Firman Allah Ta'ala:
{مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّآءُ عَلَى الكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَينَهُم}
(Yang bermaksud): "Muhammad itu adalah Pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah sangat keras terhadap orang-orang yang kafir dan belas kasihan sesama mereka" (Al-Fath: 29)
Akhbar Sweden, Dagens Nyheter semalam sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam apabila menyiarkan semula kartun menghina Nabi Muhammad. Dagens Nyheter mendakwa menerbitkan kartun itu sebagai tanda sokongan kepada artis, Lar Vilks yang menjadi sasaran bunuh oleh beberapa penganut Islam di Ireland baru-baru ini.
Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.
Petikan : Bernama
Selepas satu maka satu persatu isu penghinaan yang timbul akibat kebiadapan warga barat yang terang terangan melakukan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan juga dunia Islam. Mereka melakukan apa sahaja dalam menghina Islam ini sehinggakan di keluarkan Video yang memaparkan penghinaan ke atas Nabi kita Muhammad S.A.W.
Kes terbaru yang mana akhbar Sweden Dagens Nyheter telah mengeluarkan semula karikatur Penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. secara meluas di seluruh Sweden dan juga di ikuti oleh beberapa negara sekutu mereka ini. Lakaran tersebut yang sebelum ini telah pun di protes oleh masyarakat Islam Dunia seolah oleh tiada reaksi dari mereka ini.
Bantahan dari umat Islam dari seluruh Dunia terhadap lukisan karikatur penghinaan Nabi Muhammad ini perlu di lakukan dari masa ke semasa bagi memberika tekanan kepada pihak Dunia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghinaan yang di lakukan ini.
Esok jam 11.oo pagi ( hari ini 25 Mac 2010- panglima) bertempat di kedutaan Sweden 8th Floor,Plaza OSKJ Jln Ampang, Kuala Lumpur.PERKASA akan menyerahkan memorandum bantahan dan kecaman atas isu pelukis Lars Vilks serta media Sweden yang turut sama melakukan penghinaan keatas Nabi Muhammad S.A.W yag cukup Biadap dan Jahil.
Di harapkan agar seluruh umat Islam tampa mengira fahaman parti politik baik UMNO,PAS dan PKR agar turut hadir esok bagi menyampaikan bantahan kepada kedutaan Sweden untuk di beri peringatan agar kita Rakyat Malaysia khusunya umat Islam bersatu dalam menyuarakan kutukan terhadap pelukis negara mereka yang menghina Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Allahuakhbar
Psssttt....Tunjukkan mereka apa itu Islam, Biar mereka sedar kita Umat Islam bersatu dalam menjaga maruah Islam......
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
sumber : http://www.papagomo.com/
Mari kita beramai ramai membantah tindakan tersebut dengan menyertai majlis anjuran PERKASA ini demi agama kita dan maruah Nabi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan