Salam sahabat dan pembaca sekelian.
Maafkan saya kerana baru berkesempatan menulis lagi di blog ini. Keran 'out station' maka saya tidak sempat mengemaskini blog ini seperti biasa.
Hari ini kita telah membaca isu 'Buluh Runcing' dan 'tarian pendet' yang telah mencetuskan kekecohan di Indonesia sehingga mereka telah menggunakan buluh tersebut untuk mengancam rakyat Malaysia..
Ia hanya berpunca dari isu 'tarian pendet' yang berasal dari Bali, Indonesia dan dikatakan dicuri oleh kita. Sedangkan ia sudah diakui tidak pernah dijadikan atau diakui milik kita, tetapi telah menimbulkan kekeliruan dan permusuhan di seberang sana. Ini tidak lain adalah dari permainan media massa mereka yang suka mengutuk negara kita tanpa meneliti tuduhan mereka samada benar atau salah..
Meskipun kesilapan adalah berpunca dari Discovery Channel ( tersilap atau sengaja ? wallahu a'lam ) namun kita perlu lakukan sesuatu sebelum ia menjadi barah yang boleh 'memusnahkan' kita semua.
Kejadian pelajar kita dibaling telur seperti laporan Mstar Online di sini adalah permulaan kepada situasi yang boleh bertukar menjadi runcing ( seruncing buluh runcing ) yang sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat kita yang berada di sana. Jangan lupa mereka juga telah mengumpulkan 360 orang sukarelawan ilmu kebal ( baca : psy war ) untuk menakutkan kita.
Walhal rakyat Indonesia dengan aman dan damai dapat bekerja di sini mencari wang untuk menyara keluarga mereka di sana. Begitu juga rakyat kita sering melancong ke sana yang secara tidak langsung menaikkan ekonomi negara mereka termasuk rakyat Indonesia yang mendapat kesan langsung dari aktiviti pelancongan tersebut. Itu termasuk kiriman wang yang bernilai jutaan ringgi setiap bulan kepada keluarga mereka.
Beberapa buah blog sudah menyentuh isu ini seperti :
1- Yang Gambi ( http://yanggambi.blogspot.com )
2- Pemuda Jasin ( http://pemudaumnojasin.blogspot.com)
3- Buaya Merah ( http://buaya-merah.blogspot.com )
Diharapkan agar lebih ramai blogger dari pro kerajaan atau pembangkang dapat melihat dan mengulas isu ini kerana ia adalah isu nasional yang perlu kita tangani bersama demi keamanan dan kemakmuran berkekalan di negara kita yang tercinta ini.
Saya turut terbaca artikel Faisal Tehrani yang turut 'naik angin' melihat perangai gila segelintir rakyat Indonesia yang tidak pandai menjaga perasaan kita ( seperti mana kita menjaganya ) dan tidak segan silu memalukan kita dengan menggodam laman laman rasmi milik Kerajaan Malaysia kerana marah dengan perkara yang tidak benar dilakukan oleh kita. Klik di sini untuk membaca artikel penuh beliau.
Tujuan tulisan ini disiarkan ialah untuk mengajak sahabat para blogger sekelian agar dapat menerangkan isu ini dan membuat gesaan kepada Pimpinan kita agar dapat memandang serius isu tersebut yang saya fikir digerakkan oleh 'tangan ghaib' yang cuba meniupkan semangat permusuhan antara sesama bangsa Melayu Islam - Malaysia dan Indonesia !!!
Saya selaku YDP Blogger Pembela Negara sangat khuatir situasi ini boleh mengancam hubungan baik antara kedua belah negara yang sangat kukuh dan utuh selama ini dan berharap agar pihak pemimpin-pemimpin kita dapat mendesak Kerajaan Indonesia menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci kepada rakyat mereka serta mengambil tindakan keras kepada mana-mana pihak yang membuat hasutan untuk memudaratkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.
Begitu juga pihak Kementerian Penerangan juga perlu melakukan tindakan lebih berkesan dalam menangani isu yang dipanaskan oleh kumpulan radikal yang tidak mustahil mungkin dibayar oleh agen CIA atau Mossad bagi mewujudkan kemarahan, kerisauan dan keresahan di kalangan rakyat kedua belah negara yang berjiran ini.
Perpaduan memang sangat dibenci oleh musuh Allah samada perpaduan tersebut melibatkan antara negara, agama atau bangsa...
Hanya anak cucu setan sahaja yang nak kita bergaduh dan berebut dan malangnya mereka sekarang sudah 'advance' dengan penampilan yang tampak seperti orang beriman dan bertakwa hingga dapat pula menentukan status syurga dan negara mana mana manusia dari kelompok umat Islam yang membuang undi di Malaysia.
Apa kata kita buat solat besar-besaran agar anak cucu setan dapat menerima perpaduan sesama Islam dan Melayu nanti ??
Tentu Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat komited membina perpaduan akan setuju sangat dengan saranan ini apatah lagi doa di dalam Bulan Ramadhan ini sangat mustajab dan cepat dikabulkan Tuhan Yang Maha Esa.
Mari kita yang ditohmah Islam Plastik, Sesat dan Sekular ( kerana tidak sokong PAS ) membuat solat hajat di tempat masing-masing agar Allah membuka pintu anak cucu setan yang begitu liat nak bina perpaduan agar dibukakan hatinya demi masa depan agama kita di Malaysia pada masa hadapan.
7 ulasan:
saudara boleh melawat blog arezeo.blogspot.com
fakta yang dikeluarkan oleh blogger tersebut semua berasas.
Kau adalah blogger upahan KJ yang paling bodoh pernah aku jumpa!
Kesian kat kau! Tak abis-abis dengan edisi kau ya..
Belajar la jadi blogger yang bijak sikit, buat malu kat KJ je kau ni
tarian pendet bukan asal dari bali tetap asal dari negara india yg membawa hindu ke bali....
tarian pendet tersebut telah di"bali"kan...
satu lagi...discovery channel di Singapore dgn sengaja mencetuskan hubungan dingin diantara indon dgn msia dgn menyatakan tarian pendet ini msia punya, sudah tentu mereka ada agenda besar utk melihat msia dan indon berperang .
x paya la lagi hantar student kat sana.
x paya la terima lagi kemasukan warga indonesia kat sini.
ban kan aje negara indonesia dari dilawati oleh rakyat malaysia
x luak pun sektor pelancongan kalau dorg x datang sini.
sektor pelancongan mereka yang terjejas kalau xde da rakyat malaysia yang pegi sane.
baru menggelabah nak carik duit bayar hutang bank dunia.
Bangsa mereka memang terkenal biadap sejak zaman Hang Tuah lagi.
kerajaan tak patut berlembut dalam isu ni. sedangkan kerajaan indonesia sendiri tidak mengeluarkan permohonan maaf pun kepada kita.
Kalau isu tarian pendet pokemon indon betul tidak pernah melibatkan kerajaan dlm penerbitan dan kerajaan juga tidak pernah mengakui itu tarian kita maka adalah lebih pihak kerajaan menjelaskan kedudukan sebenar kepda kerajaan indon. .
Dan kalau boleh diharap kerajaan malaysia dpt syorkan agar kerjaan indon dpt menjelaskan pendirian malaysia kpd rakyat indon yg bodoh bangang tolol itu. .
Anon : marah nampak.. saya bukan blogger KJ. tq
rakan2, semalam Dr Rais sudah nyatakan Presiden Indon akan datang ke Malaysia bincang isu ini.
maknanya ia masih terkawal....alhamdulillah.
Catat Ulasan