KUALA LUMPUR 9 Sept. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur untuk membincangkan usaha mengharmonikan hubungan kedua-dua negara ekoran kontroversi tarian Pendet Bali.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertemuan yang dijadualkan dalam masa terdekat itu akan dimanfaatkan kedua-dua pemimpin terbabit untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Insya-Allah jika tuhan mengizinkan, Presiden Indonesia akan melawat Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.
“Ia memberi peluang kepada Presiden Indonesia dan Perdana Menteri membincangkan usaha menyelesaikan isu tersebut demi menjamin masa depan rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan tiga wakil daripada Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia diketuai Pengerusinya, Tan Sri Try Sutrisno di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.
Hasil pertemuan itu, kata Rais, Kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan beberapa program harmoni sebagai usaha merapatkan hubungan kedua-dua negara.
Beliau berkata, satu daripada program itu adalah mencantumkan media Indonesia dan Malaysia supaya dapat berbincang dan mencari jalan bagaimana mencapai hubungan harmoni.
Seterusnya, kata beliau, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan program pertukaran budaya dan sejarah.
“Kita akan membincangkan lebih lanjut perkara ini dengan Menteri Kebudayaan Indonesia. Saya juga sudah menulis surat kepada Menteri Pelancongan negara itu untuk menyatakan kesediaan kita menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku demi masa depan bersama,” katanya.
Menurut Rais, pihaknya sudah menghantar Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd., Datuk Johan Jaaffar ke Jakarta kira-kira dua minggu lalu untuk mencari pengisian yang sesuai bagi program tersebut.
Semalam kira-kira 50 anggota kumpulan rakyat Indonesia yang menamakan diri sebagai “Benteng Demokrasi Rakyat” (Bendera) bersenjatakan buluh runcing memaksa orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta menunjukkan tanda pengenalan dalam kempen mengusir rakyat Malaysia.
Selain itu beberapa demonstrasi dilakukan di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, dengan yang terbaru penunjuk perasaan melontar telur busuk ke arah bangunan kedutaan minggu lepas selepas Malaysia dituduh ’mencuri’ tarian Pendet Bali semasa mempromosi Malaysia dalam rancangan yang disiarkan saluran Discovery Channel.
Discovery Channel sebelum ini sudah memohon maaf terhadap kesilapan yang dibuat oleh syarikat berpangkalan di Singapura itu. ( sumber : Utusan Malaysia )
Lagi berita :
- Jaminan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia di sini
- Kenyataan PM isu ini di sini
Komen Blogger :
- Che Moq di sini
- Abe Mie di sini
- Kingdom di sini
1 ulasan:
Surat terbuka Kapada Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Menjalin hubungan sehingga hari ini Indonesia naik pijak kepala Malaysia sudah keterluan.
Indonesia tidak sangat ambil berat kesan negatif terhadap maruah dan martabat bangsa Melayu kita.
Kesan ekonomi,martabat, dan kepakaran.
Taada Untung sikit pun kita antar pelajar kita.
Kita balik mesti bayar balik pinjaman PTPTN,dan wang itu sudah lepas di Negara Indon..
Aliran tunai ke Indonesia atas urusan pelajaran tak sangat banyak.
Malaysia sebaliknya harus kaji dan bertindak atas kajian kajian atas kebanjiran warga Indonesia sama yang ade MYKAD MERAH,Pas KERJA sah,kerja tanpa pas ,melangar syarat lawatan saperti kerja segala macam maasalah sosial dan mengaku pelancung (malam malam pergi dangdut di Pudu dan Chowkit).
Yang daftar dengan kedutaan Indon telah mencecah nya 1,800,000 orang.
UMUM tahu melalui media masa, artikel dan berita rencana, masih tiada pemutus dasar bersabit dengan hubungan kita sampai kan di hina segala nya .
Mereka pulak dapat hantaran wang ke luar negara RM15,000,000,000 setahun.
Kesan negatif "social cost" emamng ta imbang dengan pungutan levi.
Tambah merek beranak pinak macam tiada ke habisan.
Pusat kesihatan kerajana dan klinik bidan di banajiri ngan ibu yang menganadung ,dan beranak tak berhenti(24 bulan tahun dapt dua anak).
Itu semua dan lain lain orang melayu tak ambil berat sangat kerana orang melayu murah hati kapada tiap pendatang(tanya Ng Yen Yen) dan Immigresen)
Tetapi Kita harus kaji perkara besar saperti ini kerana melibat kan MARUAH Negara.
Perkara tak berapa besar macam ini kena amabil kira dalam "Balance of Payments" negara dan "BOT antara Msia dan Indonesia.
Kita mesti ambil sikap berani dan to sah lah nak tak imbang.
Tapi tiada siape pemimpin atau menteri ambil pendirian tegas berkenaan kebanjiran warga asing jumlah 3,100,000 orang.
kalu nak guna semua tenaga pekerja kerajaan Malaysia seramai 1,300,000orang pun tak cukup nak awasi 3,100,000 orang.
Kerajaan Malaysia bertindak sekarang,jangan nasi di jadikan kanji.
Banjir katakan.
changkat lobak.
arjuna waspada.
Catat Ulasan