Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Disember 2008

Akhirnya kita berjaya tewaskan Blogger Menghina Agama !!!

Setakat ini sudah ada laporan polis dibuat oleh Mahaguru58 terhadap blogger menghina ibadat haji dan Islam bernama Surind di link ini ..




























Beliau telah menyiarkan artikel bertarikh 8 Disember jam 12.21 pm berkenaan isu penghinaan tersebut selepas penemuan oleh team BPN iaitu saudara Fazrul di blog Harimau Menaip...

Maklumat disambung sebarannya oleh Sumandak Bayu selepas itu dan dihantar juga oleh saya ke seluruh team BPN yang ada di dalam YM...

Kelewatan menerima mesej Fazrul dan Sumandak kerana saya mengalami masalah line internet di kampung yang begitu susah dicapai seperti di bandar..

Ekoran pendedahan blogger pembela agama Islam dan juga serangan habis habisan oleh BPN ke blog yang berani menghina agama suci kita. Akhirnya Surind terpaksa menapis komen di blognya :

Surind Raj said...

As of now & today... only constructive comments & those of intelligence will me allowed.

I reserve the right to do so... with this being my blog & me being the moderator of it.

Thank you.

Malangnya selain Surind, ada juga blogger bernama http://pedestrianinfidel.blogspot.com yang turut siarkan artikel mengarut dari Surind itu..

Juga blog yang baru dikenalpasti ini : http://ibloga.blogspot.com/

Jika saudara free masa boleh tarbiyah sedikit di link ini :

AHLI BPN yang ada buat artikel berkenaan isu ini ialah :



Blog lain ada buat pautan tentang perkara ini :



Di bawah gambar oleh Desperado Blogger Pilihan Anda




Mungkin kerana bantahan semakin kuat maka di bawah adalah pengakuan maaf Surind terhadap umat Islam !!!




Inilah matlamat penubuhan BPN kita bagi membanteras blogger seperti ini dengan cara yang elok sehingga Kerajaan dapat menangkis segala komen dan ulasan melanggar undang undang dengan persatuan blogger seperti kita.

Ini kerana Kerajaan sukar mengambil tindakan tegas terhadap blogger kerana ia akan menjejaskan nama negara di pandangan dunia...menjadi alasan mengkritik kita melanggar hak asasi manusia..Sedangkan hak asasi manusia di sisi kita terkawal dengan batas batas tertentu....

Justeru kitalah yang akan menjadi barisan hadapan untuk kini dan masa hadapan bagi menghalang anasir anasir jahat seumpama ini terus berlaku atau berleluasa lagi...dan kejayaan kita memaksa Surind meminta maaf dan menutup blognya adalah kejayaan blogger yang cintakan agama dan negaranya.

Moga Allah mengganjari usaha kita ini dengan memberi berkat dan rahmat dalam hidup kita semua.. Amin.

10 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam semua.

tahniah dan terima kasih diucapkan atas kejayaan BPN itu.

syukur kerana si surind dengan keadaan yang cukup terdesak memohon maaf juga akhirnya.

untuk menyahut cabaran berhujah si surind atheis ni,sila ke blog saya nanti,ada surat terbuka buat surind!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat semua. Tidak kira apa anutan politik, kita membuktikan bahawa hanya Agama Islam mampu menyatu-padukan hati kita.

Go BPN! Go Malays! Go Malaysia!

ps: macam komen membodek pulak...ahaks!

Panglima Perang Cyber berkata...

tq semua...siapa sahaja kena bersemangat macam kita.

untuk bela agama di ruang siber atau di alam nyata.

harap geng PAS PKR turut sama lah banteras geng anti Islam ini.

Semua parti kena bergabung suara untuk lawan mereka..

Syabas semua..

USD berkata...

Tahniah la wpun aku x beri apa2 komen dln blog aku ttg surind ni tp aku ttp ikuti pknbgannya dan bharap ada sinar bt kita. Terus bjuang!!!Insya Allah

Captain Jack berkata...

Salam…
JOM KITA FLAG
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

lihat pada header blog ada satu butang "Flag blog"...

anjurkan pada para pembaca untuk menggunakan butang itu sebaiknya.

fungsi butang tersebut ialah untuk melaporkan pada blogger.com bahawa blog tersebut mengandungi unsur2 yg tidak dibenarkan atau SPAM.

orang seprti ini tidak takut pada ugutan, jadi kita gunakan kecerdikan. flagkan blognya supaya blogger.com bertindak menutup blog tersebut.

Salam Perjuangan….


Jack Sparrow

MAWAR BERDURI berkata...

salam pang5 taniah buat semua.

admin berkata...

Salam semua
Macam-macam bunyi pulak segelintir bukan Islam yang cetek fikiran. Sebelum ni pasal Azan, lepas tu Fatwa dan yang si lakhanat ni pulak mempersendakan Ibadah Haji.

Si surind tu cakap nak bercuti panjang dari blogging?

Tapi tak bermakna dia akan terlepas dari tindakan undang-undang! Kita tunggu dan lihat. Sbb ada blogger dah panjangkan perkara ini ke parlimen,NGO dan para wartawan.

Aku sendiri pun ada panjangkan kepada beberapa NGO. Sebab nak tgk NGO mana paling cepat bertindak.

Di alam siber dia dah diamlah. Di alam nyata? Rasanya..

Korang rasa patut ke biarkan dia terlepas dari tindakan undang-undang?

Al-Rashid Zulkefli berkata...

alhamdullillah..
akhirnya diperangi. saya masih tidak berkesempatan membuat susulan kpd berita itu.baru kini berkesempatan melayari semua blog para sahabat.

bro, ada berita yang kurang menyenangkan. insyaallah saya akan maklumkan melalui email.

Tai berkata...

Encik, encik punya blog lecehlah asyik flashing saja ni. Susah nak baca ni.

Tahniah semua kerana berjaya memerangi si kurang ajaq ni. Awat si kurang ajaq ni takdak benda lain nak buat? Banyak lagi yang boleh ditulis. Sekali lagi, tahniah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Kita tengok setakat mana reaksi Surind dan geng dia nanti.

Meet = saya tunggu khabaran itu dengan debaran juga..

Apa ya.

Tq komen sahabat di sini...

Hidup BPN !!!

Cari Blog Ini

Translate