Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Januari 2010

Edisi Khas : Sembah Takziah Blogger Pembela Negara Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor !


Blogger Pembela Negara ingin menyembah takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam pada hari Jumaat 22 Jan 2010 bersamaan 6 Safar 1431.



Sesungguhnya pemergian DYMM Sultan Johor pada hari yang sangat baik iaitu Hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari, adalah bukti bagaimana kasih sayang dari Allah kepada baginda di atas pemerintahan Baginda yang sangat mendahulukan rakyat.



Keperihatinan DYMM Sultan Johor sangat diketahui oleh rakyat Johor sejak dulu lagi dan sudah tentu pemergian Baginda ini sangat ditangisi oleh sekelian rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.



Namun dengan pertabalan Tengku Mahkota Johor sebagai Sultan Johor yang baru iaitu Tengku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar sudah tentu negeri Johor akan berkekalan mendapat pemerintahan yang adil dan saksama dari DYMM Sultan Johor yang baru.



Sudah tentu kebajikan rakyat yang diutamakan oleh ayahanda Tengku Mahkota sebelum ini akan diteruskan tanpa berbelah bagi lagi.



Ia adalah tanda kemurahan Allah Taala yang menggantikan Sultan yang baik dengan pengganti yang baik juga.



Mudah-mudahan roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail akan dicucuri rahmat dan berkat dari Allah serta dilimpahi syafaat Para Nabi, Para Wali... Insya Allah.




Sembah Takziah dari kami Blogger Pembela Negara ( BPN )


Al Fatihah !



Nota : Pemasyhuran Sultan Johor yang baru juga akan dibuat hari ini - klik sini http://utusan.com.my




Ada blogger PAS sangat biadap komen berkenaan kemangkatan Sultan Johor yang dibongkar oleh sahabat kita di sini dan sini:



5 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Salam takziah kepada kerabat Duli Tuanku.

Al Fatihah..

bro.matt berkata...

salam takziah buat seluruh kerabat diraja johor...semuga roh almarhum dicucuri rahmat oleh Allah..amin

PUTERI berkata...

Salam panglima,

Adukataruna ini boleh di akses maklumatnya secara detail melalui akaun maybank2u iaitu 155014038030 yang dipunyai oleh penama KhairulNizam.

AbgTuah berkata...

TAKZIAH KEPADA KERABAT DULI TUANKU.

SEMUGA ROH BAGINDA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN PARA SUHADA, AMBIA DAN SOLIHIN.

AL-FATIHA..

BUAT ADUKA TARUNA..SUMPAHAN KETURUNAN BANGSA MELAYU AKAN TERUS ANDA TERIMA..

adukataruna..lahanat

wakdanial berkata...

takziah diucapkan kepada kerabat diraja johor..sempena menghormati kemangkatan Sultan Iskandar,masjid utm ada buat tahlil dan bacaan yasin selama 7 hari 7 malam di mana setiap kolej kediaman diminta utk menghantar wakil setiap mlm.sye ada ronda dkt skitar skudai,sye heran bila kedai bangsa lain,pekerja nya memakai lilitan hitam tp sye lihat ada segelintir kedai melayu xpkai pun lilitan hitam tu.huhuhu

Cari Blog Ini

Translate