghadapi PRU-13.

Cadangan saya supaya BPN melantik penaung/penasihat yang dapat membantu dari segi bajet.

Ini adalah penting supaya BPN dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan sehingga boleh menjadi jentera kepada parti pada PRK atau PRU.

T. kasih

wakdanial berkata...

teruskan perjuangan panglima...BPN perlu dikekalkan..

Cari Blog Ini

Translate