Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Jun 2009

Edisi Khas : Nik Aziz tuduh UMNO tolak Islam !!


Saya tidak berniat mahu memberi komen apa apa. Cuma barangkali inilah sebabnya betapa begitu menebal keras dan kerak hati orang atasan PAS dan bawahannya terhadap saudara mereka dari UMNO.

Saya faham jika 'guru kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari'.......

Adakah benar UMNO tolak Islam ?

Kecewa saya melihat video di bawah ini dan saya sangat kecewa orang masih anggap Nik Aziz seperti wali atau ulama.


Berikan saya contoh UMNO tolak Islam jika anda tahu !!!!!!

Atau larangan UMNO kepada rakyat yang mahu mengamalkan Islam !!!!

17 ulasan:

AbgTuah berkata...

SALAM SAHABAT KU PANGLIMA..

KESAL DAN SEDIH DENGAN ENDING YG MENGHANCURKAN HARAPAN PERPADUAN..

AbgTuah berkata...

KENAPA PERKARA YG BAIK DI TOLAK OLEH PAS..MALAH DILEMPARKAN FITNAH PULA KEPADA UMNO..

Abahnya Faez berkata...

http://cikgunurionline.wordpress.com/2008/03/05/lagi-bukti-umno-tolak-islam/

http://www.tranungkite.net/lama/b06/anakganu18.htm

http://talkjanz.com/component/content/article/19-politik/91-ini-bukti-umno-tolak-islam.html

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Islam ajar umatnya menipu dan membunuh sesama sendiri...itulah konsep Islam PAS, pimpinan Haji Hadhi

YANG GAMBI berkata...

Munafik, kerja utamanya menipu dan memfitnah........

Puak-puak PAS ini sengaja menipu umat Islam serta memfitnah UMNO menolak Islam, puak munafik ini membuta dan mentulikan umat Islam apa yang telah UMNO perjuangkan untuk Islam di Malaysia.....

Allah bersama-sama kita......

hilbert berkata...

Salam Panglima,

Walaupun saya ini bukan dari kaum Melayu dan bukan beragama Islam, namun saya juga menaruh harapan yang sangat tinggi supaya cadangan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sebagaimana yang dicadangkan oleh Haji Hadi akan menjadi kenyataan.

Harapan dan pendirian saya jelas iaitu, jika Melayu kuat dan terus menerajui Malaysia maka kedudukan kami selaku Bumiputera di Sarawak dan Sabah sentiasa tetap akan terjamin dan utuh. Nasib yang menimpa kaum Melayu di Singapura selalu menjadi ukuran kepada kami.

Biarpun sejak mula lagi saya telah menduga bahawa cadangan beliau itu mungkin akan ditolak secara bersama jika dibawa kedalam mesyuarat Pakatan Pembangkang dan keputusan menolak cadangan itu telahpun dicapai sebulat suara oleh Hadi, Anwar dan LKS serta sudah diketahui hari ini.

Tetapi apa yang sangat-sangat mengecewakan ialah berkenaan dengan kenyataan yang telah dibuat Haji Hadi selepas itu. Bagaimana dia boleh tergamak menuduh semua itu adalah niat jahat UMNO sedangkan sangat jelas dan terang-terang bahawa dia sendirilah yang telah mengilhamkan kerajaan perpaduan itu, tapi kenapa pulak dikatakan UMNO yang mencadangkanya ?

Betul lah Haji Hadi ini manusia jenis yang lidahnya bercabang, macam lidah biawak dan ular. Nik Aziz pun sama saja...langsung tiada jati diri. Mereka ini tidak malu ke menipu diri mereka sendiri ? Langsung mereka ini tidak boleh dipercayakan lagi, pembohongan sudah lumrah dalam hidup mereka.

Bagaimana sekalipun kita meletakkan harapan terhadap segala saranan mereka itu demi kebaikan bersama, namun akhirnya kita akan diperdayakan juga dengan taktik yang paling kotor seperti yang telah dilakukan oleh kedua-dua ULAMA PLASTIK ini.

Panglima Perang Cyber berkata...

Kerajaan Perpaduan jika benar gimik pembangkang, akhirnya akan memakan diri mereka sendiri.

kerana rakyat sukakan perpaduan dan di sini mereka dapat melihat bagaimana keterbukaan UMNO dalam menerima perpaduan cetusan PAS walaupun ia turut dibimbangi oleh komponen BN.

Kemenangan moral untuk BN/UMNO sebenarnya...

Sayang sekali peluang terakhir ini disia-siakan oleh mereka terutama yang bergelar ulama..

Apa tunggu lagi ayuh kita kena korek dan dedahkan satu persatu perangai busuk mereka ini...

Salam perpaduan ditolak maka salam peperangan perlu kita cetuskan hingga ke saat saat PRU 13 akan datang dan selamanya..

kelambuharimau berkata...

PAS sentiasa memesongkan rakyat dengan perjuangan agama.habis UMNo perjuangkan agama ape..jangan gunakan landasan agama untuk kepentingan politik

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

hilbert berkata...

