Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Januari 2010

Edisi Kelantan : Mari Tengok Gambar Iklan Politik PAS Tuntut Royalti Minyak Di Tepi Jalan




Kerajaan Kelantan semakin terdesak bab royalti minyak. Mereka giat pasang Bilboard dan banner di merata tempat. Menurut info sahabat saya banner ini telah dipasang di seluruh Parlimen di Kelantan.

Bab duit memang tiada siapa yang menolak. Apatah lagi bernilai ribu juta ringgit.. Kelantan mahu urus sendiri duit royalti yang akan diberi oleh Kerajaan Pusat walaupun semua tahu ia tidak akan dapat dipenuhi kerana ia dinamakan wang Ehsan...

Bagi saya bab Bazar Tok Guru pun mereka dah gagal. Apatah lagi nak uruskan duit sebanyak RM 1 billion ! Jangan lupa baca bagaimana Kelantan kerugian berpuluh juta ringgit demi menyelamatkan maruah Nik Aziz akibat 'silap' yang dibuat oleh menantu beliau.

Saya secara peribadi tidak setuju jika Kelantan dibenarkan mengurus sendiri duit tersebut kerana bimbang ia akan menyebabkan lebih banyak kerugian berlaku seperti yang terjadi pada Bazar Tok Guru yang menyebabkan Kerajaan Negeri kerugian RM 50 juta ringgit ( berita di sini )


Dalam hal ini mereka cuba heret Ku Li untuk turut sama menuntut hak royalti minyak dalam kempen mereka. Dijangka 28 Jan depan majlis GEGAR akan dibuat di Stadium Negeri seperti laporan Harakahdaily di sini http://harakahdaily.net/v2/



Apa tujuan mereka sebenarnya ? Bukan duit tidak akan diberi kepada rakyat. Bahkan sudah jelas diberitahu dalam media massa dan eletronik bahawa peruntukan itu akan disalur melalui JPP untuk projek kesejahteraan rakyat Kelantan. Tanpa melalui Kerajaan Kelantan. Maknanya rakyat tetap didahulukan dalam soal ini. Cuma pemimpin PAS Kelantan sahaja yang akan dipinggirkan...

Begitu juga Kerajaan Pusat telah mempelawa Kelantan untuk sertai jawatankuasa yang bakal ditubuh untuk menilai pengaliran wang royalti, namun dengan angkuh mereka menolaknya. Jelas mereka ada agenda tersendiri dalam hal ini.



Sedangkan ia satu pelawaan yang baik untuk membuktikan Pusat tidak akan menyeleweng wang rakyat Kelantan seperti difitnahkan oleh mereka sebelum ini.

Penjelasa demi penjelasan pun mereka tidak akan terima oleh mereka yang sudah kehabisan isu untuk memenangi hati rakyat.


Sekurang-kurangnya isu minyak ini mungkin diharap dapat membius 'minda' rakyat Kelantan agar tidak sedar dan lupa isu anak dan menantu Nik Aziz yang menjawat jawatan dalam syarikat di bawah tadbir Kerajaan Negeri. Serta isu tajaan Umrah bernilai RM 65 k.

Melayu dikatakan mudah lupa tetapi hanya yang dah nyanyuk sahaja yang boleh lupa.

Melayu yang kuat imannya dan jernih mindanya tetap ingat satu persatu tindakan beliau yang telah mencemar maruah agama, bangsa dan negara kita...


Apa pandangan anda ?


11 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Fuh.. kali ini siapa pula dapat tender pasang billboard tepi jalan kat Kelantan tu??? Mesti dah jadi juwatan hasil buat billboard dan papan iklan tu ye....

Lepas ini kita boleh namakan Kelantan Darul Billboard, kalau tak pun Kelantan Darul Royalti.... itu saja tahap pemikiran pemimpin hamPAS Kelantan??? Kesian sungguh......

aliffnajmi berkata...

Salam.
Contoh pengiraan mudah:

1)Kerajaan pusat bagi Wang Ehsan RM100 pada Jusoh, seorang rakyat kelantan.

2)Kerajaan pusat bagi Royalty RM100 pada N.Ajis dan N.Ajis bagi pula RM100 tu pada Jusoh.

