Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Januari 2010

Edisi Pagi : Gambar Aduka Taruna di IPD Kota Bharu dan hits blognya yang mencecah 90 ribu !

Pagi ni Panglima membaca artikel dan gambar terbaru aduka taruna. Di link ini http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/kes-adukataruna-tahniah-ipd-pengkalan.html

Ingat nak salin gambar tapi rasa takut kena saman pula hehehe... sebab dengar cerita mereka mahu menyaman Berita Harian kerana melaporkan Aduka Yang Merana ditahan bukan menyerahkan diri. Walhal selepas menyerah diri tentu dia akan ditahan.

Sekarang trend juga berlaku untuk saman menyaman. Terbaru guru pula sudah pandai menyaman Guru Besar walaupun tidaklah menjadi begitu serius seperti di negara Barat.

Yang hebatnya ialah sebentar tadi saja dah 90 ribu orang singgah ke blog Aduka yang tengah merana sekarang di balai polis kerana direman 4 hari.

Biasa hits start jam 12 malam. Tadi jam 6.00 pagi. Dalam tempoh 6 jam sudah 90 ribu. Gandakan 4 tentu hampir setengah juta hits Aduka Yang Merana dapat dalam tempoh satu hari.

Barangkali beratus ribu orang pergi cari maklumat di blog Aduka Yang Merana ini selepas beliau berjaya menjadi 'bintang siber' yang baru dengan menghina Raja Melayu ! Termasuklah rakyat kita di luar negara yang ingin tahu apakah kesudahan 'drama' ini....

Terfikir juga saya semasa mengikuti kes ini kerana dikatakan Aduka Taruna dari geng Husam yang menolak geng Ulama dalam PAS , dan Husam geng Anwar dan Anwar sedang melewati kes liwatnya dan tidak mustahilkah ini satu lagi 'divert issue' yang dicipta ? Saya masih mengkaji dan harap pandangan anda.Ada tak persamaan atau kaitannya di situ ?

Cuma saya sedikit risau. Dalam dunia hiburan trend artis menjadi popular dengan membuat perkara tak senonoh seperti minum arak atau berpoya poya atau dengan mengedarkan gambar lucah / seksi.

Apakah trend ini diikuti oleh blogger untuk menjadi popular ? Nasihat saya, jangan diamalkan perkara tidak sihat ini...

Menariknya semalam blogger BPN kita Mr Papagomo telah diserang oleh 'Harakahdaily' menerusi kenyataan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang meminta disiasat kenyataan papagomo. Ekoran menyiarkan berita tidak rasmi kemangkatan Sultan Johor di facebooknya.

Peliknya mereka meminta dibuat laporan polis terhadap Papagomo yang sekadar menyiarkan berita kemangkatan tetapi mereka diam seribu bahasa tidak pun mengambil langkah membuat laporan polis ke atas Aduka Yang Merana yang telah 'memamposkan' perkataan 'mangkat' hingga bertindak liar menulis artikel berkenaan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar !!!

Pelik juga kerana mereka menafikan Aduka Yang Merana ini blogger Pas tetapi marah kepada orang lain yang mengkritik serta mencemuh Aduka tersebut.

Untuk saudaraku di pihak sana, terimalah satu lagi pukulan 'merana' untuk PAS Kelantan oleh GAP yang sudah keluarkan artikel dan bukti isu pemberian kek oleh menantu Nik Aziz di sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/skandal-nik-ajis-arifahmi-dokumen.html

PAS dan PKR makin nazak, tak nak berbaik baik lagi ke dengan sahabat dari UMNO sedangkan DAP makin lama makin kukuh parti mereka.

sudahlah kita bergaduh dan mari kita bina kembali ukhwah dan mahabbah sesama saudara seagama.

hentikan perebutan kuasa, harta dan wanita kerana ia alat syaitan untuk merosakkan manusia..

mari kita muhasabah dan bersiap sedia menuju Allah sebelum dipanggil menghadapNYA.





11 ulasan:

10 BUDAK HITAM berkata...

10SBH rasa ini bkn 'divert issue' yang dicipta..ini lebih kepada keterlanjuran akibat cara penulisan yang extreme berikutan tulisan aduka sebelum ini.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk “Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Jadi penulisan-penulisan sebegini jika tak dikawal,inilah jadinya..hasil didikan extreme PAS.

