Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2009

Edisi Lengkap : 15 dalil Nik Aziz Tidak Layak Digelar Mursyidul Am PAS dan harus disingkirkan !

Hari ini saya telah berkesempatan menambah beberapa link dan gambar serta video bagi menjelaskan lagi butiran yang saya keluarkan semalam.

Ia bagi membolehkan anda meneliti lebih mendalam dalil yang saya kemukakan di blog ini.. Meskipun ada juga orang menuduh tulisan saya tersebut adalah fitnah kepada Nik Aziz..

Seperti kata para pemimpin PAS sendiri kita boleh mendedahkan keburukan seseorang agar rakyat tidak akan memilih pemimpin tersebut.

Semoga ia memberi manfaat dan dapat disebarkan kepada semua ahli PAS yang beragama Islam dan masih waras akal fikiran.

Moga Allah mengganjari jasa baik saudara/i sekelian...



1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.


2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.


[MASJID.jpg]

4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.

[poster_pru_3_bangang1.jpg]

5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.

7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau ?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.

9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.

[DISCO.jpg]

11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.



12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.



13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.

Link : http://www.malaysiakini.com dan komennya Nabi turut amalkan kroni di sini http://www.pemudaumno.org.my/

14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain ?

15 dalil di atas adalah hasil berbagai sumber yang saya perolehi dari berbagai bentuk seperti blog, cakap dengar, email dan sebagainya. Jika ada pembetulan fakta, atau penambahan boleh ditambah dalam ruang komen di blog saya ini.

Harapan saya hanya satu, Mursyidul Am PAS ini yang begitu bencikan perpaduan Islamdibina antara PAS dan UMNO perlu dibuang dan disingkirkan dari terus merosakkan Islam dan menghalang kepada perpaduan ummah yang sememangnya sudah teruk berpecah ekorang penyelewengan fakta agama untuk dunia ( kuasa politik)

Saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam menyusun fakta di atas dan tindakan ini sekadar ingin menyedarkan ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan gelaran ‘Mursyidul Am’ atau ‘Tok Guru’ yang ditampal pada nama dan juga peribadi beliau.

Wallahu A’lam.





gambar disalin dari blog http://pakmie.blogspot.com



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Perpaduan: Perangkap Anwar Jatuhkan Hadi?

Oleh Maharaja Zhou

Isu kerajaan perpaduan adalah isu yang menjadi punca kemurkaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kerat pimpinan PAS. Mereka yang beberapa kerat ini dituduh sebagai pelemah kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada larinya undi bukan Islam kembali kepada BN. Mursyidul AM PAS itu sudah diketahui sangat alergik dengan perkataan UMNO, maka sebarang usaha untuk berunding, jauh sekali bekerjasama merupakan pantang no. 1 Tuan Guru PAS tersebut.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa dalang terbesar kepada perundingan Unity Government UMNO-PAS ini adalah Dato’ Rameli Musa. Menurut Perisik Rakyat, Rameli Musa, Pengarah Sapura adalah Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno [1]. Selain itu, Datuk Rameli Musa adalah Executive Vice Chairman kepada Ingress Corporation Bhd [2].

Harus diingat bahawa apabila isu UG ini dibangkitkan dan Rameli Musa dituduh sebagai dalang, Anwar bingkas membela kroninya itu atas dasar mengetahui “hati budi”nya [3]. Maka, apakah maksud Anwar tersebut?

Namun, konspirasi ini tidak tamat sekadar Anwar dan Rameli Musa. Salah seorang pemain di belakang rundingan ini adalah Dr Wahab Ismail. Dr Wahab Ismail pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat [4] dan sekarang ini merupakan ahli jawatankuasa tambahan kepada Badan Perhubungan PAS Pahang [5].Dr Wahab Ismail merupakan Penasihat dan juga pemegang saham terbesar melalui Ramdawi Sdn Bhd kepada Kumpulan Ingress [6]. Dr Wahab Ismail disenaraikan sebagai dalang kepada rundingan ini oleh Tulang Besi, salah seorang bloggers Erdogan/IRC.

Tulang Besi said...

Dr wahab pro UMNO tu ada bukti ke?Puad zarkashi tu pulak JIM, ada bukti ke?.
Ada. Bukan Ingress di belakang perundingan sulit PAS – UMNO. Orang bodoh je tak tau benda ni. HAHAHAHAHAHA

mahacu berkata...

Dr Wahab Ismail dikenali sebagai seorang yang pernah terlibat dalam perkaderan islamic Representative Council di UK dan merupakan perintis kepada kemasukan golongan IRC ataupun JIM ke dalam PAS. Sebenarnya, teras kepada group Erdogan adalah mereka yang pernah mengikut tarbiyyah IRC/Alami (Mesir).