Nampak mcm takder beza. Si Jusoh tetap masyuk RM100 dlm poketnya.
Rakyat Kelantan tetap dpt faedah.

Jadi knp Kerajaan Pas Kelantan beriaya sgt nakkan duit tu?
Knp sampai sanggup berdoa minta dijatuhkan bala pada sipemberi?
Klu benar2 ikhlas sayangkan rakyat kelantan, knp begitu angkuh menolak Tawaran Anggotai Panel Royalti Minyak?

Bukan menuduh.. tp memang nampak Kerajaan Pas Kelantan ada agenda tersembunyi. Tak cukup lagi 'KESILAPAN MASYUK' RM50j tu kot.
Kesian rakyat Kelantan.

eXception berkata...

Pandangan aku, PAS xde duit... So dia perlu songlap duit royalti minyak tu skit-2... Diorang tak mahu BN bg terus kat rakyat, tetapi bagi terus kat PAS... Pastu bila rakyat dpt sikit, diorg akan kata kerajaan bg sikit... Padahal separuh diorang dah kaut...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

eXception berkata...

aliffnajmi, sbnrnya pandangan nko silap. Hati manusia ni kita tak duga. jika diluar nampak mcm warak, tp dalam hati boleh kita duga? Katakanlah kerajaan bg RM100 pada kerajaan Kelantan, belum tentu RM100 akan diserah kepada si Jusoh, mungkin si Jusoh cuma dapat RM50, paling teruk dapat RM10...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni semua puak puak pemimpin kelantan tidur malam tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berak pun taik keluar sejemput dek kerana mengigau jutaan ringgit otak siap kumpul plan atau projek projek ala ali baba ada pulak dok siap pasang mata kalau kalau ada yang sudi jadi nombor 2 atau 3.

Bagi salah tangan, hancur, 800 juta buat bayar saman kpd syarikat spore, 50 juta cover balik rugi bazar tok guru, lantik lawyer pun siap pakat pakat ambik komisen...ahahahah habis lingkup rakyat kelantan, air tetap keruh kuning, peparitan mcm biasa tak selenggara banjir belaka, kebersihan jalanan, pasar, longkang..jgn harap aaa.

hanizam berkata...

aku sokong pendapat anon, 1.18PM

tu je duit nak cover balik segala kerugian yang sendiri buat...sebab tu nak dok terkinja-kinja nak duit tu...

aku sokong, kalau federal bagi terus untuk diuruskan...sampai gak untuk pembangunan rakyat kelantan...

Tanpa Nama berkata...

salam , segala yg berkaitan dgn nik aziz tak berkat....dahlah wahabi,takabur,meme bengong pas

Tanpa Nama berkata...

salam , segala yg berkaitan dgn nik aziz tak berkat....dahlah wahabi,takabur,meme bengong pas

Tanpa Nama berkata...

kenapa di namakan wang ehsan x di namakan wang royalti?? paahal itu kan hak kelantan... TG berkeras untuk daptkan wang tersebut bukan untuk nya tpi untuk rakyat klantan.. kalau betul ler TG nak soklap duit kerajaan da lmer TG buat..tpi tgok ler khidupan TG camner..sederhana..duk umah bese jer..da lmer TG tadbir klantan.. TG thu mner yg tbaik tuk rkyat klantan.. cam TRGNU dlu..mser TG HJ HADI tadbir..bleh plok dyer tarik duit royalti tukar jd wang ehsan..ish2..plik2..

Panglima Perang Cyber berkata...

jika tok guru benar2 mendahulukan rakyat tentu tak kisah nama apa pun duit tersebut.

yg penting duit sampai ke 'hati' rakyat.

Tanpa Nama berkata...

mereka tidak mahu menghantar wakil dalam jawatan kuasa tersebut kerana tidak mahu wang ihsan tapi nak royalti. mereka nak pegang duit/urus duit itu sendiri kerana ada rancangan lain nak buat dengan duit itu. mukin nak bayar kerugian bazzar, saman balok, atau nak buat ceramoh, papan tanda. nak bagi PMBK buat perniagaan
hihihih

Cari Blog Ini

Translate