Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Mac 2009

Edisi Pagi : Perangai Sebenar Pembangkang -Malaysiakini


Pagi ini dengan mata berpinar pinar ekoran lewat beradu di pembaringan kerana didatangi tetamu dari jauh beribu batu yang sudah lama tidak ditemui, saya mengambil keputusan membuat sedikit ulasan berkenaan perangai blogger pembangkang.

Ini bukan bermakna saya ingin menceritakan bahawa saya sudah memiliki tahap iman yang tinggi dan akhlak sangat terpuji atau dari kalangan sahabat saya, tetapi ia untuk mendedahkan bagaimana politik yang tersasar jauh dari Islam diamalkan oleh mereka yang mengaku pejuang bagi kebenaran agama kita juga iaitu Islam.

Nak dikutip satu persatu amat banyak sekali cuma saya fokuskan di sini satu sahaja laman yang selalu dibaca oleh pro atau lawan anda semua. Laman tersebut ialah Kerabu Bersuara

Lihat gambar yang disalin dari blog tersebut dan fikirkanlah : 

adakah ini dari hati yang suci atau hati yang penuh daki daki dan menjadi punca perpecahan umat kita selama ini?



Saya sentuh isu tersebut kerana isu isu lain sudah pun diulas dengan mantap sekali oleh blogger bpn kita dan semoga anda mendapat pandangan serta penjelasan terkini dari team blogger BPN yang sudah hampir mencecah 100 orang di ruang list yang ada saya sediakan.

Mereka akan selalu memberi hujah hujah untuk membela kebenaran dengan cara dan versi mereka sendiri di alam siber ini..

Merekalah pejuang kebenaran dan anda sokonglah mereka dengan selalu memberi pandangan serta galakan untuk terus berjuang melawan pencacai dan balaci syaitan bertopeng manusia yang sentiasa menyuruh kepada permusuhan dan kemarahan.


Salam perjuangan BPN untuk agama,bangsa dan negara kita yang tercinta...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pelik..

tu gaya mereka sejak dulu lagi.

cuma peliknya rakyat seronok pula lihat gaya sumbang mereka.

adakah kita semakin songsang budaya dan mentaliti kerana pengaruh barat yang menebal dalam hidupan kita?

Tanpa Nama berkata...

tokwan setuju lah pendapat tuan panglima.

tokwan sering baca tulisan mereka. Kotor dan hodoh !!

mujur tak berbau.

Kalau bau macam najis, rasa dah lama tokwan muntah baca tulisan mereka.

Tai berkata...

Biasalah depa tu. Depa saja yang baik, semua orang buruk.

gotahlantun berkata...

SALAM PANG5,

ADA SEKALI DUA EDEN POST KAT kerajaanrakyat.com. KOMEN DALAM JAWI, EDEN PUNYA POST KELUAR PUN TAK.
MENGAMBARKAN MEREKA TU GAMBARAN LUAR JER BAGUS, TETAPI HAKIKATNYA...HANCUSSS.

ALLAHUAKBAR.!!

Tanpa Nama berkata...

Pg5 dan rakan sekalian...

Kita berpolitik hanya utk mencari kebenaran dlm memilih pemerintah sahaja. Kenapa begitu teruk sekali laman web KERABU BERSUARA.

Sy pn org Klantan, menetap di Klantan, kerja pn di Klantan...hampir 24 jam sy selalu berdepan dgn masyarakat kebetulan sy ditugaskan kerje oleh Majikan/gov utk menolong kaum melayu dikelantan.

Dalam blog kerabu tu tdk mewakili sebenar masyarakt klantan. ITu tdk benar sama sekali...kt mana2 kedai kopi sekali pn masyarakat mengutuk pas, tetapi yg herannya yg kutuk tu bukanlah dikalangan org2 umno - dikalangan mereka sdi. Umno biasa sahaja, sibuk dgn kerje2, tetapi sebilangan besar penyokong pas suka menghabiskan masa berjam2 kedai kopi kutuk kerajaan tetapi anak bini kucar kacir, lepak..rempit..dadah dn mcm2...sebenarnya Pas takada apa buat kemajuan diklantan, hak janji dalam p/raya th 1999 dulu pun belum ditunaikan lagi...usahkan hak janji dalam PRU12...Allah sahaja yg tahu keadaan org2 muda diklantan masa kini...kerja tak ada, selain dri keje di KL yg ada kat umah ada melepak tak ada duit curi sana sini....