Hubungan antara Dr Wahab dan golongan-golongan IRC di dalam PAS tidak boleh disangkal, dan begitu juga dengan hubungan Anwar dengan Rameli Musa. Oleh itu, adakah Kerajaan Perpaduan ini adalah mainan Anwar-Rameli Musa-Wahab Ismail-Erdogan PAS dalam menjatuhkan Haji Hadi?

Jika ini benar, maka sebenarnya perancangan ini telah dilakukan dengan sangat teliti untuk menjatuhkan kumpulan Haji Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan tempiasnya terkena juga kepada Hassan Ali yang pernah memecat Saari Sungip iaitu bekas YDP JIM dan juga Amir IRC di UK dari jawatankuasa PAS Selangor. Dan malang sekali, Mursyidul Am Pas termakan dengan tipu daya puak-puak Erdogan yang sangat licik ini.

Maka, tepat sekali kata-kata Anwar dalam blognya, bahawa Anwar sangat mengetahui hati budi Rameli Musa dalam isu kerajaan perpaduan.

Sekarang yang makan getah adalah group Haji Hadi kerana memakan umpan yang dipasang. Jikalau konspirasi ini berjaya, Group Erdogan telah akan berjaya menendang keluar golongan Haji hadi dan menguasai PAS atas isu rekaan Anwar-Erdogan sendiri iaitu isu Kerajaan Perpaduan.

Jika konspirasi ini berhasil, maka berjayalah puak-puak JIM/IRC ini menguasai PAS setelah mereka berusaha berulang kali menguasai parti Islam itu sejak dari tahun 1987 sehinggalah pemilihan PAS yang lalu.

Maharaja Zhou


[1] http://perisik-rakyat.com/2008/07/siapa-bapa-saiful.html

[2]http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c482569dc002d6c71/$FILE/Ingress-CorpInfo-Summary.pdf

[3]http://anwaribrahimblog.com/2008/08/13/tolak-tohmahan-terhadap-dato-ramli-musa/

[4] http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg03381.html

[5]http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2346&Itemid=92

[6] http://ingress.listedcompany.com/?page=/news.html/id/16317/print/1

[7] http://www.malaysiawaves.com/2009/10/menjelaskan-beberapa-fitnah-ke-atas.html

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tn Panglima,

Tulisan yg saya postkan penting kerana sebenarnya isu Kerajaan Perpaduan ini adalah usaha Anwar bg menjatuhkan Haji Hadi.

Pemain utama kepada Kerajaan Perpaduan ini adalah dr puak Erdogan sendiri iaitu Dr Wahab Ismail.

Begitu liciknya mereka,di satu pihak mereka kirimkan agen supaya nampak pro mereka, dan di satu pihak lagi nampaknya menghentam pihak Haji Hadi. Seperti permainan polis jahat dan polis baik nampaknya.

Tujuan kita adalah utk mendedahkan kpd PAS bahawa Anwar Ibrahim dan kumpulan Erdogan sgt licik dan sanggup bermain kotor dan bermain fitnah.

Dengan ini,Insha Allah dgn kesedaran yg dtg brgkali perpaduan sebenar boleh dijalinkan.

Harapan saya,tn panglima dpt sebarkan di kalangan sahabat BPN,supaya sampai ke pengtahuan bloggers PAS yg ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

mu jgn dok hino ore la...
cermin diri tu...

Panglima Perang Cyber berkata...

Maharaja Zhou - tq atas komen anda... saya akan cari waktu sesuai untuk menerbitkannya.

atau ia diedar utk geng bpn sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Salam...maaf kn sy ingin mencelah sdikit mengenai "Edisi Lengkap : 15 dalil Nik Aziz Tidak Layak Digelar Mursyidul Am PAS dan harus disingkirkan !",

pd pndgn sy trhdp pnulisn tuan/puan ini SANGAT LEMAH, ini krana ke semua edisi lengkap trsbut x mmpunyai bukti yg jelas hanya sekadar ayat2 karangan yang berani tetapi tiada isinya, spertinya kurang kajian dan pembacaan..

hal patung budha besar yg d banding kn pemimpin umno dgn nik aziz itu jga tdak msuk akal...tidakah penulis sedar akan wujudnya patung Hindu di dpn batu caves yg brdri tegak setinggi2nye...patung tu di bina pd zmn pemerintahan Dr.M kite(UMNO)..

harap slps ini penulis lbh brhemah dlm penulisan anda n pastikan anda lebih kajian sebelum menghukum seseorang hamba ALLAH s.w.t

syaz90 berkata...

btol patung kt batu cave tu, tp disini kita boleh lihat, berapa banyak masjid yg didirikan oleh pas? brapa banyak univrsiti islam yang didirikan oleh pas? saya rase krajaan BN lagi banyak memperjuangkan islam daripada pas yg sering mempecah belahkan umat islam. anda boleh menilainya