----------------------------------

KAMI TERJAH, KAMI BONGKAR & KAMI KERJAKAN di http://10sibudakhitam.blogspot.com/

Frodo Baggins berkata...

hehehehhe hit tinggi sbb anak johor mmg tgh hangin dgn aduka derhaka tuh!


>>___<<

Tanpa Nama berkata...

mazhab adalah ciptaan manusia selepas rasulullah sedangkan yg nabi tinggalkan buat kita adalah alquran dan alhadith...mgkin dia berfahaman salafi so kita xblh kata dia salah...salafi,wahabbi,syfie,hambali,maliki dan hanafi semua btl..yg salah jk syiah..bg ana maksd dia btl tp cara penulisan sedikit propa..

benar aisyah tidak maksum,jk dkaji perang itu berunsur dendam aisyah..jk tndakan aisyah itu salah ia akan menanggung dosa..kita tak boleh nak pertikaikan kerna itu hukum.jk nik aziz salah ia tetap berdosa dan jk najib salah ia jua berdosa tak kira dia ulama' atau pemimpin rejim yg besr

Panglima Perang Cyber berkata...

10 budak : mungkin juga. cuma sekadar melontarkan idea.

Frodo : habislah Aduka Yang Merana ni..


Anon : salafi yang asal betul dan benar..tetapi salafi klon seperti yang dipamerkan oleh penganut mazhab wahabi tidak dapat diterima.

PUTERI berkata...

Salam panglima,

Apa yang di harap pada PAS, semuanya politik...Allahpun hendak dipolitikkan. Jadi, kes adukataruna ini mereka akan jadi penyokonglah. Entahlah panglima, saya tgk makin teruk umat Islam di Malaysia ini disebabkan orang yg bergelar ulamak tetapi tidak mendidik umat malah mengelirukan lagi umat Islam. Saya cakap ini general, kerosakan berlaku kerana dua sebab sahaja, umarak dan ulamak yang tidak mendidik masyarakat menurut secara Islam yang tepat. Saya tidak nampak penyelesaiannya, kecualilah berlaku KEAJAIBAN di mana Malaysia ini dicorakkan kembali dengan satu pendekatan yang benar-benar menurut landasan siratalmustaqim. Orang kerdil dan daif seperti saya hanya mampu berdoa.

bungaraya berkata...

Apakah mazhab yang dianuti oleh aduikateruna itu?

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Kita perlu melihat siasatan ni dari prespektif yang lebih luas. Kadang2 di dalam siasatan pesalah akan mengaku serta akan mendedahkan fakta2 serta organisasi dan modus operandi kumpulan terbabit. Informasi sebegini amat berguna serta boleh di jadikan senjata untuk membendung serta mengawal kegiatan sesebuah kumpulan yang boleh mengancam undang2 negara. Boleh jadi ketika ini si AT sedang dan telah mendedahkan segala2nya kepada pihak berkuasa kerana sudah sedar bahawa perjuangannya sia2 serta apabila tersepit tiada yang akan membela. Kebiasaan nya pesalah yang bekerjasama akan di berikan "witness protection". Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya kerana aku yakin pihak berkuasa kita lebih bijak daripada yang dihebah2kan oleh puak PR.

Arif Omar berkata...

aduka toyol terkenal pun buat apa. sampai kiamat dan 10 keturunan orang sumpah. anak bini pun malu. silap-silap tak kawin sampai sudah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Puteri : kita kena satukan dua golongan ini ...
tugas blogger kecil macam kitalah yang kena buat. nak harap orang lain tak dapat.


Bungaraya : mazhab aduka taruna ni memang tak susah nak teka.

mazhab 'mampos'kan orang. especially geng yang dalam PAS sendiri. seuam dikutuk kerana nak bentuk UG dgn Umno.

jgn lupa tengok gambar dia bakar gambar hassan ali dgn perisik rakyat.

mereka berdua memang keturunan 'erdogan'


Anon : apa jua pun kita tunggu keputusan siasatan. dan hukuman.

Arif : terkenal tapi dengan cara tak betul pun makin menyampah dilihat orang...

Tanpa Nama berkata...

Kes baling kepala babi hutan di 2 masjid di KL.?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Aduka Taruna sahaja yang ditahan untuk disiasat? Bagaimana pula dengan penulis blog Gutter Malaysia yang juga sama-sama kurang ajar macam Aduka Taruna?

Cari Blog Ini

Translate