Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya KALI KE III pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :
“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.
Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )
p/s : cadangan lain sila isi kotak komen di bawah !!!
7 ulasan:
Salam Bro Panglima
TAHNIAH dengan TEAM yang dibentuk demi negara, agama dan bangsa.....
Bloggers Pembela Negara kini setapak di depan. Merintis denai dan tidak gentar untuk berjuang. Kiri dan kanan hanyalah semak samun yang harus ditebas-tebang. Apa perlu dirisaukan? Perjalanan perlu diteruskan. Di hujung nanti ada padang yang wajib didatangi dan perhimpunan yang pasti dihadiri. Kita hanya menyambung tugas Rasulullah: menyampaikan.
Salam Tuan,
Syabas... harap apa yang diusahakan ini tidak mensia-siakan rakyat...
Bertindak demi kemakmuran negara...
Terim kasih,
Tq Bro Fazrul, bakal team baru BPN kita..Insya Allah...
komen bersemangat macam ni lah yang kita mahu.
Tidak kira muda,berusia, keje apa dan dimana, kita kena satukan suara satu arah dan matlamat.
Demi memastikan Agama Bangsa dan Negara kita tidak tergadai ekoran permainan politik sesetengah pihak yang menjudikan nasib agama dan bangsa kita.
Mari lah sertai dan jadi orang kuat dalam kempen mengumpulkan bloggers ini.
Demi masa depan anak cucu cicit kita.
Terima Kasih Sumandak, Chegu, dan Fazrul atas komen yang diberi.
Salam Mahabbah
panglima! sy da join team ni n sy da copy paste tajuk ni kat blog sy.
hope kita dapat berkongsi pendapat,buah fikiran n mcm2 lg kat sini.
teroskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran. amal makruf nahi mungkar.
ok...dua syarat sahaja utk jadi ahli, copy resolusi dan listkan ahli...
itu sahaja n no more !!!
of course Sahabatku Semut !!!
Catat Ulasan