Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mac 2009

Edisi Khas : Gambar Perpaduan Melayu UMNO dan Komen Blogger BPN ~ Malaysiakini



[pic+tun.jpg]
                             

KEHADIRAN Tun Dr. Mahathi Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan.




Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berganding tangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) selepas mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berakhir hari ini di PWTC hari ini.



Diharap semua pembaca termasuk Blogger BPN khususnya dapat tuliskan komen anda di bawah ini sebagai satu tanda sokongan kita kepada perpaduan yang telah dijalinkan oleh para pemimpin pemimpin di atas. Kerana ia adalah matlamat utama BPN untuk menjana perpaduan sesama kita.


12 ulasan:

Tok Pawi berkata...

Ada orang kata Tun tak nak pegang tangan Pak Lah

Panglima Perang Cyber berkata...

Gambar dikatakan Tun tak pegang tangan Pak Lah, tu masih banyak ruang untuk kita sangsikan...

Mungkin Tun M sedang jatuhkan tangan dll kerana kuat ..

Bukankah Pak Lah sendiri sebut jasa Tun M dalam ucapannya ?

The Revolution berkata...

salam...
Salam hormat...

Kembalinya Tun dapat mengukuhkan lagi perpaduan orang UMNO dan MELAYU...

Ini akan menjamin keputusan yang elok pada PRU13...
Keputusan juga akan dapat diperbaiki oleh gabungan 3 orang kuat UMNO ini...

Khas daripada BPN,
SELAMAT KEMBALI TUN...
WELCOME BACK TUN...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

PAPA GOMO berkata...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

PemudaGagasan berkata...

Salamz...

Tak aci betul laa Tun ni...

Dah laa dia bukan ahli UMNO...pas masuk pun tak ada...tapi leh masuk gak ke dalam dewan persidangan...

huuwwaaaa...tak aciiiii...tak aciiii

bungaraya berkata...

Kita sebenarnya rindu untuk melihat saat saat manis seperti dalam gambar diatas ini. UMNO dan platform perjuangan bangsa dan agama ini nampaknya telah kembali berpadu dan melaksanakan sebuah perjuangan yang terbantut sementara akibat adu domba pihak yang jahat. Hidup UMNO dan Hidup Melayu. Saya sangat pasti bahawa lebih dari 90% melayu Malaysia pada saat ini bersatu hati dan berpadu tenaga bagi menyelamatkan perjuangan kita yang suci ini. Insyallah. Kami disebelah borneo akan sentiasa memantau perpaduan dikalangan bumiputera sebelah sini, sgar sama-sama berjuang mempertahankan saki baki perjuangan kita hingga 1000 tahun lagi.

semutapi berkata...

Saya tertarik dgn komen Harimau pemilik blog 'bila harimau menaip' yang membandingkan BPN dan Bloggers Network seperti berikut:

"Di mata Harimau hanya nampak 3 pemain utama dalam dunia blog politik terutama di arena BN lawan PR. Malangnya antara ketiga-tiga golongan tadi, jelas kelihatan hanya Bloggers Network sahaja yang bersungguh di lapangan tidak kira samada di Pilihanraya Kecil ataupun di mana-mana demonstrasi jalanan.

Golongan kedua adalah dari permuafakatan Bloggers Pembela Negara. Entah apa sebabnya, Harimau merasakan (mungkin silap), yang majoriti (tidak semua) blogawan Bloggers Pembela Negara hanya duduk mengangkang di rumah dan menembak dari balik semak.

Golongan ketiga adalah yang tergolong dari blogawan "Stand Alone" tidak mengira kecenderungan parti politik yang disebelahinya samada BN, PR atau gabungan kedua-duanya sekali. Harimau Menaip (setakat ini) bolehlah dikategorikan sebagai Blogawan Stand Alone. Terkadang mengangkang juga ketika menulis. Hahaha."

Benarkah bloggers BPN ini hanya mengangkang di rumah dan 'menembak dari balik semak'? Mengangkang di rumah saya tak mahu komen sebab saya tak ada teropong ajaib, tak pasti sama ada mereka kaki kangkang atau kaki tenggek, tetapi saya yakin ramai mereka memang 'menembak dari balik semak'. Contoh BPN yg 'menembak dari balik semak' ialah seorang blogger BPN yang mengaku dirinya 'penembak tepat', tapi sasaranya hampir semua tak kena, tak tepat, kerana seperti kata Harimau dia 'menembak dari balik semak'!

MOHD FUAD YAHAYA berkata...

TERHARU!
BANGGA!
BERSEMANGAT UNTUK TERUS BEKHIDMAT, SETIA DAN PATUH PADA ARAHAN PEMIMPIM KITA!

HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!

HIDUP TUN MAHATIHIR!
HIDUP PAK LAH!
HIDUP PAK NAJIB!

HIDUP UMNO!

Amz CamPro berkata...

salam semua
aku amat terharu bila melihat detik2 seperti digbr diatas.tepukan gemuruh telah diberikan kpd mereka...ia patut dicontohi...

hidup BPN!

mawie berkata...

mengapa paklah mahadir pengang hujung jari je..tak gengam mcm najib

Azizahns berkata...

hari yang penuh bersejarah...
ucapan yang menyentuh perasaan...
jiwa yang kembali bersemangat...

leeza berkata...

Saya pun ada disana ikut rombongan "cik kiah" aka Media Team masuk ke dalam dewan, sempat makan pulut kunyit lagi sama rendang. Anyway masa dalam dewan dengar gak suara suara yg "mempertikaikan" kejujuran serta "ketaatan" Tun M pada UMNO. Kalau sokong UMNO kenapa harus keluar parti hanya kerana seorg bernama Pak Lah? Knp lantik Pak Lah mengantikan beliau? adakah Pak Lah dijadikan "umpan" untuk meredakan kemarahaan rakyat bila anwar ditangkap? Bila tak kena aja terus aibkan parti serta org org tertentu dalam arus media, secara lantang. Jgn hanya kerana kita membenci seseorang kita mesti keluar parti atau mengaibkan seseorg atau parti itu sendiri. Bila mengkritik biarlah kepada kebaikan serta memberi tunjuk ajar kearah yg betul. Ini salah satu penyakit dimana UMNO berpecah belah. Jika seseorg melakukan perkara yg kita tidak suka, kita tidak puashati maka ada saluran tertentu boleh kita ajukan ketidakpuasan hati kita. Cuba Khir menang sudah pasti Tun masih tidak berpuashati inikan pula KJ. Seharusnya kita memberi peluang kepada KJ untuk membuktikan "ketulusan" jiwa serta "bertaubat" tidak melakukan perbuatan yg tidak baik andaikata KJ ingin kekal jika tidak saya berfikir TSMY akan "jentik" telinga atau memberi amaran kpd beliau. Oleh itu saya rasa dimasa akan dtg baik Tun M atau Pak Lah tidak akan mengaibkan atau mengkritik PM atau TPM secara terbuka sehingga ada dikalangan ahli ahli berpecah belah...saya yakin Tun M akan terlepas cakap lagi andaikata ada perkara yg tidak berkenan dihati beliau.

Cari Blog Ini

Translate