Senarai lengkap ( copy dari blog Waadat ) di bawah :
- Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
- Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
- Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
- Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
- Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Apa komen Anwar Ibrahim pasal BTN ini ? Sedangkan BTN tidak wujud selepas Anwar dipecat oleh Tun Mahathir tahun 1998 bahkan lebih awal dari itu.
Bagi saya jika benar BTN tidak memberi sumbangan bermakna kepada negara tentu sudah lama ia diharamkan dari terus beroperasi tetapi tidak.
Desakan 'budak-budak' muda dalam PKR yang baru menjadi YB ini adalah satu taktik menutup kelemahan mereka yang makin terbongkar.
Dulu mereka desak boikot Utusan Malaysia dan TV3 dan sekarang mereka mula mengikut 'gendang perang' Panglima Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim.
Mula-mula mereka mengkritik Perdana Menteri dan sekarang mereka cuba mengaitkan agensi di bawah Perdana Menteri dengan harapan untuk memberitahu rakyat bahawa PM kita membiarkan agensinya bersikap perkauman.
Taktik lapuk ini saya tidak sangka diguna lagi dalam dunia politik moden.
Sedangkan mereka yang mendesak tidak mengetahui bahawa program yang dijalankan adalah untuk membina dan membela negara kita dari dikhianati oleh rakyatnya sendiri.
Dengan semangat patriotisma yang tinggi maka integriti rakyat akan subur dan mampu menghalang dari sebarang penyelewengan dan pecah amanah.
Bayangkan jika Malaysia dijual oleh rakyatnya ????? Tentu tidak guna lagi kita menangis air mata darah kerana kita akan menjadi boneka kepada kuasa besar dunia !
Masa itu Cina India termasuk Melayu akan dapat melihat satu persatu khazanah negara beratus bilion akan dirompak oleh 'tangan-tangan kotor' yang sanggup menjadi proksi barat untuk merosakkan negara kita dari dalam.
Cuba lihat beberapa link yang mengakui keberkesanan kursus BTN untuk kita menilai dengan adil program yang dianjurkan selama ini.
Jadi adakah benar program BTN ini membazirkan wang rakyat ? Lihat luahan hati bekas peserta BTN ( rakyat Malaysia ) yang mengabadikan pengalaman indahnya menjalani kursus BTN di sini http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html. Beliau sangat gembira dan mengakui hasil kursus telah memberi manfaat kepada dirinya.
Yang saya nampak pembangkang tidak mahu rakyat Malaysia menjadi rakyat patriotik. Mereka mungkin mahu rakyat Malaysia jadi liberal dan rapat dengan Amerika jenis macam gambar di bawah ini.
Fikirkanlah !
Keterangan lanjut gambar diatas sila klik sini http://images.google.com
3 ulasan:
Salam Panglima,
1. Secara peribadi jika kita sedar taktik Amerika/Yahudi adalah mempengaruhi kita agar mengikut telunjuk dan kehendak mereka sedangkan dalam pada masa yang sama kebajikan kita sedikit pun tidak ada berada di dalam perancangan mereka.
2. Tetapi, harus kita sedar bahawa mereka amat patriotik dan sanggup membela setiap batang tubuh rakyat mereka dengan apa jua cara samada betul mahupun yang salah.
3. Cuma kita sahaja terkinja-kinja memuja mereka dek kerana gula-gula yang diberikan oleh Amerika/Yahudi ini - hanyut dan leka....
Panglima, ...Salam Aidil Adha dan selamat Menyambut Hari Raya Korban 9 Zulhijjah 1430.
...kepada rakan-rakan Islam yang kawasan mereka dilanda banjir diharap mereka semua sabar dan tabah selalu...
khairul - anda betul... kita telah diingatkan Allah bahawa yahudi dan nasrani tidak akan reda dengan pengamalan Islam sehingga kita mengikut cara hidup mereka.
Hilbert - terima kasih atas ucapan selamat anda...
Catat Ulasan