Pagi ni selepas sarapan jam 10.30 kerana sambung tidur selepas Subuh, memandangkan tidur lewat jam 4 selepas berjumpa kawan blogger BPN di kedai mamak di ibukota dan menyambung menulis di blog, saya menerima info dari Che Moq tentang siapa pengacau yang datang sejak Jumaat lepas di sidang kita.
Ketika itu kami sedang berbual dengan sahabat sahabat YeopPerak dan Fazrull di warung kopi maya chatroll kita .
Rupa rupanya pengacau tersebut masih budak lagi dan memang sengaja ingin menguji kewibawaan team BPN sejauh mana dapat mengatasi serangan siber.
Usaha dilakukan bagi mengelakkan pengacau yang menggunakan beberapa nama seperti si Saiful/Malaysian/Telong ini dengan menghitamkan namanya di senarai chatroll kita. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau dan saya sudah mengambil gambar blog untuk rekod kita di sini.
Sila lihat betapa bangganya blogger revolusi rakyat ini yang mungkin tidak kenal solat Jumaat memandangkan provokasi pertama diterima ketika kita solat Jumaat dua hari yang lalu... Perkara ini jelas menerusi waktu dia menghantar mesej serangan pertama dulu iaitu jam 2 petang...
Tidak pelik kerana kebanyakan penyokong PKR adalah mereka yang suka perkataan jilat seperti Carburator Dung yang mungkin tidak kenal sejadah kerana hidup bebas dengan bimbangan Guru mereka Hishamudin Rais.
Atau yang jenis suka kata kata kesat ( signal nak kenal ahli PKR ) di ruang komen di mana mana anda boleh jumpa samada di blog team kita, blogger pembela bangsa agama bangsa yang lain atau di ruang chat lain seperti yang terkenal di Justin TV.
Sila lihat artikel saya sebelum ini tentang pengacau pertama di chatroll kita( klik sini )
Yang jelas penyatuan Blogger telah mendapat reaksi pembangkang walaupun tidak diwar warkan di dalam media seperti team blogger Perak yang disiarkan oleh media massa dan eletronik. Penyatuan ini sangat membimbangkan penentang Ketuanan Melayu a.k.a Islam yang selama ini merasa kuat di alam siber ini memandangkan mereka telah lama meneroka siber sejak tahun Anwar dipecat lagi dari Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.... Dengan laman yang menjadi perhatian ketika itu ialah Mahazalim dan Mahafiraun yang dikendalikan dari luar negara oleh Raja Petra dan Hishamudin Rais...
Kita mengalu alukan pembangkang seperti Cikgu Tomoi yang sudi berbahas dengan elok dan berfakta dengan ahli BPN kita tetapi kita tidak dapat menerima pembangang yang lari dari tajuk dan membuat kacau sehingga menimbulkan perasaan tidak elok sehingga menjadikan mereka lupa diri dan mencerca dengan kata kata kurang sopan. Akhirnya tindakan menyekat masuk adalah langkah terakhir yang terpaksa diambil bagi mengelakkan fokus sidang kita terganggu dan masa kita terbuang begitu sahaja...
Semoga semua ahli BPN akan semakin semangat dengan kejayaan kecil kita ini iaitu menerima serangan penggadai maruah Melayu Islam dari parti PKR...
Fokus kita, lawan setiap yang ingin menghancurkan Islam dan Melayu di tanah air kita tercinta ini !!
Salam Perjuangan.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
30 November 2008
PENGACAU SIDANG BLOGGER PEMBELA NEGARA SUDAH DITEMUI OLEH CHE MOQ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Tahniah atas kejayaan mengenal pasti manusia yang terlibat. Tidak cukup di luar maya, di dalam maya pun mereka ingin "menjilat". Mereka ini mungkin dari jenis yang "ketagihan" jika tidak dapat menyelit untuk menjilat.Apakah hukuman yang paling sesuai untuk manusia jenis ini selain menyenaraihitamkannya?Fikirkan
Yer chegu...
tq selalu memantau BPN kita..
sokongan chegu sangat dihargai oleh kami.
Salam panglima,
Tahniah. Kawan rasa cukup hebat dapat berjuang di samping orang-orang yang handal dalam bab blogging. Semoga kita tetap teguh di belakang keris dan perisai BPN. Wassalam.
Assalamualaikum Panglima,
BPN ada dipromosikan dalam laman web Ustaz Moden berkaitan Sister in Islam.
Saya buka laman Graduan Melayu Muda dan terjumpa link kepada laman web Ustaz Moden
salam Pang5
ni lah buktikan bahawa team BPN bukan hanya sebagai satu team nak ambik glamour tapi merupakan team blogger yang berjuang demi agama, bangsa dan negara
Tahniah kapada Saudara Saudara sekalian.