Salam Panglima,

Kalau nik aziz pokok lalang tu menuduh UMNO tolak Islam, apakah sahabat karib dia iaitu Dap, lim kit siang dan karpal singh terima negara Islam dan hukum hudud ala Pas???

nik aziz pokok lalang tu harus ingat, makan boleh sebarang makan, tapi cakap jangan main lepas saja. cerminkan diri orang-orang Pas itu dulu sebelum menyerang UMNO dengan kata-kata yang sepatutnya tidak terpacul dari mulut seorang yang bergelar "ulamak".

Mata Hati Jiwa berkata...

Apabila syaitan telah menguasai diri maka segala tipu daya dan fitnah bukan lagi dosa bagi mereka..

Demi kepentingan diri metreka sanggup untuk menhancurkan perpaduan umat Islam..

Pas rela buat semua itu demi menghancurkan Umno yg seagama dengan mereka..

Ya Allah ya Tuhan ku... Tunjukkanlah kebenaran..Selamatkanlah Agama Mu yang suci dari terus dihancurkan oleh PAS...

Panglima Perang Cyber berkata...

Alhamdulillah !!

komen komen sahabat yang sedar tentang penting perpaduan diwujudkan sangat menyentuh hati saya...

Alhamdulillah!!!

kepada saudara yang menuduh UMNO memperjuangkan bangsa sila teliti data data dan statistik yang telah dibuat selama ini untuk kemajuan dan manfaat semua kaum di Malaysia...

Adakah ada peminggiran kaum?

sila berikan bukti bukti di sini.

Selama ini kekayaan diberikan kepada semua mengikut populasi rakyat..

Yang jelas Melayu yang merangkumi 55% diberikan mengikut kadar tersebut dan yang paling jelas kaum lain yang berjumlah 25% dan 7% diberikan mengikut peratusan populasi mereka.

Bermakna jika Melayu diberi RM55 dan Cina mendapat RM25 manakala India RM7 tidak bermakna ketidakadilan berlaku.

Bahkan yang tidak adil ialah jumlah hasil kekayaan negara ditetapkan 33 % dan dibahagikan kepada 3 bahagian..

Harap semua rakyat Malaysia memahami situasi ini.

Yang lebih penting banyak perkara yang telah diberikan atas dasar kemurahan hati orang melayu selaku tuan asal negara kita kepada Cina dan India.

Jika mereka tidak bersyukur juga, lebih baik mereka meninggalkan negara kita kembali ke tempat asal mereka iaitu di China dan India.

Ini pendapat saya.. harap betulkan jika salah.

Gedung Akal berkata...

Tuan,
Politik perkauman adalah politik gaya lama.
Generasi muda yang cerdik akan menolak sama sekali politik jenis ini. Ini politik nostalgik orang tua yang takut kepada bintang tiga dan Jepun.

Apa pulak politik baru? Sila baca ini: http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html

Politik gaya lama hanya pentingkan kuasa, bersifat perkauman,politik untuk perut dan kemaluan.
Pemipin politik gaya lama tidak pernah rasa berslah kepada bangsa sendiri. Sila baca ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/1.html

Blogger lama mahu pun baharu yang gaya politiknya lama wajib baca yang ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/blogger-selak-kain-blogger-gaya-lama.html

Kah..kah..kah..kah..correct! correct..Melayu memang bangang...correct..correct..mari bagi rasuah kepada Melayu!

Tanpa Nama berkata...

PAS cakap tak serupa bikin.
Resmi lalang mengikut angin.
Pandai bicara tak tahu kota.
Ada hati tapi buta.
Tak kenal mana kaca,mana permata.
Kelak nanti habis putih mata.

Sharps Shooters berkata...

nik aziz sudah expired... dia patut letak jawatan MB ... takde maknenya dia nak jadi MB yang asyik mengarut dan menjilat DAP & PKR

Panglima Perang Cyber berkata...

Ni Aziz nak ke berenti ? Rasanya sampai mati dia tetap nak jadi MB..

Kesian rakyat marhaen tertipu dengan apa dia lakukan selama ini.

sudah 19 tahun PAS memerintah hasil rezeki terpijak melalui kerjasama dengan Semangat 46 dan sejak itu tidak ada apa apa yang boleh dibanggakan di Kelantan.

jebbat berkata...

Wahai Panglima Cyber.

Ketahuilah bahawasanya UMNO adalah pejuang bangsa dan semua penjuang bangsa tidak akan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak kerna Baginda tidak akan mengaku akan umatnya.

Wahai Panglima Cyber.

Manfaat yang di lakukan adalah pemerintah. Bukan Umno, PAS mahupun parti politik yang lain. Ia adalah tanggungjawab pemerintah. Sesiapa yang memerintah haruslah bertindak adil kepada semua bangsa. Bukan berjuang untuk bangsa.

Wahai Panglima Cyber.

Seluruh dunia tahu bahwa UMNO memperjuangkan bangsa. Jangan kita terjerumus ke dalam pejuang bangsa.

Wahai Panglima Cyber.

Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Ingatlah, azab Allah amat pedih. Janganlah hanya mengambil setengah dan meninggalkan setengah yang lain.

Jika ada yang kurang penjesalan bolehlah hubungi ana di jebbat@gmail.com.

Ana alukan.....

Cari Blog Ini

Translate