Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mac 2009

Edisi Pagi dan Petang : ALLAH kembali dilarang oleh Kerajaan -Malaysiakini

Selepas membuat sedikit bantahan melalui resolusi semalam maka kita mendapat makluman gembira dari surat khabar dan tv sejak semalam dan hari ini tentang perkara sebenar yang berlaku berkenaan isu pengharaman kalimah ALLAH yang dibenarkan ekoran kesilapan teknikal dari pihak KDN.

Kita boleh memaafkan kesilapan tersebut dan kita harap Mahkamah Malaysia akan memberikan keputusan terbaik dalam hal ini dengan menghalang penggunaannya oleh agama selain Islam dalam penerbitan mereka.

Kita tidak kisah jika mereka ingin menyebut nama ALLAH pagi petang siang malam serta menjadikanNYA sebagai tempat mengadu keluh kesah. Cuma kita tidak mahu mereka menulisnya di dalam bentuk penerbitan sehingga menjadikan masyarakat Islam keliru dan terpedaya dengannya.

Tahniah kepada semua atas satu suara yang kita pamerkan dan syukur di atas penjelasan tersebut dan kita seharusnya bersabar dan jangan tergopoh gapah berkenaan keputusan atau perkhabaran dan bersabar sehingga ia diulas atau diambil tindakan oleh kerajaan.

Namun memang sifat manusia asalnya itu ialah tergopoh gapah. Selalu terburu buru dan selalu mahu segera dan pantas tanpa mengira sisi lain yang diperintah oleh ALLAH agar berbaik sangka dengan sesiapa sahaja hatta dengan Ulil Amri yang menjadi pemerintah kita.


Sila baca kenyataan akhbar Syed Hamid Albar berkenaan isu tersebut di sini http://utusan.com.my

Selamat beristirehat...

3 ulasan:

ADI JAGAT PUTRA berkata...

betul tu tuan panglima saya menyokong hujjah tuan panglima...

penggunaan perkataan ALLAH dalam penulisan mereka akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat islam.

PAS,PKR hanya suka bermain politik dan tak ambik kisah dengan semua ini sebab tu mereka bagi lampu hijau kepada orang kristian...

Panglima Perang Cyber berkata...

Peliknya Dewan Ulama PAS pun bagi green light utk depa !!

Peliklah sejak kita makin ke hujung zaman ni.

Tai berkata...

Apa nak jadi dengan Pas la ni?

Cari Blog Ini

Translate