Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Januari 2010

Edisi Nasional : Tun Mahathir dan Tun Abdullah hadir majlis pelancaran Pelan Transformasi Kerajaan di KLCC !



Hari ini hari amat bersejarah bagi Panglima kerana dapat berada di majlis yang sangat bersejarah. Iaitu pelancaran Pelan Transformasi Kerajaan. Ia dibuka kepada semua pihak jemputan majlis ini. Panglima kebetulan lapang dan syukur dapat hadir pagi tadi.

Ia adalah satu lagi usaha pro aktif YAB Perdana Menteri sekaligus menafikan ia adalah satu retorik seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu di dalam usaha mendahulukan kehendak rakyat.

Panglima beruntung diberi peluang berada di majlis tersebut dan di sini sedikit info berkenaan PTK atau GTP ( Government Transformation Plan )

Kalau nak 'disumbat' semua benda yang diberikan oleh penganjur tadi di ruang sempit di sini tentu tak muat. Bayangkan buku setebal 261 mukasurat mahu disalin di sini tentu menyesakkan dada kita melihatnya.

Untuk tidak menghampakan anda saya jemput semua ke website yang dibuat khas berkenaan usaha ini di sini http://www.transformation.gov.my

Pelan Transformasi Kerajaan ini dibuat selepas disoal selidik pelbagai lapisan masyarakat seperti yang ditegaskan oleh CEO yang mengendalikan usaha ini iaitu Datuk Idris Jala. Seramai 250 kakitangan awam telah dipinjamkan dan dibahagikan kepada 8 makmal utama untuk membuat kajian lebih mendalam dan mengenal pasti apakah yang dimahukan oleh rakyat.

Ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada April 2009 dengan dua matlamat utama iaitu :

1. Untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan

2. Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Hasilnya, Enam NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama ) telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

Kesemua 6 bidang di atas diketuai oleh Menteri dan mereka turut hadir ke majlis tersebut.


Nota : Sila klik link di atas untuk huraian lengkap..


Sebagai blogger pembela negara, kita kena war-warkan usaha baik kerajaan di blog kita selain dari menjawab fitnah liar pembangkang terhadap kerajaan. Penerangan sebegini pasti dapat membuka mata semua pihak agar tidak lagi memandang negatif terhadap usaha Kerajaan kita di dalam meningkatkan tahap pencapaian Malaysia agar lebih baik pada masa akan datang.

Menerang dan Menyerang adalah dua langkah terbaik kita boleh buat untuk perang siber ini...

Siapa nak edisi E-Book info tentang PTK tersebut boleh hubungi panglima di Yahoo Messenger.. Ada soft copy yang dibawa balik tadi.

Ayuh kita buktikan bahawa pemimpin kita benar benar dalam mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melalui konsep 1Malaysia.


Menariknya, dewan tadi sesak dengan lautan manusia yang datang untuk bersama sama saat indah itu yang pasti menjadi sejarah hari ini untuk generasi anak cucu kita pada masa akan datang.


Sayang tidak dapat bersalam dengan Tun M dan Tun A kerana terlalu ramai manusia yang menghalang tetamu kerdil seperti Panglima. Ketika kedua negarawan ini disebut berkumandanglah tepukan gemuruh hadirin tanda penghargaan rakyat kepada bekas pemimpin utama kita yang banyak berjasa kepada negara.


Sekian, melaporkan dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

2 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

cool ... tp kalau saling beramah mesra antara dua lg cool

AbgTuah berkata...

HARI DEMI HARI SEMAKIN MANTAP KEPIMPINAN DS NAJIB..

JIKA BERTERUSAN BEGINI..DENGAN BANYAK USAHA-USAHA YANG POSITIF DIBAWA SECARA BERTERUSAN MAKA HARAPAN UNTUK BN KEMBALI CEMERLANG DI PRU 13 TAK MUSTAHIL BERLAKU..INSHALLAH

Cari Blog Ini

Translate