PENDEDAHAN PANAS DARI IPOH MENGENAI MALAYSIAN MALAYSIA
Malam tadi bertempat di Bangunan Umno Perak, Pemuda Barisan Nasional Perak yang terdiri dari MIC, MCA dan Umno telah mengadakan sidang akhbar tentang sikap rasis Dap yang hanya berselindung disebalik Malaysian Malaysia.
En Ahmad Aki atau lebih dikenali sebagai Ramli Wong (Pengerusi Desa & Bandar DAP Negeri Perak merangkap Naib Pengerusi Gerak Negeri Perak ) 65 Tahun dari Taman Perpaduan Ipoh mendedahkan bahawa perjuangan Dap hanyalah palsu belaka.
Beliau telah menjadi ahli Dap sejak awal penubuhannya pada tahun 1968 semasa berusia 24 tahun dengan mengisi borang keahlian berserta yuran seringgit sahaja.
Tujuannya ialah satu, untuk menjadi parti pembangkang dan beliau ditugaskan untuk menambahkan jumlah ahli Dap dari kaum Melayu. Beliau juga mengakui telah banyak membawa masuk orang Malayu Ipoh untuk menjadi ahli Dap. Beliau juga pernah dijanjikan jawatan Menteri Besar Melayu Pertama jika Dap berjaya memerintah Perak.
Beliau kesal dan berdosa kepada bangsa dan tanahair kerana telah mengkhianati perjuangan Melayu sebenarnya sebagai mana yang dilaksanakan oleh Umno , Perikatan dan Barisan Nasional.
Beliau keluar dari Dap kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Dap Perak di bawah Dato Ngeh Koh Ham. Menurut beliau Ngeh lebih bersikap diktator dalam pentadbiiran dan pengurusan parti. Begitu juga dengan agihan kerusi dalam PRU. Ngeh mengutamakan kaum Cina daripada kaum-kaum lain. Calon dan kroni yang setia kepadanya diberikan kerusi Dun dan Parlimen.
Mereka memonopoli sesama kroni dan tidak secara adil. Ahli Melayu dan kaum-kaum lain tidak diberikan satu pun kerusi sedangkan ia banyakm jika dicalonkan Melayu diletakkan dikawasan yang sukar untuk menang. Calon Cina untuk kawasan yang ramai Cina. Ia tidak seperti BN yang meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu tetapi dalam Dap ia tidak terjadi begitu.
"Apa salahnya meletakkan calon Melayu di kawasan Cina?" Soal beliau lagi.
Beliau juga mengakui bahawa PAP adalah berada dibelakang Dap sejak awal penubuhan lagi dan beliau bersama pemimpin-peminpin Dap Perak pernah beberapa kali mangadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka tetapi beliau tak banyak memahami kerana perbincangan menggunakan bahasa Cina.
Bila ditanya bagaimana Dap ditubuhkan di Perak? Beliau memaklumkan ia ditubuhkan bukan di bandaraya Ipoh sebaliknya di tubuhkan dalam satu perjumpaan di kawasan Ayer Tawar Perak.
Dap membesarkan isu Malaysian Malaysia tetapi hakikatnya ia adalah kepalsuan semata-mata. EN Ahmed Aki yang menjadi ahli Dap sejak awal tidak dibela sepenuhnya. Kehidupannya juga susah. Dap tidak pernah membalas budinya. Dia ditinggalkan begitu sahaja bila tenaga dan kudrat telah dimamah usia. Dap tidak pernah menjenguk dan memberi bantuan.
Kesusahan dan kedaifan beliau telah mendapat perhatian oleh Pusat Khidmat dan Aduan BN Pemuda BN Perak- En Ravi Chandran. Setelah menyiasat melalui temubual ,terbongkarlah bahawa beliau adalah bekas ahli Dap yang diabaikan.
Rumusan yang dibuat oleh barisan Pemuda Barisan Nasional ialah Dap mempunyai sikap rasis yang amat kuat terhadap kaum Cina dan sikap Dap berbaik-baik dengan Pas adalah palsu belaka. Pas yang majoritynya Melayu Islam sebenarnya dibenci oleh Dap. Dap hanya bermain wayang dan bermuka-muka bila berdepan dengan Pas dan Pkr.
sumber : http://taipingmali.blogspot.com
5 ulasan:
ha, dah tau dah sapa yg benar2 racist sekarang? LGE dan papa dia memang terbukti racist ha ha ha...
Salam
Alahamdullilah ada juga ahli DAP yang sudi memberitahu perkata sebenar sikap DAP
Adalah diharapkan juga agar Tuan Guru Nik Aziz bersama kuncu-kuncunya sedar akan permainan politik DAP yang beritu kuat sifat perkauman.
Jika Nik Aziz masih lagi tidak sedar jelas Nik turut menjual bangsa Melayu dan Agama Islam yang selama ini secara jelas DAP menolak Agama Islam.
terima kasih kerana memanjangkan isu ini.
DAP sebenarnya parti kaum Cina..sama macam sekutu UMNO Baru iaitu MCA dan Gerakan.. PAS dah lama tahu..PKR pun tahu..orang melayu dan Islam jangan bimbang..DAP pun tahu dan sedar setakat mana je mereka boleh pergi...mereka pun baca Perlembagaan Persekutuan...Gerakan dan MCA je belum baca..nasib baik PERKASA bagi kat dorg buku tu satu sorang...
tak dapat sesuatau merajuk.agenda tuihh perjuang konon.
Catat Ulasan