Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mac 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini

bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan 

BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon  campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...


DAULAT TUANKU !!!!


Yang benar :

Blogger Pembela Negara



Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara




Tambahan : 


Resolusi 4 / 2009 

Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia

 


1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia

 

 


2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri

 

 


3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.

 

 


4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian


 

 

5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….



Yang benar,


Blogger Pembela Negara



Disedia oleh : 


Panglima Perang Cyber

YDP  BPN 


Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm




( Resolusi 4/2009 ini sudah disiarkan pada tarikh di atas di link ini )

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari http://hikmatun.wordpress.com

Jika sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut , maka besar kemungkinan akan berlaku keadaan yang semakin menghuru-harakan keadaan di Malaysia ini. Kekeliruan akan semakin banyak kerana nanti umat Islam akan keliru dengan penggunaan nama Allah, sedangkan maksud orang-orang Kristian itu adalah Jesus, na’uzubillah.

Kepada penganut-penganut agama Kristian, diharap tidak memandang tulisan ini sebagai cubaan untuk mencari perbalahan. Tetapi sememangnya kita mesti saling faham-memahami antara satu sama lain. Dan cara menyebarkan agama dengan taktik kotor adalah selayaknya tidak rasional (sama macam mubaligh-mubaligh Kristian memberi minum ‘Holy water’ yang boleh menyebabkan gelapnya hati kita - kaedah ini lebih kurang sama dengan ilmu sihir) na’uzubillah. Di dalam Islam tiada paksaan untuk beragama, dan ini telah ditegaskan dalam Al Quran. “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Cuma umat Islam disuruh menyampaikan ajaran Islam. Bertujuan untuk kembali kepada yang hak, dan mengakui bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah. Dan Allah tiada sekutu baginya, tidak beranak dan diperanakkan. Dia adalah Yang Maha Esa, hanya satu-satunya Tuhan yang mencipta segala makhluk.

Dia tidak sama seperti makhluk, seperti manusia yang beranak pinak. Sifat mempunyai anak ini adalah sifat yang lemah. Dan sifat itu tidak layak di berikan kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa dan tiada satu apa pun yang sama denganNya. Tidak seperti yang digambar-gambarkan oleh manusia yang Tuhan berupa seperti manusia dan sebagainya (syaitan sememangnya pandai memberi imaginasi pada manusia agar memikirkan tentang rupa Tuhan). Sebab itu dalam Islam, kita amat dilarang memikirkan tentang bagaimana rupa Tuhan. Hanya di akhirat kelak, Allah akan menunjukkan rupanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan itu adalah sebesar-besar nikmat kurniaanNya, masyaAllah.

Dan semoga orang-orang Kristian faham, bagi umat Islam, Allah adalah satu-satunya pencipta segala sesuatu, dan sekiranya nama Jesus di tukar kepada Allah, itu sudah seperti mahu mempersendakan pegangan umat Islam dan mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang beragama Islam. Nama Allah yang Maha Suci itu tidak boleh disamakan dengan nama-nama makhluk. Jesus (Nabi Isa) hanya lah seorang nabi. Dia adalah seorang makhluk dan selama-lamanya akan menjadi makhluk. Makhluk tidak boleh menjadi pencipta sama dengan kerusi tidak boleh menjadi orang yang membuatnya.

Semoga umat Islam tidak bertindak terburu-buru dengan hal ini, tetapi perlu berwaspada kerana terlalu ramai musuh Islam yang mencemburui agama yang benar dan aman ini. Semoga kita semua mendapat hidayah, mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kasihilah hamba-hambaMu ini. Peliharakanlah kami semua dari kemurkaan Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Rahmaan. Amiin ya robbal ‘aalamiin. Wallahu a’lam.



nota : petikan komen blog saya

Tanpa Nama berkata...

Salam Pang5

Sokongan penuh diberikan kepada resolusi BPN, walaupun sy bukan ahli BPN.

p/s: Minta tolong juga promote blog
http://banihakim.blogspot.com/

untuk maklumat dan gambar poster2 terbaru yang sy ambil di Bukit Gantang. Ada poster menarik (baca:membahayakan akidah) dari PAS di Bukit Gantang.

MyIdea berkata...

Salam..

Pernah difahamkan oleh seorang rakan yang membaca Bible..

ada ayat yang berbunyi..

"Tuhan merajuk dengan Jessus".

Saudara2 mungkin boleh faham jika perkataan Tuhan dalam Bible di tukar kepada 'Allah'. Tentu lain macam bunyi kan?

Contoh

'Allah' merajuk dengan Jesus

Logik ke Allah Yang Maha Esa 'merajuk' kepada hambanya?

Kita tentang sebarang agenda mahu menggunakan 'Allah' dalam kitab lain. Kita jaga kesucian Islam & Al-Quraan.

Wassalam..

Cari Blog Ini

Translate