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu kita menilai keburukn org lain...mengaibkan saudara seislam itu berdosa..biarlah ALLAH menilainya jgn sampai kita memakai kain tertutp rapi dihadapan tp terbuka dibelkg kerana nak mengaibkn org lain...islam itu haq takkan terbina dgn politik malaysia...pas ada kelemahan malah umno lg byk kelemahan...cm biar pdg mahsyar menjadi saksi...
sebgai manusia kita msti sntiasa mendoakn saudara2 kita dlm pas yg terleka disedarkan dan diberi hidayah serta doakn saudara2 kita dlm umno yg terlalu dunia pecah amanah rasuah dan pelbgai diberi taufik dan hidayahnya serta dibalas segala penyelewengan yg berlaku.......amin

Tanpa Nama berkata...

saudara, kalu nak kutuk TG n.Aziz pun, biarlah presiden BN boleh jd contoh dulu.. ni telibat dgn mcm2 skandal yg diketahui ramai..
cuba cek balik skandal khalwat dgn seorang artis di n.9..skandal pembunuhan altantuya..skandal konspirasi sayfool..benda jelas lg tersuluh..bukan seantero m'sia jah tau, seantero dunia..
tu tak tgk lagi, skandal ahli Umno hok lain..mnum arak la, meraba la.. mcm2 lg yg tak pelu di sebut..demo pun tau sgt.. nak petahan kan apa dgn BN...abih licin hrta negara tergadai..

Dot berkata...

tanpa nama rabu 24 mac,

mengapa masih nak fitnahkan ds najib dgn kes altantuya? bukankah rpk dah mengaku dia diarahkan nwar aljub utk teruskan fitnah tersebut hasil dari hearsay seorang tentera tu? bukankah anda semua berpegang teguh dgn surat sumpah rpk dulu? tak bacaka rpk kata dlm surat tu dia dapat berita ni dari seorang tu, bukan dia sendiri siasat @ pergi ke tempat kejadian. kini rpk kata dia sendiripun sangsi dgn dakwaan isteri pm naik bukit tengah hutan tgh2 mlm sorang diri begitu, anda tak percaya atau sengaja buat2 pekak & buta fakta?

lagipun ds najib dah bersumpah dgn nama Allah SWT & satiu malaysia bahkan satu dunia boleh tengok sumpah muhabalah PM tu. takkan sebagai orang Islam kita nak sangsi & main2 dgn sumpah dgn nama Allah ni? berhentilah merekacipta fitnah begini sedangkan tidak ada bukti langsung!

saiful pula bukan pembancuh kopi ds najib tapi pekerja nwar sendiri. takkan bila nwar tahu dia orang ds najib tapi masih lagi nak ambik saiful jadi pembantu jugak? biar lojik la sikit! saiful ni rahimi yg kenalkan pd nwar. so tanyalah rahimi sendiri. mengapa masih nak kaitkan dgn ds najib?

awak pun kalau tahu si anu si ani tu bini awak, bukan bini orang lain pun, takkan awak tak nak mengaku bini awak pulak?

senang cerita, minta ketua umum kamu bersumpah dgn nama Allah SWT dlm mana2 masjid yg dia tidak pernah melakukan sebarang salahlaku atau tunjukkan jam omeganya dulu...barulah semua orang boleh percaya, bukan pencacai pkr sj yg akan percaya... ada berani?

atau suruh nwar mengadap Allah depan Ka'abah di mekah mintak Allh SWT tunjukkan kebenaran. mcm Tun pergi dulu lepas Tun pecat nwar. Masyaallah, dapat plak Tun masuk dlm Ka'abah. Allahuakabar!

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum...

..lepas semua ulasan yang dibuat oleh saudara..ternyata saudara tidak pernah datang ke kelantan...semua bukti yang saudara ambil kebanyakan dari blog2...Jadi saya ada soalan?..adakah dengan UMNO memerintah kelantan..maka Islam akan terjamin?...macammana PM yang merupakan pemimpin negara tapi masih x boleh mendidik isterinya bertudung...macammana saudara boleh bagi jawapan jika dasar UMNO itu sendiri dapat menjamin dasar rakyat kelantan?..adakah pernah PM kita menjadi Imam solat,khutbah jumaat?..sedangkan dalam Islam pemimpin merupakan ketua agama?...macammane saudara boleh katakan tuan guru nik aziz x layak jadi mursyidul am PAS..sedangkan rakyat kelantan yang dikatakan menentang tok guru..menyokongnya..?


...jika boleh saudara jelaskan semua ini dengan terperinci..mungkin dapat menjadi panduan kepada kita semua..^_^

'sesungguhnya kita merupakan manusia biasa..tidak terlepas dosa2"....

Tanpa Nama berkata...

cmane plk yg ni? takkan tok guru sebenar ni nawok jugok? http://www.youtube.com/watch?v=98SJKC6oghQ&feature=related

Cari Blog Ini

Translate