Jgn percaya apa yg dikata oleh KERABU tu...mungkin dia asal klantan tetapi menetap di negeri lain...

Kenapa Pas dpt perintah klantan?

Ini soalan biasa...th 2004 pas menang tipis 2 kerusi sahaja. 2008 pas hampir seluruh menang!

Kalau kita kaji kalau benar2 pas kuat kenapa th 2004 ia hampir kalah? (mmg dh kalah pn kalau tdk ditolong oleh Ibrahim Ali)th 2008 adalah masalah isu nasinal...tetapi sy sdri dikelantan ni tdk heranlah kenapa kaum melayu dikelantan sokong pas...sebab dalam ceramah Pas, masyaalah teruk mencaci Umno/Kerajaan...menang Pas kerana menipu rakyat...sebaliknya Umno ceramah bagitahu apa wawasan dan perkara yg akan dilaksanakan...

Kerje pas 24jam berpolitik...menipu rakyat ceramah sana sini. Bkn buat kerja apa pun, rakyat dihidang dengan kekeliruan dicampor aduk agama dgn politik...

Asalamualaikum kwn2 kita jupe lagi...byk kerje2 menipu pas kalau sy nak paparkan disini....cuma harap sy jgn terpengaruh dgn kata2 kerabu yg entah apa2 tu...

PaKMie berkata...

Kerabu + nasi = nasi kerabu

Nasi kerabu ni org kelantan suka makan pagi2 sahaja. Kalau nasi kerabu hop sohor di kelantan di kawasan sekitar pekan ketereh(BHG KETEREH)

Pagi2 adalah dua tiga ekor hak fanatik pas dok caci kerajaan Umno. Tiap pagi dok lepak kerje utama dok caci kerajaan/Umno...anak bini nak makan pn susah kat umah, sek pun terabai...sy sokong kata tok sadang diatas tu...

Sy pn ore klantan, sy tahu kesusahan sebenar org klantan. Wakil rakyat pas ckp hak dunia tak penting hak akhirat aja penting sebab kita akan mati...soalnya kenapa puak2 wakil rakyat pas dikelantan dok kalut kumpul harta byk2..dok berebut kawasan balak? rumah besar, kete besar tak cukup satu beli dua ...pada rakyat ckp lain....Hari ini apa yg sy tahu dok berebut balak sampai pejabat KPK pn akan dipindah ketempat lain.

Rakyat susah, pemimpin kaya raya2 bila kaya bini pn ramailah...no plate kereta pn sampai 50ribu...

Salam perjuangan dri sy utk panglima/ BPN dan rakan blogger.Demi agama,bangsa dan negara kita tetap berjuang!

Tanpa Nama berkata...

Rancangan Lagakan Zulkefli Dengan Mohd Amar Gagal(KESAH BEREBUT HARTA DUNIA OLEH PARA PEMIMPIN PAS - TAPI DGN RAKYAT HARTA DUNIA TAK PENTING!!!!)

SEKALI tengok tindakan Adun Pulau Chondong, Zulkefli Mamat melepaskan semua jawatan dalam kerajaan seolah-olah Adun berkenaan merajuk. Tindakan itu juga nampak melulu dan bersikap kebudak-budakan. Dalam dunia politik kalau seseorang bertindak begitu ada dua saja sebab; dia diarah berbuat demikian ataupun kerana tidak layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Dalam politik jarang orang hendak berhenti apa lagi kalau jawatan itu sedikit sebanyak dapat membantu memberi kesihatan kepada poket baju dan poket seluar!

Selepas laporan mengenai tindakannya itu dipostingkan dalam blog Merah Tinta banyak panggilan masuk ke dalam telefon saya dan juga email dan komen yang ditinggalkan.

Nampaknya tektik saya untuk mendapat maklumat lanjut berhasil. Ada berbagai penjelasan dan maklumat agak mendalam mengenai kenapa Zulkefli meletak jawatan dan bercadang untuk melepaskan jawatan Pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn. Bhd. Yang pastinya kalau tidak ada sebab musabab Zulkefli tidak akan berulah demikian.

Saya tidak mahu tokok tambah di sini dan akan menceritakan kronologinya seperti mana yang dimaklumkan kepada saya. Al maklumlah nanti saya akan disalahkan dan akan dihukum pula oleh pengawal-pengawal penyamun terbus yang siap dengan lembing diperbuat dari nibung tunggal itu.