Terima kasih atas pengorbanan anda semua dalam menentang musuh Islam dan musuh orang Melayu.
Pemantauan anda sangat di hargai.
Mungkin, mungkin jika anda semua berjumap pada tahun 2004, gejala2 IFC, bantah Fatwa,SIS,KAD foundation, bantai !%#, turun tulisan Jawi,Azan dll tidak mendapat sokongan dari penaja penaja tersembunyi.
Salam hormat.
arjuna waspada
Assalamualaikum Datuk Panglima dan bloggers sekelian,
Sebahagian besar dari apa yang disiarkan oleh saudara mengenai saya dalam blog ini adalah tidak tepat sama sekali, terutama bila ia dikaitkan dengan agama dan isu solat Jumaat. Namun sebagai hamba Allah, saya tidak berdendam dengan fitnah yang kejam itu dan sentiasa berharap semoga kesilapan anda dan che moq tersebut diampuni Allah jua, amin.
Lihat penjelasan mengenai isu ini dalam blog saya.
Salam pang5 kawan baru balik dari blog saiful pengkianat tu, dah mulakan seragan, dan akan terus menyerang bagi menyegarkan dia, kalau masih boleh disedarkan.
Terima kasih semua sahabat beri masa berharga anda untuk menulis di ruang komen ini.
Untuk Putra Revolusi, kami mengikuti tulisan saudara yang mengaku menyamar beberapa kali di chatroll kami.
Oleh itu kami mengandaikan saudara adalah peminat yang membuat provokasi tersebut.
Saya hanya bersandarkan tulisan saudara dan tentu sekali Allah lebih mengetahui yang benar sebenarnya..
Kepada semua sahabat, dahulukan rasional dari emosi ketika memberi penerangan kepada team tidak sehaluan dengan kita..
Mari kita tingkatkan kesabaran moga ada cahaya di dalam perbuatan kita sehingga jelas di mana benar dan salah serta terselamat dari digoda syaitan yang ingin kita semua berbalah dan bermusuh...
Salam dan terima kasih.
p/s : blogger ustazmoden komited juga menjaga agama bangsa dan negara..melalui promosi yang dilakukannya.
A'kum Datuk Panglima,
Saya terbaca permohonan maaf sdr di blog saya. Walaupun seperti kurang ikhlas, kerana masih berbaur prasangka bahawa saya mungkin salah seorang pengacau bernama Saiful dll itu, namun sebagai insan kerdil saya dengan rendah hati menerima prmohonan maaf sdr.
Saya sekali lagi menafikan saya adalah Saiful dan jika Saiful yang asli membaca tulisan ini, saya harap dia akan menceritakan yg sebenar. Saya juga berharap jika Saiful muncul di blog anda, tanyalah dia sama ada putra revolusi itu ada kaitan dengannya. Saya berharap sangat perkara ini bagi membersihkan nama saya.
Saya juga dengan rendah hati mengambil kesempatan di sini utk memohon maaf sekiranya tulisan saya tempohari mengenai BPN mengguris hati peminat setianya. Jika tulisan itu mengguris hati anda, saya sebenarnya tidak berniat hingga ke tahap mengguris hati insan lain. Mungkin ketika menulis saya gagal mengawal emosi yang baru sahaja diusir dari menyertai konferen yang pada mulanya saya sangka sebagai wadah terbaik untuk bertukar fikiran di antara penyokong BN, penyokong PR, mahupun orang tanpa parti seperti saya.
Walaupun diharamkan dari menyertai konferen BPN, namun insyaallah saya akan tetap membuka blog ini, sekadar utk membaca. Tidak rugi mengikuti pandangan yg berbeda di negara demokrasi ini, kan?
anda dipersilakan selagi mengikut rule yang kami tetapkan.
dan semua ahli BPN mengikut saranan setiausaha agar mendaftarkan diri atau dikenakan sekatan.
jika anda baca artikel saya sebelum ni ada yang tak puas hati kena ban, selepas diperiksa, rupanya kerana mereka tidak mendaftar sebenarnya.
tidak timbul tohmahan kami menyekat saudara.
kerana saudara kami ahli bpn pun kena juga...selepas tindakan mewajibkan ahli daftar dimulakan.
ia berlaku selepas ada anasir mengacau hingga ada yang lari fokus dan membuang masa sangat berharga milik kami semua..
salam perpaduan Islam.
bole gabung disini kan..?
i come from Indonesia..
thanks
http://damaniks.blogspot.com
Catat Ulasan