Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Julai 2009

Edisi Manik Urai : Fitnah terhadap Calon BN dan jawapannya !

Seperti yang telah diketahui ramai calon-calon yang bertanding untuk mewakili pihat BN dan PAS telahpun diumumkan. Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon BN dan tauke ikan tersohor Fauzi Abdullah mewakili PAS. Seperti juga yang telahpun diagak perang saraf terhadap kedua-dua calon ini telahpun bermula dalam dunia maya.

Saya sendiri adalah anak jati Kuala Krai. Semasa meluangkan masa selama 4 hari di Manek Urai dua minggu yang lepas kedua-dua nama ini menjadi sebutan ramai sebagai calon yang paling layak mewakili parti masing-masing untuk bertanding.

Fauzi Abdullah sendiri bagi saya adalah calon pilihan tepat PAS, penjual ikan tersohor yang sememangnya telahpun dikenali ramai. Tiada apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Fauzi kerana jika saya menulis berdasarkan cakap-cakap orang tanpa sebarang bukti nyata, maka itu adalah fitnah belaka.

Begitu juga dengan Tuan Aziz, telahpun ada kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadap beliau seperti yang ditulis dalam laman webSatu Malaysia. Adakah fitnah ini dilemparkan berdasarkan bukti yang nyata. Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.



Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah

Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca.


Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar

Setahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.


Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran

Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.


Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai

Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail.
Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga meminta beberapa cawangan memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian supaya nanti Salihin cukup bilangan pencalonan. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.


Kesimpulan:

Perlembagaan menuntut parti-parti yang bertanding supaya berlawan secara demokrasi. Tetapi tidak pula tertulis bahawa demi demokrasi parti-parti berlawan mestilah menabur fitnah untuk mewujudkan perasaan saling membenci. Tambahan pula teramatlah hina jika fitnah itu dilemparkan oleh pendokong-pendokong parti yang memperjuangkan agama Islam, kerana Islam tidak meminta umatnya saling membenci, tetapi saling menyayangi.

Oleh kerana kedua-kedua calon tersebut adalah pilihan terbaik parti, maka sesiapa yang menang sememangnya akan membawa kebaikan kepada penduduk Manek Urai sendiri. Dengan itu tidak perlulah memfitnah atau menceritakan keaiban sesama manusia, sama ada dari pihak PAS. atau UMNO.

Wassalam.




Artikel ini juga turut dimuat dalam blog PRK Manik Urai BPN yang baru dibina semalam di sini :

1 ulasan:

PAKCIK berkata...

ada orang kata, selagi tok guru nik aziz ada, PAS akan tetap menang.

biarlah calon UMNO/BN itu turun dari langkit sekali pun..tetap tidak dipandang oleh orang kelantan.

saya sendiri pun tidak tahu kenapa..

walau pun tidak berbuat apa-apa, namun sakongan tetap diberika kepada mereka.

semoga suatu hari nanti kebenaran akan terserlah dan mengatasi penipuan yang telah sekian lama menghantui pemikiran rakyat kelantan.

Cari Blog Ini

Translate