Kedudukan Zulkefli di KPK itu katanya tidak disenangi oleh satu golongan kerana ia menghalang keinginan golongan ini untuk mendapat kawasan balak dalam kawasan jagaan atau seliaan KPK. KPK adalah syarikat yang ditugaskan untuk menjaga hutan dan kayu balak di Kelantan. Sejumlah kawasan balak terpilih dan berkualiti tinggi diserahkan kepada KPK untuk diurus bagi menjana kewangan negeri.

Dengan kedudukan dan kesempatan itu maka KPK sering menjadi perebutan kalangan bernafsu besar dan tidak genap duit di Kelantan. Orang politik, biasanya golongan veteran tergila-gila untuk menjadi pengerusi lantikan politik. Sebab itu kalau dilihat kepada perjalanan syarikat ini ia sering berombak dan pengurusnya sering bertukar ganti mengikut musim yang merubah alam. Kerusi pengerusi dan pengurus besar KPK selalu menjadi panas.

Katanya, orang berkenaan, iaitu menerusi proksinya telah memohon kawasan balak dalam kawasan KPK. Jumlahnya mungkin puluhan juta ringgit! Zulkefli sebagai Pengerusi berkeras tidak mahu meluluskannya. Alasannya, baik KPK sendiri yang mengusahakan kawasan balak berkenaan kerana komisyen untuk kerajaan lebih tinggi. Jika kawasan itu diberikan kepada pihak lain menyebabkan kerajaan mendapat komisyen yang sedikit.

Di sinilah berlaku bermulanya ‘krisis’ dalam KPK sehinggakan Zulkefli perlu disingkirkan bagi membolehkan kawasan berkenaan diluluskan kepada proksi orang berkenaan dan sekaligus menguasai keseluruhan kawasan balak dalam KPK.

Maka satu strategi dan pelan dirancang untuk menyingkirkan Zulkefli. Antaranya, satu memorandum atau taklimat diserah dan diberikan kepada Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam memorandum lisan itu, Nik Aziz diberitahu mengenai rancangan Zulkefli nak pindahkan pejabat operasi KPK dari Jalan Lundang ke Jelawang, Dabong yang menimbulkan bantahan kakitangan KPK. Bantahan itulah yang dijadikan asas untuk mempengaruhi Nik Aziz.

Adapun kenapa Zulkefli bercadang untuk memindahakan pejabat KPP ke Dabong itulah bagi menyenangkan operasi KPK dan juga menjaga kilang papannya yang terletak di Jelawang. Bagi Zulkefli tidak praktikan kalau pejabat operasi berada ratusan batu dari tempat operasinya. Sebenarnya cadangan Zulkefli itu praktikal dan demi kebaikan KPK.

Cadangan itu juga dibuat memandangkan KPK sering kali rugi kerana kurang pemantauan oleh kakitangan sebab lokasinya jauh. KPK sering kali ditipu atau tertipu di mana kayu bernilai tinggi dilebelkan sebagai nilah rendah. Juga difahamkan KPK tidak ada penilai balak (timber grader) yang profesional di mana pengkelasan kayu dilakukan secara wewenang.

Bantahan kakitangan KPK yang tidak mahu berpidah itu mungkin diperbesarkan oleh penyampai taklimat berkenaan. Apa lagi katanya zulkefli memberi kata dua kepada kakitangan yang enggan pindah agar berhenti.

Menerusi memorandum itu juga nama Exco Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Mohd Amar Nik Abdullah dicandangkan untuk menggantikan Zulkefli. Cadangan Mohd Amr itu juga dilihat penuh dengan muslihat politik. Mohd Amar ialah biras kepada Zulkefli. Cadangan itu bukan kerana kemampuan Mohd Amar berbanding Zulkefli tetapi lebih kepada untuk melihat akan timbul perbalahan antara Zulkefli dengan Mohd Amar. Ada tektik untuk memecahkan kekompatan Mohd Amar dengan Zulkefli dalam hal ini.

Bagaimana pun Mohd Amr tidak menerima cadangan itu, mungkin beliau sudah dapat membaca apa yang tersirat atau dapat menangkap kilau dalam kilat. Bulu-bulu ditangan politik ghaib sudah dapat dikenal pasti apa tujuan dan motifnya.

Permainan politik orang berkenaan dalam hal ini jelas. Sikap kepuraan-puraan alias munafiknya juga terang dan bukan perkara baru. Katanya di dalam mesyuarat Dewan Harian orang ini beriya-iya menunjukkan dia simpati dan membela Zulkefli di hadapan Tok Guru.

