Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara
RESOLUSI
1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara
2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak
3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.
Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas...
4.
5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.
6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...
Sekian.
Disediakan oleh,
12.01 pagi 2 Disember 2008
6 ulasan:
Salam,
Sorry bro.. semalam terlena sebab makan ubat selsema dan ubat batuk...
Jaga-jaga dah subuh...
Saya sentiasa mengikuti perkembangan kedua pertubuhan ini dari jauh. Sya faham sepenuhnya cara sepatutnya orang yang beradat berkata-kata. Sokongan kuat kepada mempertahankan istilah KETUANAN MELAYU harus bertambah dari masa kesemasa. Ini bukan bermakna kita mengenepikan tentang kepentingan PERPADUAN yang sekian lama telah menjadi agenda dalam perjuangan UMNO dan BN.
Sokong apa sahaja demi untuk kebaikan BPN. Teruskan perjuangan.
ok faz...no problem
Salam Datuk Pang5. Tentang logo baru BPN tu saya rasa kedudukan khalimah Allah & Muhammad dah terbalik..kalau boleh hulu keris tukar ikut logo lama no.6&7 baru nampak unik sikit ( nampak gelap sikit )..maaf ye, saya pandai komen aje..yang lain tu oklah kot..
Jom melayari aspirasi bangsa. Dan muatkan komen saudara.
Catat Ulasan