Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Oktober 2009

Edisi Pagi : Email kepada Rakan-Rakan Siber


Pagi ini saya terfikir untuk membuat email hantar kepada email-email yang ada dalam Yahoogroupsyang saya sertai atau 'dipaksa masuk' seperti Yahoogroups Perisik Rakyat. Memang saya tak pernah subscribe atau daftar pun.

Mula-mula memang menyemak email email yang beribu-ribu memenuhi inbox saya. Tetapi saya fikirkan positif dan berpendapat alamat yang ada di sana boleh diguna untuk menjadi rakan baru blog saya.

Kerana komen mereka samada positif atau negatif adalah penting di dalam membentuk pemikiran yang boleh menjadi aspirasi nasional bagi matlamat perpaduan antara kaum,bangsa dan agama seperti lagu yang berkumandangkan ketika ini di TV8 tentang mesej untuk membentuk rakyat Malaysia bawah gagasan 1Malaysia.

Maka mesej di bawah ini saya sudah mula menghantar email perkenalan dan akan terus dihantar lagi kepada semua email email yang ada.

Memang mudah sekarang ini kerana 'rezeki' datang bergolek depan mata.

Cuma saya khuatir adakah selepas ini saya akan dibuang dari yahoogroups mereka?

Wallahu A'lam


Nota: saya baru sedar ada masalah komen di blog saya. Mungkin kerana serangan penggodam ( hacker)? Namun ia sudah ok dan terima kasih kepada Hilbert Montrel atas posting khas beliau berkenaan masalah tersebut.

Patutlah dua tiga hari ini komen blog saya kosong tidak sepeti biasa.


Ini email saya:

Saya ada menulis sedikit pandangan tentang isu-isu negara kita di blog saya. Bukan apa, cuma berharap kita dapat berbincang dengan berhemah dengan saudara dapat memberi respon kepada pandangan peribadi saya di sana.

Ini demi memenuhi konsep musyawarah yang menjadi sunnah Nabi bersama sahabat mencari penyelesaian sebarang konflik antara umat baginda untuk kebaikan agama dan negara yang kita cinta.

Sepatah pandangan saudara mungkin dibaca oleh pemimpin kita dan ia mungkin sangat berharga bak permata. Kan 'mencintainya negara sebahagian dari iman?'

Saya berjanji komen berbudi bahasa tuan/puan akan dilulus tapisannya.

Harap sudi-sudilah berkunjung ke blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

'Bersatu teguh, bercerai roboh'

Salam hormat.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


Nota: di sana juga ada link2 blog yang jauh lebih hebat dari saya samada geng BPN atau bukan. Anda boleh berikan komen anda walau tidak menjadi seorang 'blogger'


TERIMA KASIH!

3 ulasan:

hilbert berkata...

Salam Panglima,

sebelumnya saya ingin sampaikan ucapan syabas kepada Panglima apabila semalam saya membeli akhbar Utusan Malaysia maka saya belek bahagian ruang suara blog..saya lihat tulisan Panglima telah mendapat tempat disitu. Tahniah buat teman hehehe..

Mengenai posting saya semalam mengenai kesulitan untuk meninggalkan komen di blog Panglima saya telah padamkan setelah satu hari diterbitkan kerana saya bimbang ada yang tidak faham mengenai tulisan saya itu.

Mengenai kemelut dalam PAS sekarang ini bro, saya fikir masalah mereka itu akan berpanjangan dan yang pastinya PAS akan berpecah selagi Nik Aziz terus dengan sikap kepala batu dia tu.

Dan juga jika PAS masih mahu bertahan mereka boleh pecat saja Nik Aziz..ganti dengan pemimpin yang bersikap jauh lebih terbuka. Eh bro, tapi jawatan Mursyidul Am PAS itu jika dalam parti lainnya lebih kurang seperti Setiausaha Agung Parti ke ?

AbgTuah berkata...

SALAM..

USAHA YG BAIK DAN BERTERUSAN TANPA MENGENAL PENAH JERIH DARI PANGLIMA..

KAMI AKAN TERUS BERIKAN SOKONGAN YG PADU..

mahasiswa berkata...

mohon rakan2 BPN utk membantu2 adek2 yg tgh berusaha dan berjuang utk pertahankan ukm dari pembangkang..

Cari Blog Ini

Translate