Begitu juga semasa bertemu dengan kelab penyokong kerajaan (BBC), orang ini menafikan yang dia menjadi punca kepada cadangan menyingkirkan Zulkefli dan menjadi penyebab kepada Zulkefli meletakkan jawatan. Beliau katanya kesal kerana apa-apa yang berlaku sering dilemparkan ke atasnya. Anihnya bila ditanya siapa yang bertanggungjawab orang ini enggan menafikannya. Kalau orang ini tidak bersalah sepatutnya dia menjelaskan siapa yang bertanggungjawab.

Sebenarnya orang ini tidak boleh menafikan lagi peranan dan politik lempar batu sembunyi tangan atau politik kucing timbus tahi yang diamalkan selama ini. Ada bukti menunjukkan beliau terlibat. Sebelum ini sudah ramai orang yang terpijak tahi masamnya yang ditinggalkan di tengah jalan! Keadaan hari ini juga menjelaskan yang beliau tidak mustahil akan terlibat menyingkirkan Zulkefli dan diharap diganti dengan orang lain untuk kepentingan peribadinya.
Ada beberapa bukti dan keadaan yang boleh menampakkan orang ini jelas terlibat atau memainkan peranan agar Zulkefli disingkirkan dari KPK.

Pertama memandangkan keadaan hari ini sumber kewangan oang berkenaan ketika ini begitu lemah. Sudah banyak syarikat-syarikat atau NGO yang ditubuh untuk menyokong dan menjadi pancang kepada pengaruh politiknya terpaksa ditutup atau berkubur kerana tidak ada sumber kewangan yang kukuh. Jadi untuk memastikan ini maka orang ini memerlukan sumber kewangan baru bagi membiayai projek politik peribadinya itu.

Apa lagi Pas akan berhadapan dengan muktamar yang melibatkan pemilihan tidak lama lagi. Wang diperlukan untuk bermuktamar bukan saja untuk belanja minyak kereta tetapi membayar bilik-bilik hotel kepada perwakilan dari Sabah dan Sarawak. Engen orang ini katanya sudah beberapa kali berulang alik ke Sabah dan Sarawak.

Bukti kedua orang yang berjumpa Tok Guru memberi taklimat (memburukkan Zulkefli Mamat) ialah kroninya yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah KPK. Dengan kehadiran orang ini jelas apakah motif disebalik memorandum itu dan siapakah yang mengarahkannya.

Ahli lembaga pengarah ini tidak berani berjumpa Tok Guru kalau bukan mendapat jampi dan membawa azimat orang ini yang menjadi taukehnya. Siapalah dia? Hubungan ahli lembaga pengarah dengan orang berkenaan adalah jelas. Ahli lembaga pengarah ini adalah prokasinya dalam perniagaan dan juga bertindak menjadi peguam kepada beberapa syarikat. Beberapa kawasan balak juga diluluskan kepada orang ini.

Barangkali adalah elok kalau Tok Guru menyiasat perkara ini dan menerima pandangan daripada pihak lain juga dan tidak terlalu mempercayai seratus peratus atas apa yang dimaklumkan kepadanya. Sudah banyak kes-kes seperti ini dimana Tok Guru ditipu hidup-hidup, diberi maklumat tidak betul sehingga sesetengah keputusan dan penghukuman Tok Guru tidak adil dan menyebabkan ada yang teraniaya.

Dan keputusan Tok Guru Pas untuk tidak menerima perletakan jawatan oleh Zulkefli Mamat itu dan meminta Zulkefli terus memegang jawatan pengerusi KPP patut dihormati oleh semua. Zulkefli juga hendaknya tidak lekas merajuk kerana dengan rajukan itu akan menguntungkan org lain..

PAS MENANG DPT MERINTAH KLANTAN LEBIH 18TH ADALAH DGN CARA MENIPU!!!

PUTRAKENCANA berkata...

Kita perangi musuh-musuh ini habis-habisan demi kelangsungan kehidupan anak cucu kita nanti.

Kepada pencacai-pencacai bangsa pendatang ini, insaflah sebelum nasi menjadi bubur.

Panglima Perang Cyber berkata...

macam macam berlaku ...

Tq komen sahabat di atas termasuk Gotah dan special sekali kpd Pak Mie sbg penyokong kuat BPN..

kita pasti teruskan usaha ini demi agama bangsa dan negara kita ...

Cari Blog Ini

Translate