KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.
Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.
Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.
Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai
aktiviti.
Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.
Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.
3 ulasan:
Bang Panglima,
Kita sama-sama tengok nanti yek samada si penjual ikan ke atau sang pegawai kanan yang mati terkangkang nanti. Ambo cabar demo, kalu orang manek urai tak pilih pegawai demo nanti, demo berhentilah jadi panglima. Pergilah tolong pegawai tu menoreh getak di manek urai untuk selama-lamanya.
Rupa2nya ada orang berpendapat pilihan ramai itu lebih benar daripada Kebenaran. Barangkali kerana itulah maka dalam kerja pemasaran ideologi kepartian Tok Guru pun sampai terlupa hakikat jelas dari hadis dan ayat2 Allah. Mashaallah.
Muga2 dunia ini tidaklah kembali kepada zaman siapa yang lebih bengis dialah yang menjadi raja.
Pak Nik Bekeng - cukuplah komen Che Leh Jangok untuk demo fikir.
Rakyat bebas tentukan pilihan. Kita biarkan pilihan dibuat oleh rakyat.
Tak payah nak susah hati.
Jika pembangunan dan kebaikan pasti BN pilihan mereka.
Jika caci mencaci dan perpecahan pilihan rakyat maka mereka akan sokong Nik Aziz dan pangkah calon PAS.
Catat Ulasan